Showing posts with label LA's Islamic. Show all posts
Showing posts with label LA's Islamic. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Lembutnya Lidah

Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Budaya sosial zaman kini sudahpun memperlihatkan calon-calon penghuni neraka kerana mulut mereka. Ada yang gemar menggunakan bahasa-bahasa kesat sebagai satu pertuturan dalam komunikasi. Lebih membengkakkan telinga apabila perkataan seperti “bodoh, babi dan sebagainya” digunakan sebagai satu panggilan untuk memanggil rakan-rakan.

“Bodoh, kau nak pergi tengok ke tak perlawanan bola malam ni?”

“Wei sial, kau ada nampak tak kunci kereta aku?”

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Seseorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka berbuat keji dan bukan suka bercakap keji.”

Jom merawat lidah kita :

1. Lidah perlulah dilatihkan supaya berkata-kata dan berbual menggunakan perkataan yang baik, lemah
    lembut dan mesra.

2. Lidah juga haruslah menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk, merendah-rendah sesama umat manusia.
3. Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesame rakan yang baik juga berdamping dengan orang yang
    tinggi ilmu agama

4. Latih diri dengan mengelak daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat dan suka bertengkar.
5. Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain apabila tersilap.

6. Amalkan sikap yang baik dan menolak buruk sangka.

7. Amalkan silaturrahim yang baik antara satu sama lain

8. Bagi yang beragama Islam, rajinkan lidah dibasahi dengan zikrullah.

Sedarlah, budaya mencaci bukanlah budaya yang seronok atau menarik. LA pernah berada dalam satu situasi semasa tahun 2011… Semasa itu LA Form 5 dan sedang outing untuk membeli alat tulis. Tiba-tiba LA terserempak dengan junior-junior perempuan Form 2. Maka berlakulah satu drama yang agak mengejutkan

A : Woi, sengal sini laa…
A: Woi bodoh, tengok la sini..

Si A memanggil kawannya si B untuk melihat sebuah teddy bear yang sangat comel. Namun kawannya itu masih khusyuk membelek buku mewarna kanak-kanak.

A : Woi sial, sini laaa… aku nak kau tengok ni.
B : Apa dia laa sial?

Astaghfirullah, bagaimanakah mereka boleh menerima diri mereka digelar “Sial”? Sejujurnya, kalau LA digelar “Sial” oleh seorang kawan, merajuk lah jawabnya. Murahnya diri…hinanya diri untuk dipanggil dengan panggilan sebegitu. Dahlah perempuan…

Sumber : Majalah Gen-Q

p/s : Betulkan amalan, Amalkan yang betul.

Sunday, December 25, 2011

Bertudung sambil Berfesyen

Siapa kata perempuan yang menutup aurat tidak boleh berfesyen?
Bolehlaaa......

Sebagai wanita yang menutup aurat, sekiranya hendak bergaya perlulah menepati unsur-unsur berikut :)

1. Baju yang tidak ketat
2. Menutup semua bahagian tubuh badan kecuali muka & tapak tangan
3. Tudung menutupi paras dada
4. Sarung kaki

Sebenarnya tak susah pun menutup aurat,
Cuma godaan syaitan & dunia sangat kuat kan?
LA sendiri kadangkala tak mematuhi semua peraturan menutup aurat secara sempurna...

CADANGAN  #1

Pakaian yang sesuai untuk ke function formal, kenduri kahwin, events...

 

   

     

CADANGAN #2

Pakaian yang sesuai untuk gadis remaja




CADANGAN #3

Pakaian yang kelihatan sofistikated 






       

Berikut cumalah cadangan sahaja :)
LA bukanlah perunding fesyen yang mempunyai idea hebat
Sekadar berkongsi pandangan sahaja 
Menutup aurat sambil berfesyen...tak susah!

A note to god (1)



Memang menjadi lumrah manusia
Akan mencari Tuhan apabila berada dalam kesusahan
Ada orang menghina "Alarh, dah susah baru nak cari Tuhan!"
Jangan, fikir semula...
Sekurang-kurangnya Tuhan berikan amaran 
Untuk kembali ke pangkal jalan...itulah namanya DUGAAN 

Lihat sahaja dalam kehidupan ini
Berapa ramai orang yang hidup dalam kesenangan & kemewahan
Sedangkan mereka sesat dari jalan hidayah Allah
Mereka tidak diberi peringatan
Malah dilimpahkan lagi dengan kesenangan apa sahaja yang mereka mahu
Tuhan membiarkan mereka hanyut...
Astaghfirullah, gerunnya...


Dear Allah,

I am not a good person regarding my worships to you.
I always disobey the commands you gave to us
Sometimes I make mistakes, small & big ones

Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah & mudah terpesong
Namun, aku bersyukur...
Dalam kedaifan iman, dalam keseronokan menegup nilai duniawi
Sekurang-kurang aku selalu menyedari
Apabila aku menjauhkan diri daripadaMu
Namun, tetap tidak bernilai semuanya
Sekiranya aku masih lemah, masih longlai untuk bersujud kepadaMu

Ya Allah... bantulah hambaMu melawan hasutan syaitan
Yang seringkali menewaskannya dalam menempuh hidup penuh cabaran
Sayanglah hambaMu ini, berikannya dugaan apabila dia melakukan kesilapan
Agar dia terus sedar, celik mata lalu segera bertaubat semula
Jangan engkau biarkan Ya Allah...
HambaMu hidup limpah kesenangan, kemewahan, keamanan
Sedangkan dia semakin jauh dariMu
Sedarkanlah hambaMu dengan apa jua cara sekalipun
Asalkan dia terdetik menoleh semula ke jalan yang benar
Bukan terus hanyut dalam arus kesesatan...

Ameen, Ya Rabbal Alamin...

Saturday, August 6, 2011

Coca-cola's Secret Recipe

Coca-cola sedap kan?
Mengikut buku yang Lyna baca ni,
Bahan-bahan yang menyedapkan Coca-Cola adalah...

"Coca-cola's top secret ingredients for its drink.This include lemon oil, orange oil, nutmeg oil, neroli oil, cinnamon oil, coriander oil and alcohol." __ Just English ( Vol. 8n Issue 6 )

The last ingredients gives me the shock! Is it true? That Coca-Cola the world famous bicarbonate drink contains alcohol?

Different from the fact given by wikipedia...
"Published versions say it contains sugar or high fructose corn syrup, caramel color, caffeine, phosphoric acid, coca extract, kola nut extract, lime extract, vanilla and glycerin. Alleged syrup recipes vary greatly. The basic “cola” taste from Coca-Cola and competing cola drinks comes mainly from vanilla and cinnamon; distinctive tastes among various brands are the result of trace flavorings such as orange, lime and lemon and spices such as nutmeg. Some natural colas also include cola nut; Coca-Cola does not, and chemical testing reveals none"

From http://www.guardian.co.uk/, it published in one of its journal that ...

"The rediscovered recipe includes extract of coca leaves, caffeine, plenty of sugar (it specifies 30 unidentified units thought to be pounds), lime juice, vanilla and caramel. Into that syrup, the all-important 7x flavourings are added: alcohol and six oils – orange, lemon, nutmeg, coriander, neroli and cinnamon."

Apa yang tertulis pada tin minuman Coca-cola ini tipu semata-mata ke?
Persoalan yang masih belum pasti...

Kalaulah benar Coca-Cola mengandungi alcohol, bermakna tarafnya sama seperti arak bukan?
Atau adakah kandungannya alcohol yang sedikit & pada kadar tidak memabukkan itu dibenarkan Islam?

Demi kesihatan dan penjagaan hati para muslimin & muslimat...
Rasanya lebih elok kita tinggalkan saja minuman ini...
Lagipun dah terlalu banyak cerita negatif yang dah kita dengar dari minuman bergas ni...

Antaranya adalah seperti :








p/s : Masih menggemari Coca-Cola... fikir semula...

Wednesday, July 20, 2011

Apekah?

LA terkejut gila bila buka je Facebook dan nampak ...

Ha?!!!
Bagai nak gugur jantung LA tengok nie...
Terus lah bukak gambar dia...

Okay... tutup mata!


Astaga...budax ni dah kenapa pulak?
Jual diri kat FB?

Nama kat FB Dayana...
Melayu lah kan?
Hadoii... apa laa nak jadi...?

