Saturday, April 30, 2011

Bila besar nanti ...Saya mahu jadi ....???

Bingung kepala otak bila fikir pasal kerjaya masa depan
Saya nak jadi apa sebenarnya
Secara spontan kalau orang tanya "Awak nak jadi apa?"
Jawapan yang terpacul keluar ada 2...
Engineer & Usahawan
Sesuai ke dengan aku sebenarnya ???

Engineer ni pulak bidang apa?
Usahawan? Nak berniaga apa???
Blank + Blur ....


Kalau aku masih tak pasti nak jadi apa...
Folio kerjaya macamana nak buat ye?
Pening ... pening
Fikir soal masa depan pun boleh jadi stress
Nak...nak aku ni suka sangat timbang tara kan pros & cons sesuatu benda tu

Contoh : Jadi engineer tak pasif sangat (pro)
Tak penat pulak ke hulu ke hilir (con)

Camtuh laaaa...
Hadoii ... takpe , kena setkan matlamat betul-betul

Sooo ,

Amalina Abdul Halim akan menjadi seorang Engineer & Usahawan pada masa akan datang ...
Insyallah :)




Friday, April 29, 2011

Mana habisnya duit saya ???


Seringkali menjadi satu fenomena yang sudah tidak asing lagi di muka bumi ini
Si kaya yang sepatutnya 'bermandi wang' hidup dalam kesempitan
Manakala yang sederhana hidup dalam ketenangan
Kenapa ya perkara macam ni berlaku ?

Bukankah sepatutnya 'orang kaya' hidup bahagia
Kerana hidupnya dilimpahi wang yang sangat banyak
Gaji setakat RM4,000 ke bawah mungkin masih belum masuk kategori kaya ni
Kalau diukur pada zaman era globalisasi kini
Semuanya memerlukan duit kan?
Tapi kenapa ? Duit yang melimpah ruah itu sebenarnya tak cukup?
Mana habisnya duit itu ?
Hilang ? Ghaib ? Dicuri ?

Persoalan sebenar bukanlah berapa banyak jumlah wang yang kita miliki
Tetapi 2 persoalan lain yang sangat penting dalam aspek kehidupan
Namun , manusia seringkali alpa & menganggapnya remeh

  • Persoalan Keberkatan
  • Persoalan Perancangan Kewangan
Tapi kali ini , mungkin saya lebih menekankan aspek keberkatan wang dalam kehidupan

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N.

Keberkatan tidak hanya terletak kepada hubungan sesama manusia , amal ibadat kita mahupun pekerjaan seperti menuntut ilmu . Namun , keberkatan dari segi wang juga amat penting. Orang Dewasa suka kata " Duit kalau nampak ke barang , tak mengapa. Jangan habis kita pun tak sedar ke mana ?" Faham tak ayat ni ?

Bila tak ada keberkatan dalam penggunaan wang kita , silap haribulan kita sendiri duduk termangu & tertanya sendirian ' mana perginya wang aku?' Inilah senario yang sering berlaku dalam kalangan golongan yang berbelanja tidak mengikut garis syarak yang sepatutnya.

Korang tengok tak movie Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham? Alaaarrh , yang pelakon utamanya si Nora Danish yang cute - cute tu & Farid Kamil yang macho tu? Ada satu line yang sangat menarik hati saya dalam filem tu . Line tu ala-ala macam ni laaah bunyinya ...
" Orang yang bersyukur , kadang-kadang , walaupun cuma ada RM 100.00 , dia dah rasa dia kaya tapi , kalau orang yang tak bersyukur , ada RM 1000,000 pun , dia tak rasa dia kaya lagi."

So.... moral of the story
Bab-bab duit nie kita perlulah pandai merancang
Supaya ada keberkatan ...
Banyak mana pun duit ...berjuta juta juta juta pun
Sekiranya tak pandai menguruskan keutamaan wang itu ...
Fahm-faham laah yea :)

Jom Cari Keberkatan?!!!



Saturday, April 16, 2011

Pemergianmu akan dirindui ...

Sedih sangat ...
Apabila di suatu maghrib ...
Ketua Warden membuat pengumuman yang sangat mengejutkan ...

"Cikgu Afizan dah meninggal"

Aku duduk di tangga surau waktu tu
Aku lihat seorang demi seorang budak Rugby keluar dari surau
Dimulakan dengan Muhammad Zaim Rubaie
Aku nampak dia mengesat tangisan ...

Hati aku pun jadi sebak ...
Cikgu Afizan yang ajar KH tu ...
Cikgu Afizan yang ajar aku sampai faham tu ...
Cikgu Afizan budak Rugby tu ...
Cikgu Afizan yang gila-gila tu ...
Cikgu Afizan yang banyak bagi nasihat tu ...
Cikgu Afizan yang ceria tu ...
DAH TIADA???

Air mata aku dah muka mengalir ...
Aku teringat kenangan bersama arwah ...
Ni lah skrip kematian ...
Bila seseorang meninggal dunia ...
Secara Automatik ada satu drama memori akan main di fikiran ...
Memori yang kita rasakan dah luput muncul semula
Menghidupkan rasa melankolik yang mendalam...

Aku temankan Tijah pergi balik asrama...
Nak wish birthday bapa dia ...
Pabila aku beritahu Naidu & Mag berita sedih ni ...
Tak sangka boleh jadi pesta air mata ...
Mag lagi hebat dari aku ...
Berjurai-jurai jatuh ke atas meja dewan selera...

Cikgu Afizan
WE ARE GOING TO MISS YOU