Saturday, February 9, 2013

Name Tag Designs



Huh! What a tiring day!
I've been in front of my lappy since morning
Finishing tonnes of assignments
I don't want to procrastinate anymore

So, I prepared name tag designs for a competition that will be held in my Varsity
An inter-faculty debate competition...
So, these are the designs...

This is my very first attempt after a year leaving behind Adobe Photoshop
I know, it's dull rite?

I like this one, perhaps because it is in PURPLE
My favourite colour!

This one, hahaha no comment

Experimenting with bold colours can be really hard

Yeay, I know ou people are more skillful than I am in terms of designing
Im not that talented, I just like to design
Art has always been my passion anyway...

So, any comments for my designs? Drop your comments here okay!

XOXO - Lynamalina (LA)

Friday, February 1, 2013

A Tale of a Broken Heart Part 3

Selama 2 minggu, setiap malam saya menangis
Sedih awak, saya cintakan awak
Bukan senang nak lepaskan awak
Tapi, saya dah janji dengan diri saya
Saya takkan murahkan diri saya dengan merayu untuk kita couple kembali
Kalau awak masih perlukan saya, awak yang perlu tampil semula
Tapi, hampa... sampai sekarang kita masih 'kawan biasa'
Tak mengapa...

Seperti biasa, saya akan meroyan di twitter apabila ada masalah
Dan saya tak pasti ini kebetulan atau apa...
Tapi saya sangat sangat sangat terasa apabila keesokan harinya selepas kita clash
Dia post macam ni dekat facebook wall dia


Keadaan saya jadi lebih parah bila dia 'kenakan' saya di Facebook & Twitter bertubi-tubi
Pada saat saya rapuh, dan memerlukan sokongan
Saya menerima tohmahan daripada dia yang sebabkan kita clash
Sakitnya hati, perih, pedih... sabar jelah yang mampu saya buat awak...


Dalam kelas, langsung tak fokus sampai effect peperiksaan semua
Alahai...lemahnya saya kan?
Alhamdulillah, kekasih sejati saya sentiasa ada untuk saya
Menyokong saya walaupun saya tak nampak Dia

Alhamdulillah, keadaan saya dah semakin baik
Saya dah mula redha dengan apa yang terjadi antara kita
Jodoh itu kuasa Tuhan, kalau kita bersama sekarang pun belum tentu kita akan bersama pada masa akan datang kan?
Jodoh itu rahsia Allah, dan saya amat percayakan kuasa Illahi
Cukuplah kita berkawan, saya tak kisah... 

Tetapi apa yang buat saya tergerak hati nak menulis blog ini? 
Sebab hari ini, saya mula menerima kenyataan yang saya tak ada tempat dalam hati awak, Ariff
Ha.... bertakung dah ni, HAHA biasalah, emosi

Setiap kali awak gaduh dengan dia, saya yang akan jadi mangsa sebab awak tutup phone, awak larikan diri awak daripada saya
Setiap kali awak marah-marah atau mencarut dekat Facebook, saya tahu sebab awak jealous dia layan lelaki lain, saya kan stalker terhebat ^^
Awak clash dengan saya pun sebab awak gaduh dengan dia and awak printscreen conversation dia ngan kawan dia dekat twitter and post kat FB, awak jealous kan?
Family awak pun tak dapat nak terima saya sebab masih sayangkan dia, saya rasa saya tak mampu nak menangi hati keluarga awak...
Bila ada trend kat twitter #MentionADateYouWillNeverForget awak cakap pasal dating dekat Kuala Lumpur, saya tahu awak dating dengan dia lah malam tu
Sekarang ini pun awak tengah stress sebab dia dah ada boyfriend baru, sebab tu awak kutuk mamat tu dekat Facebook wall awak

Dah lama saya tak menangis, tapi hari ini saya menangis kembali
Sedihnya, tak tergambar dengan banyaknya air mata
Saya hanya menumpang kasih sayang awak je selama ini
Saya tak bermakna pun untuk awak sepanjang hubungan kita kan?