Tak percaya ?


Buka lah..
Friends dia pun...
Macam hampeh-hampeh belaka je semua
Tak sangka ...FB pun boleh jadi port jual diri & puaskan nafsu
Apa nak jadi?




Monday, July 11, 2011

♥ Sayang atok ♥







He said it so...
The best quote I have ever heard ever since Bersih
"Tanya Diri Kau Apa Bakti kau Kepada Negara!
 Jangan Tanya Negara Apa Bakti Pada Diri Kau!"..
 

Friday, July 8, 2011

Please, Melayu jangan lupa diri :'(

I can't see it...
Jap... nak pakai spectacles
Nope... still can't see WHY?!!

Wahai bangsaku , kenapa mudah sangat kau terpedaya?
Hahaha... macam penyajak tepi jalan je
Baru 17 tahun nak membebel pasal bangsa
Ok fine. Aku tawu ni bukan bidang aku.
Ni orang dewasa punya hal... (aku muda remaja)
Tapi ....


Hari ini 9 julai kan?
Tahu kan apa yang akan berlaku...
I don;t know why...
I hope someone can explain to me...

Why do some !@#$%^ people nak sokong benda yang mudaratkan diri sendiri
Bila dah dapat padahnya baru reti nk minta tolong sana-sini
Please... fikir jangka masa panjang
I don't want Malaysia to become like other countries
Please, Malaysians think a milion times
TQ!


Crying for no reason right now...
Ouh maybe there is one...
The world is coming to an end
Everything seems dark and gloomy and horrible
The earth is too old and bleeding now :'(

Wednesday, June 1, 2011

Keeping Virginity

Saya tertarik dengan post Mas Ahmad Safwan di Facebook hari ini ...
Nak tahu apa statusnya??

Haaaa... bestkan ???
Saya pun terfikir ... Malaysia ni dah macam Hollywood ke ???
Orang Melayu ni dah macam Orang Barat ke ???
Haish... bala bala 

WELL, if you don't want to keep your virginity sekalipun 
Adik oi ... senyap-senyap sudah 
Perlu ke satu Malaya tahu hang dah tak ada dara ?

Sekarang ni , remaja suka sangat "into trend" kan?
Tak kesah laah ... kalau nak ikut trend pakai selendang ke 
Trend pakai baju lengan kedut-kedut ke ...
Trend pakai cardigan ke ...


Tapi ...kalau trend hilang dara sebelum berkahwin 
Okay ... disgusting + no dignity + humiliating ...
Plus , at a very young age pula tu ...
Aduyai ... 

Best Friend saya ,
Siti Naqiah pernah cerita ...
Kawan rapatnya semasa di sekolah rendah tanya pada adik dia ...
"Eh , akak kau ada dara lagi ke tak ha?"
Adik dia pun jawab " Ada ..." dengan penuh keyakinan 
Sebab pada pengetahuan adik Qiah ...
Kan bagus ada dara ...
Tapi ... kawan lama Qiah tu pun jawab 
"Eii... kolotnya akak engkau!"

Ohhh... ada dara kolot ?

Mana ada ...siapa cakap?!
Lyna ada ramai rakan siber dari laur negara
Termasuklah dari Amerika Syarikat 
Bila mereka bertanya tentang adat & budaya 
Lyna nyatakan tentang cara pergaulan 
Dan... perempuan kat sini "simpan dara" sehingga perkahwinan yang sah
Mereka tak kutuk ....malah seorang kawan Lyna ni 
Adam Smith , dari Amerika ... 
Dia kata " That's good, i mean its hard to know a virgin over here. I agree if you're keeping you're virginity for your husband because it shows that you truly love him that you keep something very special for him"
Mereka semua mengatakan rasa " respect" mereka pada wanita yang masih dara
So... takkan kita mudah-mudah macam tu nak serah dara kita kan???

