Saturday, October 29, 2011

Sorry for not being there for you




Dear Najaa 'Aliah...
Im sorry for not being there for you when you most need me
Dulu... bila aku sakit,
Aku masih ingat kau call aku and aku terus nangis
Kau bagi kata semangat so aku boleh teruskan hidup
Seolah-olah aku ni sihat macam orang lain
Yelah, aku ni kekurangan motivasi sikit kan yunk?

Bila kau sakit, aku tak mampu nak sampaikan apa-apa
Aku cuma mampu mesej dan tanya khabar je
Coz aku spend sepanjang malam tengok gambar kau dan menangis
Sabar yea syg hadapi dugaan

Tapi ingat... tanpa penglihatan sebelah mata,
Kau masih nampak erti P E R S A H A B A T A N kita
Tanpa penglihatan sebelah mata...
Aku tetap sahabat kau...

Semoga tabah eay sayang ;)
Takpe takpe , Do your best in SPM
I'll always pray for you ...muahx :*

Tuesday, October 4, 2011

Terapi Rawat Ulser

Wuuu...sedihnya
Sebab harini kena ulser ...
Pedih...rasa macam denyut-denyut je sepanjang masa
Bila mengadu pada kawan-kawan..
Banyaklah cadangan yang mereka bagi...

"Sapulah Benzogel...tapi jangan banyak-banyak nanti kebas!"

"Tuam dengan air panas... lega sikit nanti..."

"Letak ais kat pipi tu... nnti tak rasa sakit..."

Aduhaii...malas betullah benda-benda ni
Kan senang kalau boleh baik dalam sekelip mata
Tak payah nak cari "Benzogel" lah, "Air panas" lah, "Ais" laaa

Akhirnya, seorang manusia datang dengan cara yang paling mudah
Cara yang paling jimat & senang

"Duduk diam...tenangkan fikiran, fokus & katakan dengan yakin "SAYA TIADA ULSER!" ,Insyaallah esok ulser dah tak ada"

Petang tadi saya dah buat dah...
Esok kita tunggulah keputusannya... Ulser masih ada lagi atau tak?
Pleasee pergi Encik Ulser...Lyna Amalina smpai tak selera makan dah ni?
Pergi main jauh-jauh taw!

P/S : HOPE IT WORKS!



Monday, October 3, 2011

You are a winner!

Di saat anda rasa ingin terjatuh
Dan rasa tak mampu untuk bangun semula
Dengan meletakkan tanggapan bahawa "Aku seorang yang GAGAL!"

Fikir semula...
Ingatkah dulu, anda pernah menjadi seorang juara
Dakam satu pertempuran dengan berjuta-juta yang lain...
Masihkah ingat?

Anda berenang selaju mungin ...
Memotong pesaing lain yang tak kurang hebatna...
Namun, di akhirnya...
Kita buktikan..."akulah JUARA!"


 
Kita dah pernah menjuarai antara yang hebat...
Tak mustahil untuk kita mencubanya lagi...
Jangan berhenti mencuba..
Jikalau gagal...cuba..cuba...& terus mencuba
Kejayaan tidak akan datang bergolek
Kita yang perlu berusaha...
Mencari peluang & mengambil risiko...



TERUSKAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN :)
INGATLAH...ANDA SEORANG JUARA!

Menyayangi tak bererti memiliki

"Menyayangi tak bererti memiliki, Kadangkala ia bererti melepaskan untuk kebahagiaan si dia"

Boleh setuju ke dengan statement nie?
Adakah bermakna... kita yang perlu menderita demi kebahagiaan dia?


Semua orang akan mengalami CINTA
Cinta itu kan subjektif
Bergantung pada individu yang merasainya

Cinta pada Allah, Rasul & Agama merupakan cinta yang agung
Cinta kepada Ibu bapa, keluarga, guru & rakan merupakan cinta yang utama
Manakala Cinta kepada kekasih merupakan cinta yang menggugat jiwa

Setiap cinta ada sahaja halangan & dugaan tersendiri
Antara halangan yang pada Lyna sangat menyakitkan adalah...

Untuk melepaskan orang yang disayangi...
Jiwa rasa sakit...Hati rasa tak tenang...Fikiran pun bercelaru...
Demi kebahagiaan dia kita yang perlu menderita?
Berbaloi ke pengorbanan sebesar ini?

Apa-apa pun, patah hati jangan sampai memudaratkan diri...
Jangan sampai nekad nak bunuh diri...
Nyawa hanya pinjaman sementara...
Hargailah ia & gunakan ia sebaik mungkin...

Jangan bersedih kerana Tuhan menjanjikan pasangan untuk semua hambaNya
Yakinlah dengan janji Tuhan
Hadapi segala ujian Cinta dengan tenang
Insyallah insan yang lebih baik menanti kita di sana :)