Showing posts with label LA's Motivation. Show all posts
Showing posts with label LA's Motivation. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Nilai sebuah cinta

CINTA itu indah, seindah yang mungkin
Sesuatu yang tak dapat disentuh atau dilihat,
Tapi di lubuk hati ia dapat dirasa dengan jelas...


CINTA itu sakit, sakit halimunan
Lebih sakit daripada luka torehan pada kulit,
Lebih parah daripada patah riuk tulang di badan,
Panahan asmara katanya...

CINTA itu penawar, mujarab & efektif
Bisa membuat hati yang tegang jadi tenang,
Muka yang bengang pun jadi riang,
Penyembuh duka lara dalam kehidupan...


CINTA itu penyakit, kalau hati tak bijak mengawalnya
Mengundang noda hitam dalam hati sanubari,
Mencemar ikatan kasih yang suci,
Masalah timbul dari hari ke hari...

Usahlah kerana cinta persahabatan terjejas,
Usahlah kerana cinta diri terluka,
Usahlah kerana cinta jiwa merana,
Usahlah kerana cinta maruah jadi mangsa, 
Usahlah kerana cinta kasih binasa antara manusia.

Wednesday, February 8, 2012

Kaki Kuat Batu Pahat


Guiness World Record perlu mencatat namanya dalam buku terbaru mereka
Majlis Sukan Negara harus kagum dengan kecergasannya
Atlet-atlet mesti mengagumi semangat & disiplinnya

Setiap hari, pemandu bas & teksi yang melalui sepanjang kawasan Air Hitam - Parit Raja- Batu Pahat
Akan cuba mengerling ke luar tingkap kenderaan mereka
Mencari kelibat seorang lelaki berumur lingkungan 40 - 50an di tebing jalan raya

Kalau bernasib baik, Insyallah kita akan menemuinya
Berpakaian kemas setiap hari... 
Kemeja bercorak petak serta seluar slack...
Dengan bersemangat dia melangkah cergas...


Bayangkan manusia ini...
Aktiviti hidupnya adalah perjalanan sebanyak 34.1 km , tidur & makan sahaja

Perjalanan dari Ulu Tiram - City Square pun sekadar 20.1 km
Betapa jauhnya perjalanan manusia ini...
Betapa kuatnya kedua kaki itu melangkah setiap hari...

Baiklah, di sini LA tamatkan kebingungan anda semua tentang manusia ini...
Dia seorang yang dikatakan mempunyai masalah mental, 
Atau dalam kata popularnya, "Gila"
Tapi yang LA cuba nak kongsi bukanlah keadaan mentalnya itu
Tapi semangatnya pakcik ini meneruskan perjalanan 34.1 km dengan kedua belah kakinya
Tak hirau panas terik, hujan atau lecak... dia harungi dengan tabah
Asalkan rutin hariannya selesai ...

Anggaplah perjalanan ini sebagai kehidupan kita...
Keadaan sepanjang perjalanan umpama dugaan harian kita...
Dan titik akhir perjalanannya sebagai kejayaan dalam hidup kita...


p/s : Buang yang keruh, ambil yang jernih
Hiraukan siapa dia, ambil semangatnya




Friday, January 27, 2012

Budaya Pasar Malam

Semalam LA pergi pasar malam Taman Puteri Wangsa
Lama tak pergi...rindu :)
Eceh, tapi bukan itu yang LA nak ceritakan ni..
LA nak ceritakan tentang budaya manusia apabila berkunjung ke pasar malam...
Sebenarnya budaya ini bukan sahaja di pasar malam
Hampir setiap hari budaya ini menjadi tabiat

Budaya Buang Sampah ^^

So, malam tadi masa mama LA nak beli sate
LA duk jauh sikit..tak tahan dengan asap yang berkepul-kepul
Tengah berdiri sorang, LA tengok laa keadaan sekeliling
Ramainya orang ... ceh, teruja laa sekejap.
Tapi..bila pandang jalan raya ...

Sakit mata :(




Sampah...sampah...sampah 

Sedih bila tengok banyak-banyak sampah
Sudah tentu kita tak boleh nak buangkan sampah orang lain
Jadi, apa kata kita uruskan sampah kita sahaja
Tanamkan sikit rasa tanggungjawab dalam diri
Buang sampah kita ke dalam tong sampah

LA rasa benda ni dah diajar dari tadika lagi...
Susah ke?


Only 3 brilliant steps :

  Ambil Sampah 
   Cari Tong Sampah
  Buang Sampah 

Senangnya... yeay! Terujanya, rasa macam cikgu tadika ^^

Okay murid-murid... 
Harini cikgu nak mengajar tentang cara nak buang sampah
S.A.M.P.A.H.
Pertama, ambil sampah...
Kedua, cari tong sampah
Ketiga, buang sampah ke dalam tong sampah
Senang tak murid-murid?

