Thursday, February 17, 2011

Banyak betul pantang larang Asthma nie =.=!

Orang asthma banyak pantang !!!
Arrrggghhh geramnye !!!

Tak boleh makan ini ...
Tak boleh makan itu ...
Habis nak makan apa?!!!

Hehehe ,,, sowilaa
Saja nak melepaskan geram
Sebab lately ni banyak sangat pantang larang
Rasa hidup ni bagai dikongkong! Ah! Tak sukanya!
Tapi ....Redha je lah kan ?

PERINGATAN!

PENGHIDAP ASTHMA , LELAH , SEMPUT ...SAMA KAN?
ANDA DIMINTA MEMATUHI PERATURAN DI BAWAH ...

# number one!


Kurangkan coklat!
Nak makan tak salah
Cuma kuantitinya jangan berlebihan
Tengok di bawah ni!


Coklat akan menyebabkan batuk & rasa sesak nafas
Sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak
So, penghidap asthma yang gila coklat macam saya
Sabarlah menghadapi dugaan makan coklat sikit

# number 2


Kurangkan makanan yang digoreng!
Goodbye fried food!

Makanan bergoreng & makanan berkolestrol tinggi
Bahaya kepada penghidap asthma taw
So...kurangkan!

# number 3


Kurangkan ais krim

Auwww.... aiskrim so sedap yaw!
Lazat berkrim ...
Especially Cornetto asikrim ...
My favourite ...
Kalau makan waktu matahari tengah terik!
YUMMY!

Malang sekali bagi penghidap asthma!
KURANGKAN laaaa!
Limit : 3 kali sebulan
Merana...merana

# number 4


No bicarbonate drinks babe!
Bukan setakat kurangkan ...
Kalau boleh tak payah minum terus!
Minuman bergas ni memang dah ternyata untuk SEMUA orang pun
Termasuklah yang memang tak ada langsung penyakit.
Soooo tak payahlah minum!
Boikot je terus! :D

# number 5


Say no to iced drink!

Situasi yang kita dapat lihat setiap hari
Bila makan di luar
Ramai orang yang akan order minuman ber'ais' kan?
Cuba elakkan ...
Kalau ketagih sangat kurangkan sikit boleh???


P/S : Inhaler bawa sentiasa ,
Ubat pil penting juga ,
Ventolin & salbutamol peneman setia ,
Dah berpenyakit tu ...redha je :)


Sunday, February 13, 2011

Fesyen apa ni? Adoii

Kita selalu kan
Bila shopping , dan nampak baju pelik sikit je
Mulalah kutuk-kutuk , keji , maki hamun ...
Tapi percayalah
Sepelik-pelik fesyen yang korang nampak
Berkali ganda peliknya fesyen macam ni



Fesyen " badan serbaguna "
Boleh digunakan untuk menyangkut kain baju :P


Baju nie mengingatkan aku pada satu tagline
" Saya datang ingin memetik bunga di taman rumah ini "
" Silalah petik di baju saya ni bangg ...."


Aku sangat confuse...
Ini baju ke apa?
Ada orang ke kat dalam ...???
"Hellloooww???!!!"


Pemenang 'fesyen pokok krismas tahun 2011?'
Tahniah yea :P


Stereo bergerak ...
Bagus juga ciptaan macam nieh
Efisien untuk kegunaan shopping complex


Projek promote durian???


Siapa sanggup shopping pakai baju nie?
Sangat mencari publisiti YAW!

P/S: Jangan memalukan diri sendiri
Hanya kerana rasa nak ikut trend atau nak jadi unik
Pandai-pandai pilih fesyen yang betul yea???


Apabila Lelaki Jalan Berpegangan Tangan...


Pelik atau tak sebenarnya kalau lelaki sama lelaki berpegangan tangan apabila berjalan?
Adakah mereka pasangan gay sebenarnya?


Waktu kanak-kanak dulu
Aku pun bagai disogok dengan fikiran negatif tentang gay
Bila jalan-jalan & nampak lelaki berpegangan tangan
Hati akan berbisik ... "Eeeeiii gay!"
Sambil fikiran ku mengutuk sejenak
Kerana aku agak membenci perbuatan homoseksual ni
Tapi apabila semakin matang
Aku buang jauh-jauh fikiran negatif
Tak salah pun kan kalau lelaki jalan berpimpin tangan
Untuk pengetahuan korang ...
Di luar negara sana ...
Contohnya macam India , Bangladesh , Scotland ...
Mereka sangat mementingkan aspek persahabatan
Sebab itu tanpa segan silu
Apabila jalan-jalan mereka pegang tangan




P/S : Tak semestinya berpegangan tangan itu GAY
Habis tu kenapa apabila perempuan yang pegang tangan
Mereka tak dipanggil LESBIAN ?
Berfikiran positif!  

   
 



Saturday, February 5, 2011

MENANTI penuh harapan :)


DEDICATED TO : MUHD FIRDAUS SAMSUDIAN

Dulu ,
Masa di bangku sekolah kebangsaan ,
Saya ada seorang kawan yang sangat baik ,
Kami rapat sangat ...
Kami suka bertukar-tukar cerita ...
Buat lawak bodoh bersama-sama ...
Gelak ketawa & berdukacita berdua-dua ...
 
Masa nak masuk MRSM ,
Saya risau tak dapat jumpa dia lagi ...
Alhamdulillah Tuhan temukan kami di satu majlis...
Saya masih ingat kami makan bersama-sama ...
Sayangnya,
Itulah kali terakhir kita bertemu ...
 
 
Saya sayang sangat pada awak ...
Saya rindu sangat pada awak ...
Kita kan kawan karib ?
Tiba-tiba lost contact...
Sedihnya...

Saya dah ikhtiar macam-macam untuk contact semula dengan awak
Sementara masih ada peluang dan kesempatan
Saya cuba sedaya upaya
Saya harap kita akan contact semula
Saya tak sabar nak texting dengan awak ke ?
Keluar dengan awak pergi jalan-jalan ke ? Call awak ke?
Harap semua impian saya jadi kenyataan dalam masa terdekat ni ...

Insyaallah Tuhan kabulkan ...

 







Apabila bershopping ketika lapar...

SHOPPING SAKAN ....
20 MINIT KEMUDIAN .....
KEDENGARAN SAYUP-SAYUP SATU BUNYI ....
DATANG DARI ... PERUT?!

{ Peringkat Awal }

Perut sudah mengambil alih menjadi DJ Radio
Maka beraneka lagu lah yang akan dimainkan
Kejap lagu keroncong ...
Kemudian, lagu balada ...
Eh?! Lagu dangdut pun ada ...

{ Peringkat Perkembangan }

Nak beli barang pun tak tenang ...
Asyik-asyik bau makanan ...
Kedai 'Reject Shop' bau ayam ...?
Kedai 'Nike' bau sosej ...?
Kedai 'Fabiano Ricco' bau coklat ...?

{ Peringkat Pertengahan }

Aik ... kenapa kasut ni nampak macam ikan ye?
Eh ... buku ni , cover dia macam coklat !
Wow! pemadam ni macam gula-gula jek ...?
Salah mata ke salah imaginasi nie???!!!

{ Peringkat Terakhir }

TAK TAHAN!
JOM BALEK !
LANTAKLAH TAK DAPAT BARANG PON!
IM HUNGRY!!!


P/S : EAT BEFORE YOU SHOP!

Friday, February 4, 2011

 { Resah Gelisah }

Baru bulan satu ...
Tapi jantung aku dah berdegup kencang ...
Takut seh nak buat majalah maktab ...
Bukan calang-calang tugas nak kena buat nieh ...

Yelaaahhh ...
Majalah maktab ni kan 20% macam amruah maktab
Kalau tak gempak ... tak best lah kan ?

Alhamdulillah budak-budak EdBoard tahun nie bersemangat kental juga nak buat tugasan nieh
Bagus bagus bagus!
Aku pun sama ... berkobar-kobar
Harap-harap bukan setakat bersemangat sahaja ...
Kerja pun kena jalankan jugak kan?


Haaaa ... tengoklah
Sampai 4 software aku beli nak install dalam PC Edboard nanti
Heeee.. tema pun dah confirm dah
CLASSIC LEGEND ...ceh!

Soooo harap-harapnya ...
Kepada sesiapa yang rasa nak bantu kami
Especially budak-budak Graphic nie ...
Termasuklah aku ...
Terkontang kanting je nie ...
Blurr ... aku tak tahu nak buat apa dah?

AND ...Sape yang baik hati nak sponsor lagi bagus ...
Meh laaa.... :)

Thursday, February 3, 2011

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! #CNYhottickets

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! #CNYhottickets

Life Hurts ...



Life hurts right?
I mean ... Life hurts so badly ...
If this is not true , then why we often cry in our life?
True , sometimes we cry because we're too happy
However , majority percentage of tears that drop from our eyelids are because of sadness
And ... sadness is a result when we're hurt!
See... I came out with a very convincing inference

( Back to our national languange)

Sebagai seorang manusia
Aku pun tak terlepas daripada merasakan kesakitan
Tapi sakit ni ada banyak
Masing-masing berbeza mengikut cara kita merasainya
Ni antara contoh-contoh kesakitan dalam kehidupan aku ...


SAKIT PATAH TANGAN
View Image

Insiden ni berlaku masa darjah 6
Rasanya nilah kali pertama aku merasakan sakit fizikal yang sangat "Sakit"
Simple je sebab aku patah tangan
Hanya kerana main lari-lari dengan sepupu yang berumur 2 tahun
Terlanggar lori mainan
Terjatuh then aku tahan guna kedua-dua belah tangan
Malang sekali , tangan kanan sampai ke lantai dahulu
Belum sakit lagi waktu tu ...
Tapi dah rasa macam tangan kanan ni berat semacam je ..
Macam nak angkat tukul je
Tiba-tiba aku tersedar sesuatu yang aneh .... Ceh!
"MAMA! Tangan lyna bengkok!!!"

Waktu tu barulah terasa kesakitan yang amat menyengat!
Pedih ... sangat pedih ...
Lawak betul ... patah tangan di rumah doktor pakar tulang
Wahahahaha :)

Kat hospital tu pula , aku dah duduk elok atas kerusi roda dalam emergency ward
Menangis teresak-esak menahan kesakitan
Sambil menjerit " Mama! Tak nak mati!"
Hahaha ... tak tahulah kenapa ayat tu yang terpacul dari mulut aku ni?
Aku masih ingat lagi...
Seorang pakcik tua yang sedang memegang dada kerana sesak nafas
Bila terdengar je aku jerit 'tak nak mati'
Mata yang tadi kuyu menahan sesak nafas boleh jadi terbeliak
Kepala ligat cari siapa yang 'tak nak mati' sangat tu :P

Tapi ... aku rasakan satu beban bila patah tangan
Pergerakan sangat terbatas
Bila tangan dah dibalut dengan 'fibreglass' macam-macam tak boleh buat
Lagi tak best bila berpeluh ...
Bahagian tangan yang dibalut rasa gatal
Nak garu macam mana nie?
Tak tahan sangat!
Hehehehehe ... apalagi pensel kan ada
Puas aku tonyoh2 pensel kat dalam casig tangan tu :P
Bijak bijak ....

SAKIT BATU KARANG

Sakit nih aku rasa tahun lepas
Sekitar bulan tujuh
SUMPAH! Memang sakit sangat ...
Bayangkan , nak duduk sakit , nak cangkung sakit , berdiri sakit , baring sakit ...
Nak buat apa???
Sampai berpeluh-peluh menahan kesakitan
Air mata tak payah cakap lah ...
Berderai-derai jatuh ...
Sakitnya umpama ada pisau mencucuk-cucuk dari dalam perut
SAKIT WOOOO ....
Alhamdulillah saya dah bebas batu karang !

SAKIT SESAK NAFAS

Sakit yang ini dah lazim sangat dengan kehidupan aku
Sebab aku ni penghidap penyakit Asthma dari aku kecil lagi
Doktor pernah kata yang sakit yang aku hidap ni hanya sementara
Tapi ... bila nak hilang?
Macam makin teruk je?
Doktor tipu saya ke ???
Sesak nafas ... HUISH!
Mula-mula ... kita bernafas , tapi kita tak dapat rasakannya
Kemudian , kita tak dapat kawal pernafasan
Nafas akan menjadi laju tetapi seakan-akan tersekat di dada
Dada akan terasa amat berat dan macam nak tercabut :P
Air liur akan kering , kepala akan pening , badan akan kejang
Best tak ?

Tapi ...sesakit-sakitnya semua kesakitan di atas
Aku rasa tiada yang dapat menandingi kesakitan dalaman
Kesakitan yang kita tanggung ... tapi kita tak nampak
Kita cuma rasa sahaja ...
Tak ada bukti pun kesakitan jenis nie
Tak perlu balut apa-apa luka ...
Tak perlu tampal plaster...
Tak perlu dirawat doktor ...

Penawarnya cuma semangat baru , masa & keadaan

SAKIT HATI

Sakit hati mungkin tiada cerita yang spesifik untuk diceritakan
Sebab dah banyak kali sangat sakit hati
Sesakit-sakit hati apabila kita sampai mampu untuk menangis dalam tempoh yang lama
Aku yakin semua orang dah pernah mengalaminya
Sakitkan ?
Sakit sangat?

Pelik kan ? Tuhan ciptakan kesakitan yang tak boleh dilihat
Tak ada bukti ...tapi kesannya sangat mendalam
Kepada orang yang mengalaminya ...


P/S :SETIAP KESAKITAN YANG TUHAN BERI ITU MAMPU UNTUK KITA HADAPINYA , TUHAN ITU MEMBERI UJIAN MEGIKUT KEMAMPUAN HAMBANYA.




Lecak Lecak!

Duduk rumah waktu cuti sekolah
Memang tak sah lah kalau tak pergi shopping sakan kan?
Bukan shopping apa pun ...
Setakat pergi pasar Khamis di Sungai Tiram je
Tapi silap :(
Kan baru lepas banjir
Dah lah berlambak lencongan ...
Masuk dalam ceruk2 Sungai Tiram tu ...
Lalu kat lecak-lecak ... Tepi sungai
Jalan sangat bengkang-bengkok , sempit , licin
Kalaulaaah jatuh dalam sungai tu ... Adoiii mengerikan betul :(

Tengoklaaaa betapa panjangnya queue jam ini ....
Selama hampir 20 minit tak bergerak
Tapi best jugak sebab lokasi kereta mama berhenti sebelah satu rumah ni
Ada atuk main piano ...
Macam lagu-lagu irama Malaysia yang lama-lama
Sedap sangat :)
Rasa bahagia semacam jek dengar


Tu laaaah atoknye ...
Tabik laaah kat atok nie ...
Aku pon terkial-kial nak tekan keyboard
Dia boleh main lagu irama Malaysia beb!
Dasyat ...memang dasyat!

Dalam kekalutan 'jam' yang sangat membosankan
Aku & mama dah buat muka monyok
Kami LAPAR laaaahhh ....
Balik je , terus pergi kedai mamak
Mama mamam roti telur ...
Aku ...


Nasi , rendang daging , peria goreng , sayur bendi & kuah lemak cili api
Lepas ni , nekad tak nak makan camnie lagi
Nak jaga makan
Banyak betol kolestrol nieh!
Ishk ishk ishk
Mana tak badan mengembang :P



Wednesday, February 2, 2011

Mathematics Camp


Haritu pergi math camp kat ILP Mersing
Syiok habis!
Bukanlaah kem yang bermalam
Cuma nak menukar suasana belajar supaya tak bosan
And ... let me just say that
What a splendid idea!
Memang seronok belajar dalam suasana baru kan ?
Tak bosan ... rasa fresh je :)

Sebelum masuk ke dewan besar ILP Mersing
Tengok tu ...
Muka-muka excited bercampur teruja :D


Keadaan di dalam Dewan Besar ILP Mersing
Mana satu saya nieh ek?
Bahagian perempuan - Depan sekali - Kanan sekali


Penyunting semangat & inspirasi
Ustaz Abdullah bin Mahmood
Terima kasih untuk ceramah yang sangat seronok dan memberi kesan!!!


Wajah-wajah jejakawan negara :)

Wajah-wajah jelitawan negara :)

THANKS TEACHERS!
WE LOVE YOU!
LAIN KALI BAWA KAMI LAGI YEA?!


 

Apple of my eye ( Parte 1 )


MOHD ADILLAH IDRUS HAMKA :)


Adikku yang tercinta :)
Adik je laarh ...
You're the best brother one could ever had
I appreciate that you always care for me :)
Thank dear !!!
Kakak SAYANG adik manyak2 taw!

Sorry lah akak kadang2 emo dengan adik
U know why kan ?
So ... kalau akak emo lagi lain kali ...
Suruh akak ambil wudhu'
Hahaha gerenti tersenyap kan ?
Ishk ishk ishk apa laaah seyh ...
Bagitahu orang cara mengenakan diri sendiri pulak kan?

Whatever laaa ...
LASTLY

I LOVE YOU ADIK !
ALWAYS & FOREVER ...

Senior Year?



I swear i don't believe this !
Amalina Abdul Halim is a senior???
This is sooooo weird okay???
Before this I would imagine that Senior ni macam kuasa besar laaah
Buli-buli .... cakap kasar ... tarik-tarik orang
Tapi ...me? My batch ?
Lelaki tataw laah , tapi perempuan???
Kami yang macam junior pulak
Junior pon pijak kepala & kurang ajar

Eish ... apalaaa
Tak bek taw ...
Senior patut dihormati , junior patut dikasihi
Dah bagus dah kita layan je diorang
Tapi diorang tak pandai nak hormat senior sendiri
Bukan semua laaa ...
Certain saje ....

Kepada junior yang memang sopan santun & baik budi pekerti
Teruskan usaha anda!!! :D
Junior-junior yang bajet bagos macam Senior
Sedar-sedarla diri anda
Jangan nanti anda semua jadi senior ...
Perkara yang sama akan dibalas

Apapun ... Im glad to be called a SENIOR ?
A note to myself ; jadilah senior yang dihormati bukan ditakuti :)