Tuesday, November 12, 2013

Classmate Gathering

Alhamdulillah, dah setahun setengah melayari alam Diploma
Maknanya, dah setahun setengah jugaklah bersama classmate tercinta

Bermula daripada detik duduk satu kelas tapi masing-masing terkebil-kebil
Nak-nak Lyna yang anti-sosial ni, duduk diam molek-molek
Segan nak kenal dengan sesiapa, tengok semua macam pandai belaka
Tapi siapa sangka, sekarang... peluk cium gigit tampar semua ada
Eh! Ikut jantina lah yea... jangan buat spekulasi!

Last time, dalam minggu pertama final exam...
Baik punya planning, dapatlah berkelah sama-sama...


So, terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam planning aktiviti ni
Plan lagi semester depan dan depan dan depan...
Semoga hubungan kita terus akrab dan berkekalan...

Bilalah Lyna nak kurus macam Mya kan? Haha...  


Subhanallah, cantiknya pemandangan :)



Pantai Teluk Bidara :)






Bersedia untuk lawan ombak pagi ini !





Rajin abang salmi bakar ayam & sosej 








So here, Lyna nak promote tempat ni sebab Lyna tempat ni best lah kalau nak pergi picnic dengan friends or family, atau setakat nak jalan2 tepi pantai pun best jugak kat sini.
Nama tempat ni, Teluk Bidara.
Terletak di Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu.
Terletak berdekatan dengan Kuala Dungun.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari http://www.visit-terengganu.net/pantai-teluk-bidara/

Dan, untuk homestay yang kami duduk pula
Namanya Bidara Bay.
Bilik dengan aircond berharga RM 80, yang tanpa aircond RM 60
Ada rumah jugak tapi Lyna tak sure harga berapa
Betul2 berhadapan dengan pantai Teluk Bidara

You can click this link for further information http://bidarabay.iguideu.net/

No comments: