Tuesday, March 18, 2014

Buat Baik Biarlah Bersama

Setelah lama memendam rasa tak suka terhadap sesuatu isu ni
Malam ni akhirnya dikentalkan juga kudrat untuk menaip
Sebelum itu, mohon ampun beribu-ribu ampun jika buat sesiapa terasa


Amar Makruf Nahi Mungkar

Ayat yang mungkin nampak sukar tapi percayalah
Ia merupakan satu konsep hidup yang amat sangat sungguh mudah
Amar Makruf - Mengajak kepada kebaikan
Nahi Mungkar - Mencegah daripada kemungkaran

Contohnya, bagi orang lelaki
Apabila nak keluar untuk solat berjemaah di masjid
Ajak lah housemate, roomate & kawan2 lain pergi bersama

Contoh lain, kalau kita nampak kawan sekampus dating sakan sampai lupa diri
Kita jumpa dia, kita tegur dia supaya dia tak buat lagi

Simple ! Ajak orang lain buat kebaikan & cegah kemungkaran yang dibuat !
Mudah kan?

Masuk isu sebenar sekarang !

Pernahkah anda hadir ke usrah? 
Tak kisahlah usrah di sekolah, universiti atau anjuran mana-mana persatuan atau badan
Kalau tak pernah, biar saya ceritakan apa definisi & susasana usrah biar jelas

Usrah (الأسرة) ditafsirkan sebagai perjumpaan yang melibatkan kegiatan agama Islam
 seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk.

Komponen usrah merangkumi empat:
  1. Naqib (lelaki) / Naqibah (perempuan)
  2. Anggota usrah
  3. Topik perbincangan atau silibus
  4. Aktiviti

Rukun Usrah :
  1. At-Taaruf, iaitu berkenalan;
  2. At-Tafahum, iaitu bersefahaman;
  3. At-Takaful, iaitu saling bantu-membantu.

Thank You Wikipedia !

Saya sendiri seseorang yang amat gemarkan aktiviti usrah ni
Sebab sejak zaman sekolah lagi, telah dididik & ditanam dalam diri untuk berusrah
Setiap hari Jumaat, ketika kaum Adam ke masjid untuk solat Jumaat
Kami-kami kaum hawa akan ke surau untuk sesi 'Fardhu Ain'
Ada banyak aktiviti, tapi yang paling best tentulah usrah & tadarus al-Quran

Alhamdulillah, semasa baru memulakan kehidupan universiti
Saya diajak untuk menyertai usrah 'rakan masjid' 
Syukur, masih dapat meneruskan aktiviti usrah 

Suasana usrah di tempat berlainan sudah tentu lain
Tapi lebih kurang, merangkumi ramai orang yang pelbagai ragam, latar belakang & gaya
Semasa di sekolah dulu, salah seorang ahli usrah saya merupakan seorang senior
Yang memang social orangnya, yang 'liar' kerana masalah keluarga di rumah
Tapi kami semua terima dia seadanya, macam sebuah keluarga :)
Siapa kita nak membeza-bezakan manusia dengan alasan tak sama taraf iman?
Sejak bila menghakimi iman & hati seseorang jadi kerja manusia?

Ada seorang rakan lain pula suka menghadiri usrah anjuran NGO
Seronok dengar pengalaman dia berusrah di Masjid Kristal tahun lepas,
Ada sahaja yang 'freehair' join usrah, lagi seronok ada juga yang bukan Muslim join
See? Nampak tak point saya apa sekarang ni?


Sebenci-benci diri ini pada semangat assabiyah yang ditimbulkan oleh sukan
Benci lagi saya pada mereka assabiyah kerana merasakan diri mereka 'baik' berbanding lain

Bila pindah ke kampus baru yang serba tak cukup & terceruk di pedalaman
Sejujurnya, banyak ketidakpuasan hati yang timbul dalam diri
Tetapi, satu perkara ini amat sangat sungguh tidak boleh diterima
Pertama kali dalam hidup, saya jumpa dengan 'usrah private' !
Benci, sangat benci dan kecewa dengan apa yang dibuat oleh sesetengah pihak ni...
Sampaikan mengalir air mata bila teringatkan perkara ni

1. Senyap

Aktiviti usrah ini dijalankan secara senyap
Selalunya pada petang hari, sehingga selepas Maghrib
Apabila ditanya oleh orang lain... "Nak pergi mana?"
Mereka akan berdalih dengan jawapan "Dating, Jalan2, Jumpa Kawan, Ada Urusan"
Motif tak nak bagitahu orang lain ada usrah tu?
Tak pernah ada langsung pengumuman atau diuar-uarkan tentang adanya usrah ni di mana-mana

2. Persepsi

Saya minta maaf kalau ayat ini kasar
Tapi saya rasa tak wajarlah kalau ada pihak yang tak nak bercakap atau pandang
Orang lain kerana orang lain tidak berpakaian sama macam mereka, tidak bercakap selembut mereka
Sampai satu tahap, geng usrah ni apabila disapa atau ditegur orang lain
Mereka bertindak senyap, tak nak membalas apa pun, malah dimasamkan muka
Astaghfirullah, hina sangat ke sapaan & layanan daripada kami yang tak setaraf anda?


Contoh ajakan ke usrah di UKM 

Akhir kalam saya begini, 

Mungkin pakaian kami tak secantik pakaian anda
Pakaian kami compang camping
Mungkin kami bukan dari sekolah agama
Kami sekolah biasa-biasa
Mungkin keluarga kami tak sealim anda-anda
Keluarga kami biasa-biasa
Mungkin kami tak sebaik mana dibandingkan anda
Tapi nak jadi lebih baik masa akan datang

Ajaklah kami kawan...
Ajaklah kami bersama apabila hendak belajar ilmu agama...
Kami ketandusan & kami dahagakannya
Kalau benarlah anda luas pengetahuan dalam bidang agama
Ajarkanlah kepada kami, tunjukkanlah kepada kami

"Allah tidak akan mempersoalkan sama ada kita berjaya atau tidak melakukan sesuatu,
Allah akan tanya apakah usaha kita"

Mana usaha awak bantu kami yang kurang ilmu agama ni?









1 comment:

HafiSamsuri said...

Ya Allah setujuuuuu sangaaaaaaaaaaat! As a new beginner, they expect us to be like them. Drastically. Slow slow lah. Rome wasn't built in a day, aite?