Wednesday, May 16, 2012

Shopping Online

Lately ni LA memang gemar melawat laman web shopping
Suka tengok + jadikan favourite link
Geram nye tengok baju lawa-lawa 


Menariknya shopping online ni, 
Design pakaian atau apa sahaja lain daripada pasaran biasa...

OUH suka suka suka :)

Tapi perkara biasa yang berlaku adalah kita takut duit kita di'songlap'
Berikutan kita tidak berhubung secara terus dengan penjual
So, LA nak share website shopping yang boleh dipercayai



Design maxi dress & jubah kat web ni sangat SUPERgorgeous 
Seriously, and harga dia pun reasonable :)



Baju t-shirt muslimah di laman web ini sangat SUPERcute
Design yang sesuai untuk semua lapisan umur



Memang seronok bila tinjau page ni
Lebih-lebih lagi yang memang gemar berfesyen 

D0941 Deep V Patterns Printed DressD0939 V Neck Irregular Length Dress

Zalora memang antara laman web yang top sekarang ni
Woot woot




          

Okay, sekianlah laman web SUPERcool yang anda patut lawati!
Shopping berpada-pada taw!










Alhamdulillah pembakar semangat :)

Beberapa hari ni agak runsing sebab fikirkan hal nak sambung belajar,
Serabut kepala ni memikirkan macam-macam perkara
Termasuklah "kata-kata" orang sekeliling
Yang merasakan tindakan LA untuk masuk ke diploma
Sebagai satu langkah "bodoh" sebab LA turut dapat tawaran lain


Cakaplah apa sahaja, setiap perkara ada sebab musababnya
Kalau asyik nak dengar cakap orang sahaja...
Sampai bila kita nak ada pendirian yang teguh?
Sampai bila nak jadi seperti kerbau dicucuk hidungnya?

Alhamdulillah :)
Praise to Allah :)

Pointer dan ranking program persediaan diploma UTHM dah dikeluarkan
Walaupun surat rasmi tak sampai lagi ke rumah

Berita yang menggembirakan nak menaikkan semangat :)

CGPA : 3.81

RANKING :

Yeay, I'm in the top 5....
Alhamdulillah...

So, kepada mereka yang cuba menjatuhkan saya
Cuba untuk merendah-rendahkan saya
Atau merendah-rendahkan "Diploma"
Status facebok ini khas untuk anda


I'll prove that I can be a successful person in the future...
Wait for it to happen :)



Sunday, May 13, 2012

Pendapat 50 sen : Sambung belajar selepas SPM?

Ini sekadar pendapat daripada satu pihak sahaja
Pendapat berdasarkan pelbagai rujukan dan pengalaman orang terdekat :)

Di mana nak sambung belajar?
Nak ambil bidang apa?
Nak pilih apa?

Semuanya soalan lazim yang akan ditanya oleh lepasan SPM sebelum menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi :)



1. Diploma 

Diploma merupakan platform yang bagus kerana ia terus menjurus ke arah bidang yang kita inginkan.
Sebagai contoh, kalau seseorang mengambil diploma kejuruteraan kimia
Dia akan terus memahami subtopik berkenaan kejuruteraan kimia

contoh subjek yang akan dipelajari untuk diploma kejuruteraan kimia

Cuma, diploma mengambil masa yang agak lama iaitu selama 6 semester ataupun sekitar 2 tahun 6 bulan
Akan tetapi, apabila menyambung pelajaran ke peringkat ijazah
Tempoh masanya lebih kurang 2 tahun lebih juga


2. Matrikulasi

Kolej matrikulasi adalah institut pengajian yang mengajar subjek-subjek secara umum mengikut bidang
Terdapat 3 bidang iaitu sains (fizikal,biologi) , perakaunan dan teknikal
Arah tuju ketika ijazah adalah bergantung sepenuhnya kepada pointer gabungan (CGPA)
Sebagai contoh, dalam bidang sains untuk CGPA 4.0, pelajar boleh menyambung ijazah dalam bidang kedoktoran
CGPA 3.0 dan ke atas boleh menceburi bidang seperti kejuruteraan
manakala CGPA yang rendah, biasanya 2.5 dan kebawah akan di'lelong'
Istilah 'lelong' yang ditakuti di matrikulasi adalah apabila pelajar ditawarkan dengan kursus yang bukan bidang diminati sebaliknya kursus yang mempunyai kekosongan di universiti awam
Kelebihan dari segi tempoh masa adalah, tempohnya singkat iaitu satu tahun dan dua tahun
Namun, tempoh untuk pengambilan ijazah adalah sekitar 4 tahun
Ini adalah kerana subjek-subjek yang dipelajari untuk matrikulasi adalah secara umum
Tidak menjurus ke arah suatu bidang khusus
Matrikulasi sesuai sekiranya cita-cita belum jelas untuk menyambung ijazah dalam budang tertentu

1. Aliran Fizikal
Fizik | Kimia | Matematik

2. Aliran Biologi
Biologi | Kimia | Matematik

3. Aliran Perakaunan
Matematik | Ekonomi | Perakaunan | Pengurusan Perniagaan

4. Aliran (Teknikal) Awam
Matematik | Fizik dan Kimia Kejuruteraan | Asas Kejuruteraan | Pengajian Kejuruteraan Awam

5. Aliran (Teknikal) Mekanikal
Matematik | Fizik dan Kimia Kejuruteraan | Asas Kejuruteraan | Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

6. Aliran (Teknikal) Elektrik dan Elektronik
Matematik | Fizik dan Kimia Kejuruteraan | Asas Kejuruteraan | Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik


3. Asasi

Tempoh masa pembelajaran untuk asasi lebih kurang dengan matrikulasi
Cuma asasi dikatakan lebih selamat kerana asasi dilakukan di bawah IPT sendiri
Maka, proses menyambung ke ijazah lebih mudah kerana IPT berkenaan sendiri akan menawarkan tempat sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditentukan.
Dari segi pembelajaran pula biasanya untuk asasi telah ditetapkan bidang asas
Sebagai contoh, asasi fizikal (engineering ), asasi pengurusan, asasi IT...

Course Modules (Foundation of Physical Science)

Core Subjects


Basic Chemistry I
Basic Chemistry II
Basic Chemistry III
Basic Chemistry VI
Basic Physics I
Basic Physics II
Basic Physics III
Basic Physics VI
Algebra and Geometry
Algebra and Calculus
Statistics and Probability
Calculus
Preparatory English Course I
Preparatory English Course I
Character Building and Development
Information Skills

 


4. Tingkatan 6 

Bagi STPM, tempoh pengajian adalah lebih kurang dengan matrikulasi dan asasi
Namun, kelebihan STPM adalah pelajar STPM lebih didahulukan berbanding pelajar matrikulasi untuk kemasukan ke ijazah
Pembelajaran yang pantas, padat dan sukar, malah peperiksaannya merupakan peperiksaan paling susah di asia.
Dari segi jurusan pembelajaran, ia adalah secara umum.



So....secara umumnya begini :)


Selamat membuat pilihan yang terbaik :)




French Sole in trend!

The French Sole is like the most 'dope' thing nowadays
Modern woman are more concern about their health and comfortableness
The French Sole is the solution to 'fashion & comfort' at the same time
Flat shoes are actually very fashionable too
You just have to know when to where it


So... what to where on when?

1. Dinner
   



     





 

2. Casual

  

 




  

3. Office



  


 


 

So what are you waiting for?
Get your flat shoes now...