Wednesday, April 23, 2014

Cantik VS Baik



Bila saya baca, perasaan pun jadi bercampur baur
Antara suka dan duka saling berganti mengganggu jiwa dan minda
Suka, sebab akhirnya ada orang berani menegakkan realiti
Ada orang yang sebulu pemikirannya dengan saya dalam hal ini
Duka, kerana saya tahu saya tidaklah baik mana
Tapi lagi malang saya bukanlah golongan mereka yang cantik
Yang kelip-kelip mata ayu sahaja orang memuja-muja
Yang jahat macam mana pun ada orang nak bela

Tapi syukurlah, saya yakin, kalau orang tak nak pandang pun kebaikan yang saya hulurkan
Saya tahu, Illahi itu memandang setiap zarah perlakuan setiap hambaNya
Buruk rupa pun buruklah, bila menderma Allah senyum, malaikat kanan bekerja
Cantik rupa pun cantiklah, bila menghina Allah murka, malaikat kiri bekerja
Sungguh indah janji-janji yang Tuhan taburkan kepada hambaNya
Suatu keadilan tanpa sempadan, tanpa mengira pangkat, harta ataupun rupa

Pernah tak sebut atau dengar ayat 
"Bla...bla...bla... Kalau cantik tak apa jugak"

Ayat ini buat saya berfikir, adakah kita berpihak pada orang-orang yang cantik?
So, maksudnya.. kalau suatu perbuatan jahat itu dilakukan oleh orang yang cantik, tak apa?
Nampak tak kita sebenarnya dah latih diri & sekeliling kita untuk jadi bias dalam realiti kehidupan

Saya rasa kalau saya jumpa siapa yang reka puisi ni 
Kalau dia perempuan saya peluk cium dia 
Kalau dia lelaki saya senyum sahaja
Saya nak ucapkan berbondon-bondon terima kasih 
Sekurang-kurangnya ada insan yang mampu untuk sampaikan mesej ini kepada masyarakat
Ada insan yang mampu nak tunjuk kat masyarakat realiti yang berlaku sekarang


Kadangkala, saya cemburu dengan mereka yang mempunyai rupa paras yang molek ni
Sebab, jarang sangat sangat orang nak berburuk sangka dengan mereka
Jarang sangat sangat orang nak syak mereka ni jahat pada persepsi pertama

Kalau ada 'rumours' jahat tersebar mengenai mereka
Mesti ramai orang tak nak percaya, suruh siasat semula

Kalau perangai mereka jahat nauzubillah sekali pun
Ada sahaja orang-orang yang menyukai dan meminati mereka

Kalau mereka jahat macam mana sekali pun
Mereka tetap akan ada kawan-kawan atau penyokong

Untung kan? Sebab itulah kadangkala saya cemburu
Saya cemburu melihat bagaimana dunia selalu berpihak kepada orang-orang cantik
Definisi cantik dunia yang tak adil : rupa paras menarik, putih, tinggi, kurus
Maka yang tak ada ciri-ciri di atas, mari bersama saya kita buat muka mencebik

Tapi... di sebalik fenomena mengagungkan kecantikan ini
Saya yakin masih ramai mereka yang tinggi 'common sense' di luar sana
Yang lebih menghargai kecantikan dalaman berbanding kecantikan luaran
Maka dengan itu, anda adalah golongan yang hebat

Sayang2 yang selalu rasa diri insecure dan tertindas dengan budaya 'sukakan kecantikan' ini
Lap lah air mata tu, dah dah... jangan menangis
Kita mungkin tak cantik di mata manusia, di dunia
Maka, jumlah, kita berusaha nak jadi cantik di mata Allah SWT
Tak ada guna sayang, tak guna langsung kalau rupa paras yang cantik disulam biadap
Tak guna kalau dipuja ramai, tapi agama tonggang langgang
InsyaAllah masih ramai yang menyayangi diri anda... stay positive!

Sayang2 yang terlalu mengagungkan kecantikan luaran di luar sana
Sedarilah, kecantikan luaran itu hanyalah sementara
Kalau tak dimamah usia, bakal ditimbus tanah kubur jua
Tak semua orang jahat hodoh, dan tak semua orang cantik baik
Kejam dalam Islam itu bermaksud, tidak meletakkan sesuatu ke tempat sepatutnya
Atau dalam erti kata lain bersikap tidak adil terhadap sesuatu
Maka, adilkah kita apabila rupa paras yang jadi ukuran kita dalam hidup?
Wajarkah apabila rupa paras menjadikan kita zalim dalam membuat penillaian hidup?





It's not about having a pretty face,
But having a pretty soul, mind & heart 

XOXO

No comments: