Friday, January 10, 2014

Luaran & Dalaman


Bahagianya rasa semalam dapat pergi pasar malam Dungun
Walaupun sesak semacam, bau wangi & masam bercampur baur,
Nafas budak Asthma ni pun macam tak sampai ke jantung,
Biarlah, sekurang-kurangnya lepas rindu kat pasar minggu tu...

Kisahnya semalam ramai sangat orang,
Bila berjalan atau beli makanan di mana-mana stall,
Rasa macam buat tug of war,
Tolak sini, tarik sana, siku sini, lutut sana.

Masa beli ayam panggang,
Beg terjatuh masa nak bayar,
Automatic jerit... "Teddy Bear Kotor !"
Sebab ada teddy bear comel tergantung dekat zip beg tu...




Alolor comelnya dia...
Okay, sambung cerita...
Gelabah sangat teddy bear kotor, masa kibas2 kepala teddy
Beg tu jatuh semula ke jalan tar,
Sampai jahitan kepala teddy tu terbuka separuh
Sedih sangat perasaan masa tu
Sehinggalah saya tersedar sesuatu....


Astaghfirullah ! Phone ada dalam beg !
Ada dua phone, Nokia dengan iPhone...
Tapi risaukan iPhone la, bukan sebab harganya banding dengan Nokia
Tapi Nokia tu, baling tingkat satu pun insyaAllah selamat
iPhone yang dibalut kaca tu, bila2 boleh retak
Barulah gelabah buka, check elok ke tidak phone2 

Okay, the end. Simple kan cerita?
Haha... ada mesej tersembunyi sebenarnya cerita ni
Sedar tak sedar, kita sebagai manusia lebih suka tumpukan pekara luaran berbanding dalaman?
Sebab apa? Sebab kita nampak jelas apa yang ada di luar...
Kita tak nampak apa yang ada di dalam...
Yelah, kalaulah perut kita ni lutsinar, nampak semua usus besar, usus kecil
Ramai yang pitam tengok nanti...

Begitulah penyakit antara kita hari ini,
Bila nak keluar rumah, kita akan touch up luaran kita sehabis baik
Pakai sunblock, pakai krim, foundation, bedak dan sebagainya untuk muka
Kita pakai baju yang cantik & kemas
Kita nak luaran kita tampak berseri dilihat orang lain
Sampai kadangkala, kita terus lupa nak jaga yang di dalam (Qalb/hati)

Contohnya, bila kita accident jatuh motor,
Luka di lutut, di siku, di dagu...
Sibuklah kita cuci bersih2, kita sapu minyak, kita tampal dia...
Luka dah kering, dah tanggal kuping,
Sapu pulak krim nak hilangkan parut..
Bimbang kalau nanti nampak hodoh...
Tapi pernah tak dengar kes, orang accident tak teruk
Tapi 1-2 minggu kemudian kena pergi hospital
Makanan masuk muntah semula, senak perut setiap masa
Sebab apa? Sebab ada luka dalaman...
Yang sebab mereka tak nampak, mereka rasa tak perlukan rawatan

Dah mula nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? *winkwink


Ramai antara kita terlalu taksub dengan kecantikan luaran 
Sampai kita lupa kecantikan dalaman itu sebenarnya yang lebih penting
Apakah bangga, menjadi cantik di mata manusia tetapi buruk di mata Allah?
Saya tak minta anda jadi selekeh, jadi tak terurus asalkan hati anda baik
Jauh sama sekali daripada agenda sebenar saya menulis malam ini

Apa yang saya nak cuba sampaikan sebenarnya adalah
Di samping menjaga kecantikan luaran, jagalah juga kecantikan dalaman
Kecantikan seseorang bukan setakat cantik di wajahnya
Tetapi juga pada murni & luhurnya budi dalam diri
Apalah guna wajah yang cantik & bersih kalau hati busuk & buruk?
Mendengki sana sini, tak suka bila orang lain bahagia


Kecantikan luaran itu akhirnya akan pudar, 
Sedikit demi sedikit dimamah masa, ditelan usia
Kecantikan dalam itu akan kekal selama-lamanya,
Baik budi dikenang, Murni diri diingati :)



No comments: