Thursday, November 13, 2014

Bukan Tulen Tapi Menawan



Blog ni bukan setakat berhabuk, bersawang, berlubang-lubang lagi. 
Ampun maaf dipinta, sibuk menguruskan diri di semester kelima Diploma :)

Tahu tak apa maksud INSECURE ?
Okay, insecure tu satu perasaan yang buat kita rasa kita ni sentiasa tak cukup bagus
Lebih kurang macam kurang keyakinan diri lah juga
Biasanya hampir semua perempuan ada masalah ni
DON'T WORRY, memang normal !

Tapi blog post kali ni bukan nak cakap pasal insecurity pun
Tapi ada banyak kena mengena dengan perasaan tu
Cerita kali ni pasal PONDAN.

Zaman dulu-dulu kala orang pondan atau mak nyah ni hina 
Zaman dulu-dulu kala pondan atau mak nyah ni selalu tak lawa
Okay bayangkan, badan katang, tinggi, rangka besar, gerak geri kasar berdegar
Langkah keras kejung, bila gelak halkum gerak atas bawah, atas bawah
Makeup comot, rambut palsu kusut, baju pun taste out.

TAPI...

Tu zaman dulu-dulu la kawan!
Zaman sekarang ni, era baru ni, pondan-pondan dah mengalami anjakan paradigma
Mereka sudah maju dengan revolusi terbaru sejajar dengan modernisasi
Metafora sungguh statement, mesti mak nyah kembang baca kan?

Zaman sekarang pondan dah lawa dah cantik dah meletop
Badan kecik-kecik, muka jambu, manis, jelita, menawan dan ayu
Suara lemah lembut menggegar nafsu, lemah gemalai kalah penari kebudayaan
Rambut dah pandai rebonding, kadang2 dia perm tukar2 ikut trend
Makeup mahal-mahal, Mac,Body Shop,Bobby Brown, korang mampu? Pondan mampu!
Hah, nampak tak revolusi pondan alaf baru? 

Lagi best, siap bertanding masuk pertandingan ratu cantik.
Lagi tak tahan, ada yang ada boyfriend.
Lagi syiok, ramai yang lagi cantik daripada perempuan biasa
Lagi seram, kadang-kadang dah operate sana sini tak tahu pun pondan!

Jum tengok beberapa pondan cantik yang akan tambah insecurity anda dan saya :)

http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html   http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html
http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html   http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html

Rasa tak? Rasa kan... Alahai, bukan perempuan tulen
Tapi cantik, lagi cantik daripada perempuan asli macam kita-kita ni
Tapi yang atas ni semua overseas punya pondan.
Nak kenal dengan pondan Malaysia tak. 
Mesti korang rasa nak menangis tengok kecantikan dia

http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html

Memperkenalkan, wakil Malaysia, Sajat Diva atau Sajat Fariz
Cantik kan? Ala-ala Rozita Che Wan je kan? Arrgghhh...


Mesti korang cakap, elleh, pakai baju lawa-lawa, pakai makeup tebal, photoshop
Bolehlah nampak kebabom macam gambar atas ni kan?
Nah, belanja gambar Sajat Diva tanpa makeup, naked face.


Lagi best, Sajat Diva ni ada pasangan
Saya tak pasti status sebenar pasangan ni
Fariz tulah nama pasangan dia
Yang penting, diorang ni nampak sweet sangat
Kita yang perempuan tulen ni pun terkial-kial cari pasangan kan


Okay, dah tak larat nak cerita pasal pondan yang lebih cantik, comel dari saya ni
Rasa nak menangis airmata pelangi taip entri blog macam ni

Pesanan akir kata, wanita tulen di luar sana
Jangan risau, jangan rasa rendah diri sangat okay?
Percayalah, taraf kita jauh lebih baik daripada mereka
Walau betapa cantik, kaya dan bahagianya mereka di media sosial
Walau betapa kita rasa kita hodoh, gemuk dan sebagainya
Kita asli beb! Original ( peace! )

Lelaki luar sana, harap taste anda semua bukan mereka ini
Ingat halal haram, ingat Tuhan, ingat agama
Cantik mana pun mereka, mereka tak mampu beri zuriat
Mantap mana pun mereka, semua tu operate yang lambat laun
Akan rosak sebab semuanya ciptaan sintetik manusia yang jelas tak sempurna
Jangan mudah terperdaya! :)

p/s : Saya wanita tulen, LOL

Wednesday, April 23, 2014

Cantik VS Baik



Bila saya baca, perasaan pun jadi bercampur baur
Antara suka dan duka saling berganti mengganggu jiwa dan minda
Suka, sebab akhirnya ada orang berani menegakkan realiti
Ada orang yang sebulu pemikirannya dengan saya dalam hal ini
Duka, kerana saya tahu saya tidaklah baik mana
Tapi lagi malang saya bukanlah golongan mereka yang cantik
Yang kelip-kelip mata ayu sahaja orang memuja-muja
Yang jahat macam mana pun ada orang nak bela

Tapi syukurlah, saya yakin, kalau orang tak nak pandang pun kebaikan yang saya hulurkan
Saya tahu, Illahi itu memandang setiap zarah perlakuan setiap hambaNya
Buruk rupa pun buruklah, bila menderma Allah senyum, malaikat kanan bekerja
Cantik rupa pun cantiklah, bila menghina Allah murka, malaikat kiri bekerja
Sungguh indah janji-janji yang Tuhan taburkan kepada hambaNya
Suatu keadilan tanpa sempadan, tanpa mengira pangkat, harta ataupun rupa

Pernah tak sebut atau dengar ayat 
"Bla...bla...bla... Kalau cantik tak apa jugak"

Ayat ini buat saya berfikir, adakah kita berpihak pada orang-orang yang cantik?
So, maksudnya.. kalau suatu perbuatan jahat itu dilakukan oleh orang yang cantik, tak apa?
Nampak tak kita sebenarnya dah latih diri & sekeliling kita untuk jadi bias dalam realiti kehidupan

Saya rasa kalau saya jumpa siapa yang reka puisi ni 
Kalau dia perempuan saya peluk cium dia 
Kalau dia lelaki saya senyum sahaja
Saya nak ucapkan berbondon-bondon terima kasih 
Sekurang-kurangnya ada insan yang mampu untuk sampaikan mesej ini kepada masyarakat
Ada insan yang mampu nak tunjuk kat masyarakat realiti yang berlaku sekarang


Kadangkala, saya cemburu dengan mereka yang mempunyai rupa paras yang molek ni
Sebab, jarang sangat sangat orang nak berburuk sangka dengan mereka
Jarang sangat sangat orang nak syak mereka ni jahat pada persepsi pertama

Kalau ada 'rumours' jahat tersebar mengenai mereka
Mesti ramai orang tak nak percaya, suruh siasat semula

Kalau perangai mereka jahat nauzubillah sekali pun
Ada sahaja orang-orang yang menyukai dan meminati mereka

Kalau mereka jahat macam mana sekali pun
Mereka tetap akan ada kawan-kawan atau penyokong

Untung kan? Sebab itulah kadangkala saya cemburu
Saya cemburu melihat bagaimana dunia selalu berpihak kepada orang-orang cantik
Definisi cantik dunia yang tak adil : rupa paras menarik, putih, tinggi, kurus
Maka yang tak ada ciri-ciri di atas, mari bersama saya kita buat muka mencebik

Tapi... di sebalik fenomena mengagungkan kecantikan ini
Saya yakin masih ramai mereka yang tinggi 'common sense' di luar sana
Yang lebih menghargai kecantikan dalaman berbanding kecantikan luaran
Maka dengan itu, anda adalah golongan yang hebat

Sayang2 yang selalu rasa diri insecure dan tertindas dengan budaya 'sukakan kecantikan' ini
Lap lah air mata tu, dah dah... jangan menangis
Kita mungkin tak cantik di mata manusia, di dunia
Maka, jumlah, kita berusaha nak jadi cantik di mata Allah SWT
Tak ada guna sayang, tak guna langsung kalau rupa paras yang cantik disulam biadap
Tak guna kalau dipuja ramai, tapi agama tonggang langgang
InsyaAllah masih ramai yang menyayangi diri anda... stay positive!

Sayang2 yang terlalu mengagungkan kecantikan luaran di luar sana
Sedarilah, kecantikan luaran itu hanyalah sementara
Kalau tak dimamah usia, bakal ditimbus tanah kubur jua
Tak semua orang jahat hodoh, dan tak semua orang cantik baik
Kejam dalam Islam itu bermaksud, tidak meletakkan sesuatu ke tempat sepatutnya
Atau dalam erti kata lain bersikap tidak adil terhadap sesuatu
Maka, adilkah kita apabila rupa paras yang jadi ukuran kita dalam hidup?
Wajarkah apabila rupa paras menjadikan kita zalim dalam membuat penillaian hidup?





It's not about having a pretty face,
But having a pretty soul, mind & heart 

XOXO

Monday, April 21, 2014

Dream House

Assalamualaikum,
Lama tak duduk depan laptop, taip panjang2,
Tuliskan semua angan-angan, pendapat bajet bagus dan cerita aliran zaman,
Sebab konon-konon sibuk dengan final exam
Padahal boleh je tahan mata sampai 4 pagi semata-mata demi The Mentalist
Boleh je guling-guling tak nak tidur sebab nak pergi daftar kolej awal
Manusia memang penuh alasan kan?

So, no more excuses tonight
Angan-angan tahi arnab ini perlu dilayankan sebelum bertambah parah
Malam ini nak cerita angan-angan nak ada rumah idaman

Saya tak pasti normal atau tidak fenomena ini
Tapi rasanya masih normal sebab setelah kajian dibuat
Lebih daripada 10 orang mengalami penyakit yang sama
Penyakit kritikal yang tak mampu diubati doktor
Penawarnya hanya dengan mendirikan rumah tangga

Cara-cara mengenal pasti penyakit ini : 
 Bila duduk diam-diam, sorang-sorang ada perasaan nak bersuami & berkeluarga
 Bila shopping tengok baju budak-budak kecil rasa nak ada baby secepat mungkin
 Mudah tersenyum dan tersentuh apabila melihat budak-budak kecil
 Mula menghayati bait-bait cinta dalam drama & rasa nak jugak macam tu
 Suka tengok gambar pengantin / gambar pasangan bahagia
 Mula bercerita perihal persiapan kahwin
 Mula menyenaraikan nama bakal anak-anak
 Bila bergosip atau lepak dengan kawan-kawan akan timbul ayat "Nak/Jum Kahwin"

Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu tanda2 berikut, maka... SAMALAH KITA ! 

Normal lah tu bila seorang perempuan dah mula lebih matang, selalu sudah mencapai umur lingkungan 20an akan banyak memikirkan hal-hal masa depan, kerjaya, keluarga....
Tapi tak nak cerita pasal kahwin, nanti excited terlebih so cerita pasal rumah idaman...


Ya Allah semoga dipermudahkan urusan untuk memiliki rumah impianku... Ameen

1. Walk-in Wardrobe

Impian sekian lama, nak ada walk-in wardrobe sebab masa kecil-kecil ada tengok cerita disney, tak pasti tajuk apa tapi cerita pasal budak perempuan yang kaya and ada walk-in wardrobe dan sejak hari itu, hati ini terpaut setia kepada impian nak ada yang sama bila dah berumah nanti.













To be honest, these pictures are torturing me right now. I really don't mind if we're going to have a smaller bedroom and a smaller bedroom toilet, I just want a walk-in wardrobe. The idea of having a walk-in wardrobe is just too cool and convenient. Oh please oh please oh please...

2. Cool Child's Room

Okay, whenever girls talk about 'family' of course we're gonna think about children because we just love babies, especially cute and cuddly ones. Pernah tak korang rasa atau fikir... sebab masa kecik-kecik aku tak dapat benda ni, so dah kahwin nanti aku nak bagi macam ni macam tu dekat anak aku,aku nak buat ini buat itu untuk aku dah besar nanti. Same here !

Dulu, for projek kertas 3 Pendidikan Seni Visual SPM, buat replika tadika so banyaklah buat research pasal perabot kanak, bilik kanak, terus otak ni excited. Ishk, kalau ada anak bilik tidur dia nak buat ala-ala princess, eh kalau lelaki buat ala-ala dalam hutan, bla...bla... Seronoknya! Can't wait to have a home, and kids... nak bajet bajet jadi designer bilik kanak-kanak terkenal gitu.

1st Stage : Baby

Baby's room tak nak barang banyak sangat. But I want it to be a special space where it is gonna be safe for the baby to go around the room, play with toys, do whatever he/she wants freely. Tak perlulah duduk diam je dalam cot dengan alasan tak nak anak cedera, dan tak adalah dedah anak kepada macam-macam jenis bahaya bila dia aktif ke sana sini. And, perabot kena cari yang betul-betul convenient so that barang baby semua dalam bilik tu. Simple, convenient but cheerful. Pergh, bajet bajet.

Best Girls Baby Room Design With Red And Rug Fur



baby girl bedding pink

baby boy nursery ideas

The last one, almost PERFECT 

2nd Stage Kid's - Teenager's Room

So, this is gonna be the stage where we can add more furniture and stuffs into their rooms because they are big enough to take care of themselves. So, I would really want to pamper my children with comfort and love by providing them the best room they could ever have. Just ONE thing, no disney princesses's elements for the girls. The room can be princessy but not disney princess. That is way too mainstream and not cool.










Beautiful Kids Bedroom Murals

Awwwwwww, can't wait to have kids. 
The more the merrier... LOL

3. The Perfect Kitchen

Asalnya nak tulis pasal library atau gym untuk nombor 3 until I realise. Makanan tu lebih penting daripada ada sudut bacaan atau bilik untuk workout. Seriously ! So, setelah berfikir secara kritis, marilah kita tulis pasal dapur, ruangan yang bakal buat anda kenyang. Yum...yum...!

Kalau rumah biasa usually akan ada 1 dapur, situlah potong-potong, situlah masak-masak dan situlah semuanya berlaku. Kalau rumah bagus sikit, ada lah 2 dapur, satu wet kitchen satu dry kitchen. Tapi zaman sekarang, kalau rumah tu besar sikit, confirm ada lebih 2 kitchen. Bajet bajet rumah omputih gitu.. 

Maybe some people will question the function of having more than one kitchen, but hey, I have been living in a house with only one kitchen and seriously I understand the crucial need of at least two kitchens. I want my kitchen to be simple and convenient so that it is easy to be managed and easy to find stuffs there.

And, I just love the idea of a bar-like dry kitchen like they have in the US or UK. I think it's gonna be a good idea where while someone in the house cooks, others can sit there to watch or to have a chit chat. Or, the house members or guests can help with the cooking. Awww sounds harmonious. 







Kitchen Lighting Idea: Kitchen Lighting Idea


And the last one, Walla ! The PERFECT one for me ! 


4. A Praying & Reading Room

I really really want a house with a reading room and a praying room. And as I think both obeys the spiritual needs of a person, why not combine? I think it's gonna be a great combination. InsyaAllah bertambah tambah berkat bila belajar dalam bilik tu. 








5. Mini Gymnasium

Ooohh Ooohh this is gonna be super cool, to have a gymnasium inside the house. So, with a mini gymnasium in the house, there should be no more excuses to not workout or at least do some light exercise to maintain healthy. It does not have to be a spacious room, it's enough if it can fit a few gym equipment like a treadmill, some dumbells... and etc.And... I don't want any type of cooling system in the room, just windows for ventillation. No fans, no airconds... haha to save electricity and to torture anyone in the room.

 


Interior Designs Modern Home Gym Ensures You With Motivation Letter On Wall Great Home Gym: Be In Shape Anytime


Save the last for the BEST ! Ohhh my dream gymnasium ! 

6. Garden

To be honest, I don't really fancy pools or lakes. So, let it be a very colourful garden, with colourful flowers and vegetations. It must have a place for guests or my family ourselves to sit and hang in the garden or have our tea time and a barbecue place ! Yeay !








Awww.... I can imagine having a celebration at my house, and we hang in the garden for a great barbecue. Weeee...

Moral of the story : Ya Allah, let me be a rich person and grant me my prayers to marry someone rich and kind ... Ameen Ya Rabbal Alamin !