Heee..okay, saje menyindir
Kenapa LA letakkan sampah sebagai tanggungjawab sendiri?
Sebab... manusia ada berjuta-juta
Kalau setiaporang megambil peranan terhadap sampah mereka
Bersihnya dunia ini...
Tak ada orang nak ambil kisah tentang sampah orang lain

 
Tak percaya? Tengok ni...
Okay, and sebelum anda kata apa-apa
LA kutip laa sampah ni...tapi hanya yang ini laa
Sebab sampah ni tolong LA buat video
Sampah yang lain? Hmmh... fikir-fikirkan




Thursday, January 26, 2012

Lembutnya Lidah

Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Budaya sosial zaman kini sudahpun memperlihatkan calon-calon penghuni neraka kerana mulut mereka. Ada yang gemar menggunakan bahasa-bahasa kesat sebagai satu pertuturan dalam komunikasi. Lebih membengkakkan telinga apabila perkataan seperti “bodoh, babi dan sebagainya” digunakan sebagai satu panggilan untuk memanggil rakan-rakan.

“Bodoh, kau nak pergi tengok ke tak perlawanan bola malam ni?”

“Wei sial, kau ada nampak tak kunci kereta aku?”

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Seseorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka berbuat keji dan bukan suka bercakap keji.”

Jom merawat lidah kita :

1. Lidah perlulah dilatihkan supaya berkata-kata dan berbual menggunakan perkataan yang baik, lemah
    lembut dan mesra.

2. Lidah juga haruslah menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk, merendah-rendah sesama umat manusia.
3. Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesame rakan yang baik juga berdamping dengan orang yang
    tinggi ilmu agama

4. Latih diri dengan mengelak daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat dan suka bertengkar.
5. Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain apabila tersilap.

6. Amalkan sikap yang baik dan menolak buruk sangka.

7. Amalkan silaturrahim yang baik antara satu sama lain

8. Bagi yang beragama Islam, rajinkan lidah dibasahi dengan zikrullah.

Sedarlah, budaya mencaci bukanlah budaya yang seronok atau menarik. LA pernah berada dalam satu situasi semasa tahun 2011… Semasa itu LA Form 5 dan sedang outing untuk membeli alat tulis. Tiba-tiba LA terserempak dengan junior-junior perempuan Form 2. Maka berlakulah satu drama yang agak mengejutkan

A : Woi, sengal sini laa…
A: Woi bodoh, tengok la sini..

Si A memanggil kawannya si B untuk melihat sebuah teddy bear yang sangat comel. Namun kawannya itu masih khusyuk membelek buku mewarna kanak-kanak.

A : Woi sial, sini laaa… aku nak kau tengok ni.
B : Apa dia laa sial?

Astaghfirullah, bagaimanakah mereka boleh menerima diri mereka digelar “Sial”? Sejujurnya, kalau LA digelar “Sial” oleh seorang kawan, merajuk lah jawabnya. Murahnya diri…hinanya diri untuk dipanggil dengan panggilan sebegitu. Dahlah perempuan…

Sumber : Majalah Gen-Q

p/s : Betulkan amalan, Amalkan yang betul.

Tuesday, December 20, 2011

Alone at Kota Tinggi

Tadi LA pergi Kota Tinggi sebab urusan majalah sekolah
Dulu kerja tu buah hati LA
Tapi disebabkan kena siapkan kerja orang lain
Sampai hidup jadi kacau bilau 
Naik menyampah buat semua kerja-kerja tu
Tapi, tak baik kan? Kenalah sabar kan patutnya?

So, tadi LA kena tunggu sebab Fatin Raihanaz datang lambat sikit
Ya Allah, bosannya...
Ok, LA memang benci duduk sorang-sorang 


Haha, tengoklaa muka minta penampar tuu~
Terserlah sangat kan kebosanan ...
Dengan shawl yang PFFFFFFFTTTTTT !!!
LA memang tak pandai pakai pun sebenarnya...
Tapi tak salah kan sekadar mencuba :)

Tapi...bila difikirkan,
Kita tak pernah pun keseorangan dalam dunia...
Ada 2 malaikat di sisi yang menemani...
Dan yang paling best, kita ada Allah yang melindungi...
Alhamdulillah ...

●●۩۞۩●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬♥ஜ۩۞۩ஜ♥▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●۩۞۩●●
I - A M - N O T - A L O N E... A L L A H - I S - A L W A Y S - W I T H - M E
●●۩۞۩●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬♥ஜ۩۞۩ஜ♥▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●۩۞۩●●
TQ Harry Altintop (FB)


Friday, December 16, 2011

Back to the spirit

AUUWWW....
Rindunya kat BUAH HATI saya nieh...
Siapa tu agak-agak?
Blog muchuk saya ni laah!

Dah lama sangat ka tak update...
Yelaa... kalau dulu update pun
Sikit-sikit pasal MUHAMMAD HUMAIDI RAMLI 
Semuanya cerita patah hati, putus cinta, curang, emosi...
Tapi sekarang rasanya macam dah tak perlu laa...
Sebab LA dah kuat!
Eceh, kuat lah sangat kan... 

