Thursday, September 29, 2011

Kawan & Sahabat

Heee...
Hari Selasa lepas lepak dengan rumet saya (Nurazreen Ezzaty)
Cari rujukan untuk melukis pada esok hari
Sebab ada peperiksaan seni visual kertas 2

Then Azreen conteng kat kertas lukisan ...

"Saya ada seorang KAWAN...
Eh, silap... SAHABAT
Yang bernama Amalina
Awak kenal dia?"

Lyna pun terpinga-pinga bila baca
Ada bezakah Kawan & Sahabat
Bukankah benda yang sama?

Malam tu...Lyna pun tanya kat Azreen
Dan...seperti biasa Azreen memang suka berloyar buruk!
Tapi tak apa...comel!

"Kawan bermula dengan huruf K, Sahabat bermula dengan huruf S!"
Jawab Azreen sambil buat muka selamba...

Setelah didesak barulah Azreen bermadah pujangga!

"Kawan itu bermula dengan huruf K, cuba kira kedudukan dia dalam abjad...nombor berapa?"
Lyna pun beria-ia mengira tak cukup jari tangan..jari orang sebelah tolong sekali...

"A B C D E F G H I J K ...yang ke-11?!"
"Cuba kira kedudukan huruf S?"

"A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S...yang ke-19"
"Ha... yang mana lagi jauh?!"

"Tentulah S ...dia lagi belakang kedudukannya"
"Maknanya... perjalanan mencari seorang KAWAN singkat, kat mana-mana boleh kita jumpa, manakala untuk mencari seorang sahabat sangat sukar...sangat jauh..."

"Lagi...lagi...." - biasalah, Lyna lambat pickup sikit!
" KAWAN ada di mana-mana tapi dalam kesusahan belum tentu seorang kawan akan berada di sisi memberi sokongan moral kepada kita, SAHABAT pula jarang dijumpai namun, dialah yang setia menemani di kala senang & susah"

Auuwwww hati terasa berbunga-bunga pada ketika itu...
Alhamdulillah , ada orang yang menganggap saya seperti itu...
Saya sayang awak Azreen, I will always be there for you...



Saya teringat kata seorang kawan - Fatin Raihanaz
"Seorang kawan, sekiranya kawannya bersedih sama, dia turut bersedih...Tapi seorang sahabat, akan sedaya upaya menggembirakan sahabatnya....Seorang kawan, apabila kawannya membenci, dia turut membenci sama...Tapi seorang sahabat, akan sedaya upaya menghilangkan kebencian itu..."



Sunday, September 25, 2011

Non-Gaji-Spies ( Ways to Shine in Front of Teachers )

Jom belajar cara nak jadi "HIPOKRIT"
Maksudnya... depan cikgu baik bagai malaikat
Belakang cikgu ... malaslah nak cakap

1. Berpakaian kemas, tunjukkan imej budak baik sikit!
Pastikan anda tampak seperti budak baik
Budak yang tak bermasalah...
Budak yang sangat jujur
Cikgu akan percayakan anda sepenuhnya...
INGAT! First impression sangat penting ...

2. Berbaiklah setiap kali nampak cikgu


Kalau nampak cikgu...
Pura-pura lah study ke?
Nasihatkan kawan ke?
Nanti cikgu pun cakap " OUH baiknye budak ini! "

3. Pura-pura berbaik dengan kawan-kawan untuk korek cerita


Rajin-rajin lah mendengar luahan hati kawan yang sedang bersedih
Agak-agak nampak ada kawan yang mempunyai masalah
Cuba lah korek rahsia
Tak pun...curi-curi dengar bila orang bercerita
Okay?

4. Rajinkan diri report cerita-cerita panas kepada cikgu

Pada masa terluang,
Jumpalah cikgu dan ceritakan segala hal kawan-kawan yang telah diketahui
Nak lagi best
Tambah perisa sikit... tambah lah cerita itu dan ini
Barulah sedap sikit nak diceritakan
Masalah kawan, rahsia kawan, cerita kawan....
Ceritalah semua untuk memenangi hati cikgu

5. Bila ditanya "siapa ye yang bagitahu cikgu?", tuduh orang lain

Jangan mengaku apabila rakan-rakan dah mula mengesyaki
Ada pihak yang bagai musuh dalam selimut
Buat-buat tak tahu je...
Kalau orang tanya, point kat orang lain supaya tak disyaki
Tuduh tu biar budak yang agak-agak bermasalah sikit
Bagi nampak realistik sikit tuduhan tu okay?

No one likes NGS because they only find stories to make sure they shine in front of teachers
Buat cerita tipu untuk mendapat layanan istimewa cikgu...keji betullah!
Kuman seberang laut nampak macam guna magnifying glass...
Paus seberang lautan... tak nampak. Ouh butanya!

Friday, September 23, 2011

Seni Tembikai?

Baru tadi transfer-transfer gambar...
Jumpalah gambar kenangan menghias tembikai...
Hehehe... bangga taw sebab menang first prize
Padahal masuk just for fun...
Free lah katakan pertandingan tu...
Balik..dapat tembikai free lagi...

Tekun mengeluarkan isi tembikai...

Dah korek isi tembikai baru terfikir plan seterusnya :P


Amacam? Comel tak hasilnya.....?



Heeee :)
Posing pelik dari saya
Posing comel dari Azreen

Habis pertandingan....makan laa!

P/s : Kita takkan tahu kepakaran kita selagi tidak mencuba
Don't ever say" don't know" before you try

Wednesday, September 21, 2011

Terima Kasih Awak :)


Khas buat Muhammad Humaidi Ramli,
Awak mungkin takkan tahu betapa seksanya awak buat hati ini...
Tapi saya nak awak tahu...
Awak dah lukakan hati saya sangat-sangat...



p/s : sorry , emo sikit malam ni, sedih laah tengok video ni... terus menangis. Guys, don't hurt your GFs...it hurts damn much, okay? 

Saturday, September 17, 2011

Don't Have a Heart to forgive you

It's not too late kan nak cerita serba sedikit mengenai kemaafan
Lagipun masih bulan Syawal yang mulia
Bulan yang paling afdhal untuk saling bermaafan
So, here's the story

Salah ke jika Lyna rasa Lyna tak nak maafkan seseorang?

Lyna cuba tenangkan hati
Cuba untuk memaafkan 'someone' nie
Tapi tak boleh mungkin sebab ia melibatkan hati & perasaan


Apa yang dia buat?
 Selama kitorang ber'couple' dia ada 'couple' lain
Bukan bermakna dia playboy
Cuma dia ada 2 couple dalam satu masa
Anniversary saya & couple dia tu jarak sebulan je
Bila terkantoi saya yang disalahkan
Patut ke?

Sorry lah, hanya mampu menceritakan sinopsis
Cerita lanjut membahayakan kesihatan
So, kalau hati Lyna sakit sampai sekarang

Perlukah Lyna memaafkan dia?
Mungkin belum masanya?
Atau...?
Korang rasa camane?

~Lyna Amalina~