Aku sakit

Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku
Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku

Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku

Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit

Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit

Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin 



Sejujurnya, terdetik rasa menyesal dalam hati saya sebab mengenali awak
Banyak sangat dugaan bila mengenali awak
Tapi takdir Allah siapa yang mampu melawan
Saya redha dengan segala ketentuan Illahi yang telah kenalkan awak kepada saya
Saya pasrah dengan segala jenis dugaan yang alami bila kenal awak

Tak apa awak,
Sungguhpun saya tak bermakna untuk awak,
Saya akan sentiasa ada untuk awak kalau awak perlukan bantuan,
Kita kan 'sahabat', dan sahabat itu untuk selamanya
Haaaa...rasa macam lagu Upin-Ipin sedang berkumandang di telinga


Saya jawab masa, kemudian saya tweet, "Allah kan ada, banyakkan berdoa"
Teruskan berdoa awak... sebab semuanya datang dari Allah
Saya tak mampu nak tolong lebih-lebih
Sebab hati ini pun saya masih rawat lagi ni...
Lukanya masih dalam, masih merah, masih berdarah dan bernanah
Tapi saya tak salahkan awak,
Saya akui saya yang bersalah dalam hal ini sebab saya add Facebook awak
Maafkan saya sebab hadir dalam hidup awak yea Mohamad Ariff?

Coretan air mata nukilan LynAmalina :)


Semoga kenangan ini akan pudar dengan sendirinya

  

  

Cerita cinta saya memang tak hebat
Memang tak menarik
Tapi banyak pengajarannya
Fikirkanlah sebelum ingin bercinta dengan seseorang
Fikir, fikir, fikir lagi dan teruskan berfikir
Sebelum silap membuat keputusan






A Tale of a Broken Heart Part 2

Awak tahu, kadang2 hati saya marah sangat
Tapi saya tak sampai hati nak marah2 awak
Setiap kali saya plan nak lepas marah kat awak, akhirnya saya tewas
Macam mana saya nak marah kat awak kalau saya jadi cair dengan ayat manis awak?

Saya masih ingat malam saya bertolak dari Shah Alam ke Johor Bahru,
Kita gayut dalam bas sebab saya nak mengelak diri daripada mamat Arab dalam bas tu...
Sampai je saya kat Johor, awak text saya...


Alahai, sweetnya awak kan :')
Saya pun tak putus-putus setiap hari mendoakan jodoh kita awak
Saya sayang sangat kat awak
Dan semakin hari semakin bercambah kasih sayang saya pada awak
Tambah-tambah kita macam ada chemistry kan?

*melting sangat baca text awak macam ni

*Ameen ya rabbal alamiin... :')

*Kelakar sangat masa ni, ada ke patut awak pergi bagitahu satu family yang saya sakit buah pinggang, alahai saya sakit batu karang alaa awak, bukan buah pinggang :)

*Masa ni awak jealous saya ambil gambar dengan presiden kelab masa dinner NACES dekat UKM, alahai comelnya awak cemburu

*Hehe masa ni kita gaduh2 manja, awak tuduh saya curang... saya letak terus phone, pastu awak ngamuk gedik-gedik

*Eleh nak mengamuk konon awak, nasib baik awak pujuk, tak jadi saya nak merajuk

Setelah itu, hubungan kami sepi seketika tanpa gangguan
Tapi, hanya seketika...sangat sekejap
Sehingga ex awak tu mula tuduh2 yang saya ni perampas
Awak tahu, seorang perempuan akan rasa hatinya sangat sangat sangat sakit apabila perempuan lain panggil dia perampas tau, saya menangis seorang diri
Sebab saya tak nak lah bebankan awak dengan masalah kecil macam ni kan

Saya masih boleh memahami situasi si dia
Ya, saya faham 5 tahun dengan awak bukan tempoh yang sekejap
Tapi kenapa tak boleh nak menghormati hubungan kami?
Adakah sebab saya ni lebih muda daripada dia,
Dia rasa dia boleh sesuka hati kutuk saya dan tuduh saya macam2...

Saya bersabar dan terus bersabar tapi sampai satu tahap
Dia mesej saya pasal kerja 'GIS' tu berserta sindiran rampas bf orang tu saya dah mula sesak
Tak cukup dengan tu, minta saya putus dengan awak sebab dia masih sayangkan awak
Kerana mesej satu tu, terus saya semput dalam kelas dan balik bilik
Alahai... dugaan dugaan
Tambah2 saya jumpa twitter dia, alahai....dugaan



Setelah berbalas2 mesej dengan dia
Walaupun balas sambil berair mata, Alhamdulillah saya masih mampu berfikir secara rasional
Cuma, yalah, saya mudah mengalah
Ingat tak saya call awak tanya kalau awak masih sayangkan dia dan nak kembali kat dia?
Masa tu, kalau jawapan awak "YA" saya pasrah lepaskan awak untuk dia
Sebab kebahagiaan awak adalah keutamaan saya, awak tahu?

Cuti mid sem lepas, kelas saya ada workshop practice di Penang
Jadi, saya bercadang dari Penang terus ke Seri Iskandar untuk melawat awak
Malangnya, sir saya buat peraturan yang hanya boleh turun di Kelantan atau Terengganu sahaja
Tapi sebab saya dah janji, dan saya sayang sangat kat awak... 
Saya beli tiket dari Dungun ke Penang...tapi salah beli pulak
Sepatutnya beli hari Isnin tapi saya beli hari Ahad
Burn duit saya RM60 ...Tapi tak apa, untuk awak saya berkorban

Hari Isnin tu, saya berdoa sangat ada tiket Ipoh pagi tu
Dah siap packing ni, dah sampai bas station rupanya ticket dah habis
Ya Allah, macam mana ni...?
Last2 saya tumpang bas Sani Express pergi Shah Alam dan dari Shah Alam saya ke Ipoh
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar
Malam itu, first time jumpa awak :)


Ingat tak, saya suruh awak cari luggage warna pink 
Tapi saya tak ada kat situ, lepas tu saya sembunyi belakang tiang,
Awak sergah saya, saya segan ohh...*blushing!

Saya hargai sangat masa yang kita spend sama-sama di Seri Iskandar
Walaupun jumpa sekejap-sekejap je
Saya hargai sangat-sangat, Terima kasih awak :')

*Masa kita pergi Tesco Ipoh malam tu...

*HAHA...ingat tak kita main penimbang berat sampai dia bunyi2

*Saya suka ambil gambar awak senyap2 :)

*Masa awak pilih perfume dengan kak Isya

*Alahai tergodanya saya dengan gambar ni awak

*Masa ni awak tengah pilih lollipop nak belikan saya, TQ awak :')

*Lunch bersama awak & Haq ^^

Rindu pula kenangan kita bersama, awak :')
Tak lama kemudian... pada suatu malam
Saya baru je lepas on the phone manja2 dengan awak
Tiba2 awak hantar mesej kat saya 


Awak tahu, nafas saya terhenti bila baca ni
Baru 2 minit lepas kita calling2 lepas tu putus macam tu je sebab dia?
Saya termenung je malam tu, tak mampu nak lelapkan mata
Hanya air mata dan sedu-sedu jadi peneman malam tu
Sebab stress awak putuskan saya?
Hinanya kedudukan saya, saya rasa ketika itu...



A Tale of a Broken Heart Part 1


Assalamualaikum

Fuhh Fuhh...
Alahai berhabuk dah blog ni...
Dah lama tak update, bukan sengaja tapi tak berkesempatan...

Dan setelah sekian lama tak menulis apa-apa coretan di blog ini, 
Kali ini LA nak bawakan cerita yang agak sedih...
Sedih ke? Terpulanglah kepada orang yang membacanya...
Ini kisah LA sendiri...
Tentang cinta kedua LA...

Kisahnya bermula pada bulan April tahun lepas
LA mula berkenalan dengan seseorang di Facebook
Kenal punya kenal, ooh kawan Aidi rupanya, roomate pulak tu
Aidi ni First Love LA, masa clash dulu LA meroyan
Pergi add ramai2 kawan Aidi dekat Facebook tu
Al-maklum, zaman-zaman kurang matang masa tu :)

Bermula sebagai satu perkenalan biasa-biasa sahaja
Lama-kelamaan hati mula terpikat dengan keramahan dia
Rasa macam serasi sangat masa tu
Dalam pertengahan bulan 6 hati ini mula menyulam cinta
Mohamad Ariff Arshad, nama yang mula terpahat


Dan pada bulan 8 rasanya makin rancak hubungan kami
Daripada saya-awak berubah kepada abang-sayang
Kononnya sweet la walaupun masam...hehe

Suatu hari ni, awak pun buka cerita pasal Ex awak
Dah 4 tahun setengah rupanya korang couple
Masa itu, terdetik dalam hati... 5 tahun takkan macam tu je
Masa tu dah ada gerak hati yang mengatakan saya tak patut kenal awak dengan lebih mendalam lagi
5 tahun kot hubungan awak sebelum ni, 
Takkan sewenang-wenangnya awak nak ada orang baru dalam hati awak
Tapi saya abaikan, sebab hati ini dah terpaut kan
Mulalah buat keputusan tanpa berfikir dengan mendalam 

Akhirnya, apa yang pernah menjadi buah fikiran menjadi nyata
Malam itu, saya penat sangat...
Bertolak daripada Kuala Lumpur pukul 8 malam dan sampai di Terengganu pada 3.30 pagi
Dalam kepenatan itu, saya terima satu mesej
Dengan senangnya awak kata kita tak payah laa ada hubungan apa-apa
Awak kata Ex awak mesej awak gaduh2 dengan awak so awak stress

Satu perkataan : kecewa
Tapi masa itu saya masih kuat
Tak susah, saya block FB awak, saya buang nombor awak, DONE!
Dan kemudian awak yang cari saya semula
Awak yang pujuk rayu bagai sampai akhirnya kita berbaik semula

Setelah itu, hubungan kita makin rapat
Sangat intim sampaikan setiap malam kita akan bergayut
Sampai masing-masing tak tidur pun pernah, punyalah hanyut dalam cinta orang kata
Tapi tak lama kemudian, saya add Facebook ex awak
Ye, satu tindakan yang sangat sangat BODOH, saya mengaku
Di situlah bermula pergaduhan kedua kita

Setiap hari, diari di iPhone mula dipenuhi dengan nama awak dan ex awak
Ye, saya cemburu sebab saya dah terlalu sayangkan awak
Padahal masa itu kita belum ada hubungan apa-apa pun
Tibalah masa awak satu malam awak balik rumah
Masa tu study week student-student diploma seMalaysia, cehwah
Saya dah balik UiTM tapi awak baru nak balik rumah

Malam tu, saya tebalkan muka merayu kat kawan saya pinjam laptop dia nak webcam dengan awak
Rindu wak... rindu sangat sebab dah lama tak nampak batang hidung awak tu
Awak 'janji' malam tu nak webcam
Saya dah siap2 pakai tudung, saya tunggu sampai saya tertidur dengan tudung tu
Sampai pukul 3 saya tunggu awak tau...
Sampai kawan saya kesian sangat kat saya masa tu...
Tapi hampa, awak tak reply mesej, awak tak online...
Rupa-rupanya awak tertidur, tak apalah... saya maafkan, bukannya awak sengaja kan
Subuh tu saya online, ehh awak online jugak, ex awak pun online jugak

Saat itu, betul-betul macam cita segi tiga
Awak chat dengan saya dan dia...
Kadang-kadang hati ni terasa jugak bila awak lambat reply chat saya
Sebab saya tahu, awak tengah reply chat dia... tak apalah, setakat berkawan tak salah...
Tiba-tiba keluar dekat wall saya gambar awak dan dia dating dengan ex awak
Terus saya raup wajah ni berkali-kali menahan tangisan
Dan bila saya tengok tarikh, tarikh ni...
Tarikh awak menyepikan diri dari call atau mesej saya
Awak kata awak pergi KL untuk overnight dengan kawan-kawan awak
Rupa-rupanya awak berdating dengan dia...
Terus air mata ini mengalir, jatuh ego saya
Serta merta saya block awak dan dia, kemudian....meraung lah, apa lagi kan?

Sepanjang hari saya tak makan,
Saya hanya menangis...daripada subuh tu sehinggalah larut malam
Petang itu, saya call awak...

"Awak..." - lemah je suara saya masa tu
"Perlu ke awak block saya" - awak balas

Dan saat itu, saya nyatakan yang saya undur diri daripada hubungan ini
Saya tak nak jadi penghalang hubungan awak dengan dia
Saya terasa macam perampas
Tapi awak kata awak dan dia dah tak ada apa-apa
Awak pujuk saya dengan ayat jodoh, awak pujuk saya 
Dan akhirnya saya mengalah, saya tak sanggup berpisah dengan awak

Sejak itu, memang kita berbaik
Tapi setiap 'call' kita pasti akan disertai dengan tangisan tak sengaja saya
Mesti awak penat kan pujuk masa tu?
Maafkan saya yea awak, fikiran saya terganggu pasal awak dan dia
Bila tiba minggu exam... kita masih bergayut tengah-tengah malam
Study sambil bergayut, tak berkualiti langsung belajar 

