Friday, May 31, 2013

Bila Nanti Dikurniakan Anak...

Alhamdulillah, tahun 2013 ni LA dah pun berumur 19 tahun...
Dah semakin matang dan besar... yeke? Bolehlah...
Kalau orang zaman dahulu mesti dah kata dah boleh kahwin dah
In fact, dah ramai pun sahabat LA yang sudah mendirikan rumah tangga tahun ni
Tahniah kawan-kawan! Semoga bahagia hingga akhir hayat! :)

Well, I don't plan to be married at such a young age...
I targetted to be married at the age of 24, InsyaAllah...

Cuma, yelah... orang perempuan ni memang kuat berangan
Berangan perkahwinan nanti nak buat macam mana
Kalau dapat anak nanti nak bagi nama apa
Kalau ada rumah nanti nak hias macam mana 




Bayi, siapa yang tak sukakan mereka kan?
Lagi2 kalau mereka milik kita, zuriat kita sendiri
LA pernah baca sepotong hadis mengenai bau wangi bayi
Perasan tak bila kita cium bayi, mereka tak pernah bau busuk?
Walaupun air liur meleleh keluar dari mulut sampai terkena baju...
Walaupun termuntah semula makanan atau minuman apabila tersedak...
Tetap wangi, kerana bayi itu datang dari syurga... Subhanallah
Dan kerana bayi itu tiada dosa, maka baunya terpelihara...

Bila Nanti Dikurniakan Anak, LA nak namakan mereka dengan nama-nama ini...

Nama setiap anak perempuan dimulakan dengan Alya 
Alya bermaksud 'ketinggian atau yang tinggi'

Nama setiap anak lelaki pula dimulakan dengan Ahmad
Ahmad pula adalah singkatan kepada Muhammad


Alya Dhialysma Safiya

LA dah cuba cari makna lysma/lisma di internet tetapi tak berhasil
Yang dijumpai hanya makna Dhia iaitu sinaran
Nama 'dhialysma' ini dipilih sempena seseorang yang LA kenali di UiTM Terengganu
Seorang senior kursus perhotelan, juga seorang komander kesatria negara
Cantik, baik & garang orangnya :)
Diharapkan menjadi seperti kak Dhialysma.

Safiya pula bermaksud wanita yang mulia.

Yang tinggi Sinaran Wanita Yang Mulia


Ahmad Dhanish Zhafran

Dhanish atau Danish bermakna berpengetahuan
Manakala Zhafran bermakna mempunyai kejayaan

Yang Terpuji Berpengetahuan Mempunyai Kejayaan


Alya Qasrina Ameera

Nama Qasrina bermakna Istana
Manakala makna Ameera ialah puteri

Ketinggian Istana Puteri


Ahmad Adib Iskandar

Adib bermaksud beradab sopan
Manakala  Iskandar pula merupakan nama seorang raja 
Daripada sejarah Melayu Islam juga kita didedahkan dengan tokoh Islam yang hebat
Iaitu Iskandar Zulkarnain yang juga dikenali sebagai Iskandar The Great atau Iskandar Agung

Yang Terpuji Beradab Seorang Raja


Alya Iffah Azizah 

Iffah bermaksud Yang Mengetahui Harga Diri
Manakala Azizah bermakna dihargai atau dihormati

Lagipun, nama Azizah ini diambil sempena seorang sahabat semasa di MRSM Mersing
Kami sama-sama mengambil subjek bahasa Arab
Subhanallah, baik budi pekertinya, lembut dan beradab bahasanya,
Dan Azizah juga merupakan pelajar yang zuhud dan cemerlang dalam pelajaran
Semoga menjadi seperti Azizah yang pernah LA kenali :)

Yang Tinggi Tahu Harga Diri Dihormati


Ahmad Izzul Aryan

Izzul bermakna kemuliaan
Manakala Aryan bermakna kekuatan yang penuh

Yang Terpuji Kemuliaan Kekuatan Yang Penuh


Hanya merancang, semuanya atas kehendak Allah :)
Kalau bakal suami tak suka nama yang LA atur ni pun tak boleh juga kan?
Wallahualam...









No comments: