Thursday, August 4, 2011

Ku biarkan kau bahagia

2 tahun menyulam rasa cinta antara Eddy dan Ina,
Siapa yang melihat pasti seronok dengan keintiman antara mereka
Nampak 'Sweet' sangat...
 
Perkenalan yang bermula di laman sosial akhirnya menyemai cinta antara mereka
Masing-masing mengaku suka sama suka
Dan berjanji untuk menjaga kesetiaan satu sama lain

Namun, tak sampai setahun menikmati bibit-bibit indah cinta mereka
Cinta terkandas di tengah jalan apabila berlakunya satu pertengkaran
Yang melibatkan orang ketiga
Atas sebab tidak mahu hatinya terluka, Ina meninggalkan Eddy


              

Takdir bagaikan menyetujui tindakannya apabila telefon bimbitnya dicuri
Lalu Ina pun bertukar nombor telefon
Perit memang perit namun Ina kuatkan hatinya
Tempoh lebih kurang 3 bulan diambilnya untuk melupakan Eddy

Suatu hari, entah kenapa hati Ina rasa rindu sekali pada Eddy
Dia pun mengirimkan pesanan melalui laman sosial nombor barunya
Namun Ina tak pernah mengharap Eddy menghubunginya semula
Padanya, mungkin Eddy sudah mempunyai teman baru dan sudah melupakannya

Beberapa minggu kemudian
Satu mesej masuk dari nombor yang tidak dikenali...

Sejak itu, mereka berhubung dan rapat semula
Dan akhirnya... kerana masih menyayangi eddy, mereka berpasangan semula
Menikmati semula sisa cinta yang ada
Cuma kali ini lebih banyak cabarannya



Suatu hari, Ina meminta emel Eddy dengan tujuan ingin mengirim gambarnya
Dengan gerak hati yang kuat, Ina menaip emel tersebut di laman Facebook
Walaupun sebelum ini Eddy menyatakan yang dia tidak mempunyai Facebook
Terkejut Ina apabila menjumpai page Eddy dengan status "In a relationship with Iqa Haron"

Ina menangis sekuat hati sambil dipujuk rakan baiknya


Dan akhirnya...
Ina akur dengan permintaan Eddy

___________________________________

Eddy,
Tak apa...
Biar Ina undur diri...
Tak sampai hati bila tengok gambar Eddy dengan Iqa
Sweet sangat
Asalkan Eddy bahagia...
Insyaallah Ina pun akan turut bahagia
Saya dah maafkan awak dan harap awak pun sama...
Ingat, saya sayangkan awak selamanya ... Eddy
_____________________________________________

Saya suka tengok gambar nie Eddy,
Awak nampak bahagia sangat dengan dia...
Semoga awak cepat lupakan saya dan apa yang kita pernah lalui...
Jaga Iqa baik-baik yea Eddy... Terima kasih atas segalanya

No comments: