Wednesday, January 21, 2015

Seperti Harimau Menyembunyikan Kukunya


"Tiger claws are retractable in that ligaments hold them in a protective skin sheath when their not being used. The ligaments are in a relaxed position when the claws are retracted thereby expending no musculature effort. Tigers retract their claws to ensure that they remain sharp for times when they are needed and to tread silently up to unsuspecting prey. Other ligaments will extract the claws when attacking prey or defending themselves which does require musculature effort."
[http://seaworld.org/animal-info/animal-infobooks/tiger/physical-characteristics/]

Ini bukanlah post nak ajar peribahasa untuk pelajar sekolah ye anak-anak
Tetapi nak cerita kenapa kita kena jadi seperti harimau menyembunyikan kukunya
Peribahasa 'seperti harimau menyembunyikan kukunya' ni bermaksud seseorang yang menyembunyikan kelebihannya

Harimau ni bukan setakat comel lote tapi jugak hebat
Mampu memburu dengan tangkas lagi efisien
Tapi, kuku hanya akan dikeluarkan daripada tapak tangan sekiranya ingin digunakan sahaja
Kalau tak nak memburu atau mengasah, dia simpan diam-diam
Tak ada makna dia pergi tayang, "Weh kuku aku tajam"
Tak ada, tak ada...dia tak kecoh macam tu pun

Maka, kaitannya dengan kehidupan seharian kita mudah dan simple
Sekiranya kita hebat dalam sesuatu, tak perlu lah kita kecoh sekampung
Bukannya bermakna kita diam seribu bahasa bila kita ada satu bakat 
Bukan... cuma kita tahu dan faham-faham sendiri bila kita perlu menonjolkannya dan bila kita hanya perlu berdiam diri tanpa perlu menghebohkan kehebatan kita
Dalam kata mudah, tak perlulah kita 'berlagak'

Sebabnya sangat mudah dan simple !
Pernah tak korang dengar ucapan atau ceramah dan diakhirnya
Orang tersebut berkata "Yang baik itu datang dari Tuhan, dan yang buruk itu dari diri saya sendiri?"
Haaa... itulah sebabnya. Sebab semua kehebatan itu datang dari Allah
Makanya tak perlulah nak dicanang kepada semua orang kehebatan yang bukan hak milik mutlak diri kita
Kehebatan itu, kalau Tuhan nak tarik, kun faya kun sekelip mata boleh hilang
Elok2 pandai jadi tak pandai
Elok2 cantik jadi hodoh
Elok2 kaya jadi miskin

Jangan sombong, jangan alpa, sebab contoh ada je depan mata selama ni
Kerana semuanya, apa sahaja boleh berlaku dengan izin Allah SWT


Bila kita suka sangat menayangkan/ menghebahkan kehebatan diri
Akan timbul rasa riak dan takbur dalam diri yang merupakan antara penyakit hati yang kronik
Bila hati dah dipenuhi dengan penyakit rohani
Maka, makin susahlah nak terima pandangan dan nasihat orang lain
Makin susahlah untuk memiliki sifat tawaduk
Akhirnya, akan rasa diri selalu betul dan orang lain sentiasa salah

Dan bila kita sibuk bermegah dengan kehebatan diri sendiri
Akan banyaklah hati yang tercalar-balar, terluka dalam diam disebabkan kita
Contoh, kalau kita mempunyai anak-anak yang pandai
Tak perlulah sikit-sikit cerita, " Anak aku pandai" "Anak aku dapat straight A"
Asyik lah nak tayang result anak dekat Facebook padahal tak ada orang tanya pun
Padahal kita tahu ada anak kawan-kawan kita yang kurang 'menjadi'
Ceh, bagi contoh macam dah kahwin ada pulak kita ni...

“Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)



Belajar ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk ke bumi
Ikut sunnah lagi bagus, makin berilmu
Makin bengkak kaki bersujud kepada Illahi :')

"Orang yang benar-benar hebat, tidak sembang lebat"
Lyna Amalina
22 Januari 2015

No comments: