Showing posts with label LA 's Pets. Show all posts
Showing posts with label LA 's Pets. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Trip to the vet :)

Haii :)
Teruja nya malam ni sebab LA baru je balik dari Klinik Haiwan Tiram


Pernah singgah beberapa kali
Tapi cuma atas sebab nak beli makanan kucing, tanya-tanya
Tadi best sebab dapat experience merawat kucing 

Nama Pesakit : Polo 
Tarikh Lahir : 20/11/2011
Sakit : Kulit , Selesema & Demam panas


Rawatan : Doktor detect yang polo selesema & explain yang selesema kepada manusia mungkin satu penyakit yang biasa tetapi kepada kucing boleh mengancam nyawa. Sebabnya adalah...


Okay, LA cuba buat diagram ni seringkas & sepadat yang mungkin...
Selesema atau Flu yang dihidapi kucing dikenali sebagai F.U.R.D
Basically, ia disebabkan oleh tindakbalas virus & bakteria dalam sistem pernafasan
Sekiranya tidak diatasi dengan segera, sejenis virus Calici akan merembes
Virus ini akan menyebabkan kucing sakit mata, hilang selera makan, bersin dan sebagainya
Akhirnya, kucing akan buta atau mati akibat demam selesema

Faham?

Okay, so doktor pun check suhu Polo and mendapati dia demam panas dengan suhu 38.5
LA terkejut sekejap sebab thermometer tu masuk ikut "punggung"
Muka Polo pun macam terkejut je :)

Then Doktor bagi pil cacing sambil ajar cara-cara mudah 
Memberi pil kepada kucing... senang je sebenarnya 

Kemudian, part yang agak menyakitkan sikit
Part injection ubat... Polo pun terjerit sikit tadi

Then, bayar laa...apa lagi?
Semua sekali ..rawatan + ubat = RM 50.00 
Harap Polo akan sembuh seepat mungkin...Get Well Soon Sweety :)

Melayang RM50, tapi asalkan Polo sihat tak apa :)

 
Ubat Demam                           Ubat Omega (Vitamin kot?)

 
Ubat Antibiotik                                Ubat Selesema

Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan area Ulu Tiram
Dan berminat untuk ke Klinik Haiwan Tiram
Anda boleh mengunjungi 

21, Jalan ledang 25 (Taman Bukit Tiram), Ulu Tiram, Johor ,81800
Johor Bahru, Johor



P/S : Sayangilah haiwan... mereka makhluk tuhan juga :)