Akhirnya kita balik rumah! Final exam dah habis..!
Masa Hari Raya Korban, saya stalk fb ex awak
Saya nampak sesuatu yang sangat mengguriskan hati saya



Menangis lagi hati ini, masa ini satu je saya fikir
PENIPU, Ariff Arshad si penipu!
Geram sangat saya malam ni... 
Marah, ye memang marah... saya tak suka orang tipu saya awak
Lalu saya pun hantar mesej
Saya beritahu saya perlukan masa, saya taknak awak ganggu saya
Awak buat-buat pelik dan blur tak faham kenapa saya buat macam itu
Lagilah pedih hati ini awak, pedih berdarah!

Tapi 2 hari kemudian kita Skype sama-sama
Bertambah pedih bila masa saya on je webbie, awak tengah on the phone
Awak mutekan video awak, saya tahu awak tengah gayut dengan dia
Saya terus off kan skype sebab saya tak dapat nak tahan airmata ni...
Saya lemah, ye saya mengaku...
Akhirnya saya luahkan pasal yang awak post sayang2 bagai kat wall dia
Awak kata awak couple balik dengan dia kejap
Tapi itu last korang couple
Korang memang dah tak serasi
Kecil hati, sakit hati dengan pengakuan itu,
Tapi sekurang-kurangya awak daah berlaku jujur dengan saya


Kemudian, saya pulang ke Terengganu atas urusan nak berlatih debat
Nak pergi ke VC Cup di Shah Alam masa tu
Malam saya sampai di Dungun tu, saya mesej Aidi, ye roomate awak
Saya tanya dia pasal awak dengan ex awak
Saya tahu dia tipu bila dia kata awak dan ex awak dah tak ada apa-apa
Sebab dia sebut perkataan 'mungkin'
Saya tahu bila Aidi menipu... tapi saya tenangkan hati
Malam itu kita masih boleh webbie, mesra2
Tapi saya masih terfikirkan pesanan Aidi...
Apa yang Aidi cuba nak sampaikan ni...?


Sehari sebelum saya nak ke Shah Alam,
Awak langsung tak mesej, tak angkat kol... kenapa awak?
Saya ada buat salah ke..?
Terseksa sangat rasa masa tu...


Sampai je saya di Shah Alam, saya call... dapat
Rupanya awak bergaduh dengan ex awak, tapi kenapa saya yang jadi mangsa awak??
Tak apalah, saya tak mampu nak buat apa-apa
Nasib baik masa tu, saya masih teruja dengan UiTM Shah Alam
Sengaja saya sibukkan diri jalan mengelilingi U tu sampai tak larat sebab nak lupa masalah awak
Tapi saya masih tak lupa untuk stalk facebook awak dan dia...



Sejujurnya, saya CEMBURU
Tapi saya tahankan je
Setiap malam saya menangis, sampai kawan2 saya suruh putuskan hubungan je dengan awak

Malam ketiga saya di Shah Alam, awak minta couple
Memang saya tak fikir apa, saya terima je
Saya sayang sangat kat awak
Dalam hati ni tak nak percaya kat awak, tapi saya nak bersama awak
Bahagianya saya rasa pada ketika itu
Saya ingat lagi saya cakap kat awak...
Supaya kita tak contact masa birthday ex awak
Saya nak bagi peluang untuk awak spend msa satu hari dengan dia
Saya tak nak lah kongkong awak sampai awak tak boleh contact dia
Lagipun, saya faham hati dan perasaan perempuan
Mesti dia still susah nak lupakan awak kan? Tak mengapalah...

Saya cuba sedaya upaya saya menangkis segala keraguan antara awak dengan dia
Walaupun minda kata JANGAN PERCAYA, hati ni pujuk balik...
Hubungan mestilah ada kepercayaan yang kukuh


Alahai, saya ni girlfriend awak, 
Awak tahu tak macam mana perasaan saya baca ni...
Macam kertas kajang, kena pijak, penyuk, gigit2, koyak dan bakar
Tapi saya diam je, saya tak nak awak bergaduh dengan dia
Saya tak nak digelar batu api antara korang
Saya faham, dia susah nak lupakan awak

Akan bersambung....