Okay, taklaah kuat macam ni...
Tapi LA dah boleh kawal emosi bila masuk bab ceritera putus cinta
Tak ada jodoh, nak wat camane kan kan~

So... azam baru, 
LA nak ceria-ceria selalu...
Orang kata, kalau kita nak wajah kita berseri-seri...
Kena H A P P Y selalu 
So, what i need to do after this?

S M I L E ! ! ! ! !


Kiri : masam bucux!
Kanan : Haa... kan manis, walau buruk sekalipon!

P/s : Jum ikut LA nak senyum selalu. 



Monday, October 3, 2011

You are a winner!

Di saat anda rasa ingin terjatuh
Dan rasa tak mampu untuk bangun semula
Dengan meletakkan tanggapan bahawa "Aku seorang yang GAGAL!"

Fikir semula...
Ingatkah dulu, anda pernah menjadi seorang juara
Dakam satu pertempuran dengan berjuta-juta yang lain...
Masihkah ingat?

Anda berenang selaju mungin ...
Memotong pesaing lain yang tak kurang hebatna...
Namun, di akhirnya...
Kita buktikan..."akulah JUARA!"


 
Kita dah pernah menjuarai antara yang hebat...
Tak mustahil untuk kita mencubanya lagi...
Jangan berhenti mencuba..
Jikalau gagal...cuba..cuba...& terus mencuba
Kejayaan tidak akan datang bergolek
Kita yang perlu berusaha...
Mencari peluang & mengambil risiko...



TERUSKAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN :)
INGATLAH...ANDA SEORANG JUARA!

Saturday, July 16, 2011

Study Crazy?

Mesti pernah dengar kan istilah Study Hard dengan Study Smart
Haaa... ni ada istilah baru

Study Crazy... ini adalah kaedah belajar yang "non-sense!"

Bagaimana hendak mencapai tahap Study Crazy :

 Habiskan SEMUA masa terluang dengan STUDY semata-mata
 Bila orang tanya , katakan "saya tak tahu" . Sedangkan anda tahu dan semua orang tahu anda tahu
 Enggan mengajar orang lain kerana berpendapat "ilmu akan habis apabila diajar"
 Bila ranking jatuh , study macam orang gila dan ganggu orang yang mengatasi ranking anda
Menangis bila tidak dilantik sebagai mentor dengan alasan "Saya lebih pandai!"
 Bila dah jadi mentor , mentee minta ajar bagi alasan "Err...saya tengah buat, jangan kacau"
 Bila orang menyatakan rasa taat kepada Tuhan, katakan "Manusia boleh mengatasi Tuhan"
 Bila ada gotong-royong , larikan anda jauh-jauh
 Bila orang satu batch dapat pointer rendah , KUTUK jangan TOLONG


p/s : No one likes you because of your attitude of STUDY CRAZY even when you're crazy genius

Tuesday, July 12, 2011

Smile ^-^


Senyum ...tak perlu kata apa-apa :)

Sebelum ni Lyna Amalina (LA) dah pernah dah sebenarnya buat entry pasal senyum
Tapi mungkin kali ini lain sikit kot?
Sebab LA nak share beberapa manusia yang senyumannya
Macam tak ada FULLSTOP.
Tak penat ke senyum...?
Walau apa pun, senyuman mereka lah yang tampak paling ikhlas!

#1 : Abdul Quddus (my classmate + graphicmate)

Tengok laah tu! Lebarnya dia senyum ...


Manisnya :)

Berangan pun senyum ?

LA : Kau reti marah tak?
Quddus : Eh mesti lah reti ...semua orang mesti marah
LA : Demo sikit ?
* Quddus sengih sorang-sorang... hadoiii

#2 Siti Sariyah + Adibah Saliha


Baju biru Adibah ... baju merah Sariyah
Cek mek dua orang ni memang senyum je memanjang
Bezanya ... Dibah suka nampak gigi + gelak for no reason
Sariyah suka bagi "plain smile" yang nampak cute sangat sampai kan

Azreen pernah tanya : McYah (Sariyah),
Macam mana kau marah adik kau seyh?

McYah : Eh, aku garang tau kat rumah ...

*??????? tak dapat dibayangkan :P

#3 Hafiz SMKTPW

I just met this guy a few days ago ...
Actually, kenal dari sekolah kebangsaan
But masa tu maybe tak rapat dengan each other kot?
Last time jumpa dia kat bus stop Tiram
Senyum...meleret-leret
Tambah comel sebab ada dimples!

LA : Senyum je memanjang kan?
* Hafiz ... tetap senyum , no reply

Senyum bang, jangan tak senyum :)

LA teringin nak kenal lagi siapa yang kuat senyum nie...
So... Perhatian kepada nama-nama yang bakal disebutkan di bawah ...
Boleh bagitau LA , 2 orang yang kuat senyum

 Izbeta Shyah
 Syasya Amila

p/s : senyumlah kerana ia penawar hati
senyumlah kerana ia satu hadiah & sedekah
senyumlah ...