Sunday, March 24, 2013

MeREDHAkan hati yang PASRAH


"Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah"

Ramai orang tak faham perbezaan antara redha dan pasrah.
Kalau secara umumnya gambaran maksud dua perkataan ni 
lebih kurang seperti ayat filem Ombak Rindu macam kat atas tu. 

Definisi Redha :
"Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t."

Definisi Pasrah :
Pasrah sebenarnya mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. 

Dah nampak tak perbezaan antara redha dan pasrah ni,
Perbezaannya sikit sangat tapi ramai yang salah anggap dengan kedua-dua perkataan ni


Beberapa hari ni, hati tak begitu gembira dengan kehidupan
Dan, walaupun tanpa niat, sebenarnya kadang-kadang kerana mengikut emosi, kita menyalahkan takdir
Bermakna hati kita, diri kita tak redha dengan ketentuan Tuhan
Nampak macam sesuatu yang kecil, tak salah, biasalah tengah bersedih 
Mulut suka nak cakap perkara yang bukan-bukan 

"Menyesal......"

"Rasa macam dah tak larat nak hidup..."

"Rasa macam nak mati..."

Padahal sebenarnya melalui kata-kata yang tak seberapa tulah
Kita menafikan hak Allah sebagai penetap kepada takdir seseorang, kita menentang qada'
Astaghfirullah, perkara kecil tapi merosakkan hubungan sang hamba kepada pencipta

Jadi, apakah cara untuk meredhakan hati kita terhadapa apa yang berlaku
Kuncinya mudah, kena banyak bersabar & yakin pada Allah

Yakinlah bahawa segalanya datang daripada Allah,
Baik buruk sesuatu ada sebab musababnya, hanya Allah sahaja yang tahu
Kadang-kadang apa yang kita rancang, apa yang kita mahukan tak mengikut perancangan kita
Yakinlah bahawa, Allah lebih tahu segalanya, yang lebih baik untuk kita

"Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya"

Dan untuk melihat betapa indahnya hikmah sesuatu yang berlaku
Hati ini... perlulah redha dengan ketentuan dahulu.
Barulah Allah tunjukkan sedikit demi sedikit atau secara terus, mengapa dia jadikan sedemikian sesuatu perkara



 "Bismillahi ‘ala fasi wamali wadini. Allahumma radhdhini biqadha-ika wabarikli fima quddirali hatta ia uhibba ta’jila ma akh-kharta wa ta’khira ma’ajjalta."

”Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah berilah aku rasa redha terhadap keputusanMu dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan kepadaku, sehingga aku tidak suka mempercepatkan apa yang Engkau lambatkan dan memperlambatkan apa yang Engkau cepatkan.”

Ingatlah saudara/saudariku, Redha itu bukan hanya perlu dinanti kehadirannya, ianya seperti Hidayah, perlu dicari, perlu dilatih... 
Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan kita,
InsyaAllah, Allah akan menggantikan ia dengan sesuatu yang tak dijangka, sesuatu yang membahagiakan

LA TAHZAN sayang, Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar :)


~ Lynamalina ~

Tuesday, March 12, 2013

Trashed and Scattered Hopes

Hai, Hello, Halooo, Aloha! :)
It's been a while since the last time I updated my bloggie
I've been planning so many posts for my bloggie but I've no laptop at the moment

Trashed & Scattered Hopes

Hell yeah, A7x fans would notice that the title is actually inspired by a song of Avenged Sevenfold
But that's not what I am trying to tell this time
Of course, it is another brokenhearted story of mine 

BACK TO OUR NATIONAL LANGUAGE !

Muhammad Ariff Arshad
Kalau korang baca entry sebelum-sebelum ni,
Ya, kami dah berpisah pada tarikh 4 Januari 2013
Tapi cerita kami tak berakhir lagi, dan saya nak akhirinya dengan blog post ni

Walaupun kitorang clash, kami still contact almost every night
Pretending that nothing really happened between us
Dan sejujurnya, walaupun dalam tempoh 2 bulan,
Masih tak mampu untuk lupakan Ariff...

Cuma... lately ni,
Saya tahu dia dah jatuh hati pada orang baru
Dan secara jujurnya, saya mengaku
Sakit yang amat hati ini...

Kenapa cepat sangat? Kenapa? Kenapa? 
Soalan bertubi-tubi timbul dalam fikiran...
 Selama hari ini... ucapan sayang awak memang tak bermakna ke?
Selama hari ini... usaha saya awak tak nampak ke?
Selama hari ini... awak tipu saya ke?

Awak suruh saya jaga hati awak, bila saya mesra dengan kawan2 awak...
Tapi, awak tweet pasal orang lain? Ada awak jaga hati saya

"They say most women are smart except when it comes to men"

Betul... orang perempuan memang bijak belaka
Tapi bila masuk bab lelaki ramai jadi bodoh tak menentu 
Sebab itu ramai patah hati tak sudah, ramai jual badan tanpa fikir 2 kali...

Saya mengaku, 
silap saya sebab menaruh harapan pada awak padahal kita dah tak ada apa-apa hubungan dah,
silap saya sebab tak dapat terima kenyataan yang hubungan kita dah berakhir.

Semalam, saya contact seseorang daripada zaman tak matang saya
Dia bagi nasihat berjela-jela, daripada whatsapp, sampai ke mesej, sampai ke call
Alhamdulillah, bila dengar nasihat daripada dia hati ini jadi tenang
Jiwa ini rasa lebih redha  terhadap apa yang dah berlaku antara kita
Alhamdulillah, tergerak hati untuk call insan ni...

Muhammad Ariff Arshad,
Saya minta maaf untuk segala salah silap saya kepada awak,
Bila saya marah, bila saya kasar, saya sebenarnya cuba nak tunjuk yang saya kuat.
Kuat InsyaAllah untuk terima hakikat dan MOVE ON!
Jagalah hati insan selepas diri saya,dan jangan bagi harapan palsu kat orang lain lagi,
Terima kasih untuk semuanya. 
Saya mengaku saya yang silap selama ni...


"My Ex? No, We're not enemies, we're not even friends, we're just strangers with memories"   
   
  So, ladies...
Jangan cepat melatah, jangan cepat menaruh harapan, jangan mudah jatuh cinta...
Sebab kalau patah hati, tak tertanggung rasanya
Dan, kalau putus cinta, ingatlah, semuanya atas kehendak yang Maha Esa
Yang tak pernah couple tu tak payah mengada nak bercouple
Tak best pun, banyak masalah dan lebih terdedah kepada macam-macam dosa
Single kan simple? 
        

   Lyna Amalina :)