Sesungguhnya , Tuhan mencipta wanita dengan sembilan darjah keaiban ...
Kalau sampai seorang wanita itu "tak malu"
Bermakna hilanglah kesemua darjah keaiban dalam dirinya ...
Bermakna hatinya sudah kotor ... rosak ...busuk ....
Jangan sampai kita termasuk dalam golongan ini

"Mahkota saya hanya untuk seorang lelaki yang boleh membimbing dan memimpin saya , bukan untuk lelaki yang hanya berfikir tentang nafsu semata-mata"

Buat kaum hawa yang ku sayangi 
P/S : JOM JAGA MARUAH :)



Friday, December 3, 2010

Kita Kurang Peka Produk Yang Kita Makan { Halal Ke? }

What are you eating ???
Pernah tak ambil perkara ni secara serius???
Bukan apa , cuma lately ni aku perasan ...
Ramai yang makan apa yang diorang lihat orang lain makan 
Senang kata , yang branded2 , mahal2 punya makanan 
Diorang belasah je asalkan dapat puaskan nafsu makan :P
Padahal , daripada apa yang banyak aku perhatikan 
Ramai antara kita yang tak peka soal halal dan haram

Yeah ... I know
Banyak rumours kat internet kata 
Makanan ni tak halal , Makanan ni ada B***
Sedangkan hakikatnya itu cuma fitnah semata-mata
Tapi ... kes ni 
Makanan tu tak ada langsung tanda halal
Tapi kita macam buta je tak nampak
Kerana keSEDAPan nye yang memikat kalbu , CEH!

Aku PASTI korang akan terkejut ,
Sebab mula-mula aku selidik makanan2 ni kat shopping complex pun 
Aku tegamam + terkesima + sedih 

Ni antara makanan-makanan yang aku cakapkan tadi :


Kenal nie ?
Kalau korang nak tawu...
Walaupun biskut famous amos ni sangat sedap 
Aku pun tak dapat nak nafikan 
Sebab aku pernah makan 
Dan ... FUHH! Memang sedap
Semmua produk famous amos tak halal ...
Tak pasti la pula apa kandungan yang menyebabkannya tak halal
Tapi pusing lah 720 darjah keliling packing Famous Amos 
Takkan jumpa punya laah!
Alhamdulillah ada satu shooping complex yang agak peka 
Pasal Famous Amos ni dan meletakkannya di ruang NON-halal 
Tulah shopping complex pertama yang aku nampak buat macam tu 
TESCO extra , Plentong :)


Yang ni dah confirm korang kenal 
Aku pun sangat kenal sebab dulu aku menggila kat Kinder Bueno nie
Sedap + Lemak berkrim laa katakan 
Malangnya ... 
Produk ni tak ada tanda halal
Aku perasan budak maktab 
Kalau outing macam dah jadi kewajipan beli kinder bueno 
Aku tahu ... sedih sebab sangat sedap

Hah ... yang ini lagilah 
Produk famous ni kan ???
Takkan lah korang tak kenal ...
Makanan ni dikatakan eksklusif ...
Tengok jelah packaging dia kan ...lip lap lip lap keemasannya
Tapi ... yunk oi !
Dia tak ada tanda halal sayang ...


Siapa2 yang gila gula getah 
Ketahuilah yang kat atas ni HARAM
Tak ada dalih-dalih ... HARAM taw
Ni semua produk keluaran Wrigley's
Bukan semua keluarqan Wrigley's yang haram 
Tapi mungkin ada perbezaan dari segi kandungan 
Yang membuatkan sebahagiannya tidak halal
Bagi mereka-mereka yang berkemampuan lebih daripada yang lain
Makanan ini memang popular
Harga satu bekas ni boleh mencecah RM30 mengikut perisa
Tak pernah makan 
Tapi dengar cerita memang sedap???
Kebanyakannya halal kecuali yang ada marshmellow , raisin rum , alcohol dan 
Bailey's Irish Ice Cream
Hati-Hati taw!


Ni satu lagi 
produk yang digunakan secara meluas di Malaysia 
Mak ai ... tak halal jugak 

And ... nak pesan 
Kebanyakan gula yang chewy + marshmallow kat luar sana
Memang tak halal
So ... avoid lah k 

Kalau kroang rasa was-was dengan suatu produk tu 
Bolehlah korang check internet 
Ataupun cara lain :

Aku dulu selalu buat 
Sekarang ni internet dah jadi buah hati :)

Suka link ni :D

Selamat Beramal :)
Lyna Amalina