Tuesday, November 12, 2013

Classmate Gathering

Alhamdulillah, dah setahun setengah melayari alam Diploma
Maknanya, dah setahun setengah jugaklah bersama classmate tercinta

Bermula daripada detik duduk satu kelas tapi masing-masing terkebil-kebil
Nak-nak Lyna yang anti-sosial ni, duduk diam molek-molek
Segan nak kenal dengan sesiapa, tengok semua macam pandai belaka
Tapi siapa sangka, sekarang... peluk cium gigit tampar semua ada
Eh! Ikut jantina lah yea... jangan buat spekulasi!

Last time, dalam minggu pertama final exam...
Baik punya planning, dapatlah berkelah sama-sama...


So, terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam planning aktiviti ni
Plan lagi semester depan dan depan dan depan...
Semoga hubungan kita terus akrab dan berkekalan...

Bilalah Lyna nak kurus macam Mya kan? Haha...  


Subhanallah, cantiknya pemandangan :)



Pantai Teluk Bidara :)






Bersedia untuk lawan ombak pagi ini !





Rajin abang salmi bakar ayam & sosej 








So here, Lyna nak promote tempat ni sebab Lyna tempat ni best lah kalau nak pergi picnic dengan friends or family, atau setakat nak jalan2 tepi pantai pun best jugak kat sini.
Nama tempat ni, Teluk Bidara.
Terletak di Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu.
Terletak berdekatan dengan Kuala Dungun.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari http://www.visit-terengganu.net/pantai-teluk-bidara/

Dan, untuk homestay yang kami duduk pula
Namanya Bidara Bay.
Bilik dengan aircond berharga RM 80, yang tanpa aircond RM 60
Ada rumah jugak tapi Lyna tak sure harga berapa
Betul2 berhadapan dengan pantai Teluk Bidara

You can click this link for further information http://bidarabay.iguideu.net/

Hangouts with Le Seniors

Hallooo :3

Yeay, akhirnya kuat jugak semangat nak menaip blog entry ni
Seriously, bila fikir pasal blog
Otak laju je fikir nak taip macam-macam
Tapi bila duduk je depan laptop
 
Susahnya jari ni nak menaip !!!

So, benda yang Lyna nak cerita ni sebenarnya benda lapuk la...
Tapi nak share jugak sebab kenangan ni memang best :)

Adalah, zaman dahulu kala, 
Diri ini asyik berkepit dengan senior-senior,
Mungkin zaman tu ramai yang akan salah faham kot-kot diri ini membodek atau apa,
Percayalah, jauh sekali nak membodek, 
Cuma seronok bila bergaul dengan mereka
Umur kita, asal kita, cerita kita mungkin berbeza
Tapi seolah-olah ada satu ikatan mesra antara semua.

Last time, Lyna ikut senior-senior pergi Air Terjun Cemerung and it was AWESOME! 
Sewa 2 kereta, satu kereta lelaki, satu kereta perempuan
Dari Bukit Besi ke Cemerung mencari ketenangan sebelum final exam



Sejukkan air dengan ikatkan kesemua air pada tali, ikatkan hujung tali dengan kayu atau batu besar, dan letakkan dalam air, di mana kedudukannya takkan hanyutkan botol air tersebut :)



Kalau berenang mesti cepat lapar, nasib baik dah bawa bekalan untuk ditelan :)










\\


Cantik, memang cantik tempat ni,
So, this place is highly recommended if you're planning to have a barbeque picninc, or just a relaxing picnic
Ni, basic details tentang Air Terjun Cemerung if you're interested 


Some say, dekat puncak Gunung Cemerung ni ada tujuh atau lebih kolam
Dan ada kolam yang ditutup dan diletakkan papan tanda jangan kacau
Sebab kolam tu merupakan tempat mandian puteri-puteri bunian
Tak tahulah betul atau tak, tapi kalau dah ditutup tu
Tak perlulah sibuk nak acah-acah curious nak kacau

Cemerung ada ATV jugak taw! 
Again, if you're interested, here's the official ATV Cemerung page


So, lai lai... Cemerung Falls !