Monday, October 3, 2011

Menyayangi tak bererti memiliki

"Menyayangi tak bererti memiliki, Kadangkala ia bererti melepaskan untuk kebahagiaan si dia"

Boleh setuju ke dengan statement nie?
Adakah bermakna... kita yang perlu menderita demi kebahagiaan dia?


Semua orang akan mengalami CINTA
Cinta itu kan subjektif
Bergantung pada individu yang merasainya

Cinta pada Allah, Rasul & Agama merupakan cinta yang agung
Cinta kepada Ibu bapa, keluarga, guru & rakan merupakan cinta yang utama
Manakala Cinta kepada kekasih merupakan cinta yang menggugat jiwa

Setiap cinta ada sahaja halangan & dugaan tersendiri
Antara halangan yang pada Lyna sangat menyakitkan adalah...

Untuk melepaskan orang yang disayangi...
Jiwa rasa sakit...Hati rasa tak tenang...Fikiran pun bercelaru...
Demi kebahagiaan dia kita yang perlu menderita?
Berbaloi ke pengorbanan sebesar ini?

Apa-apa pun, patah hati jangan sampai memudaratkan diri...
Jangan sampai nekad nak bunuh diri...
Nyawa hanya pinjaman sementara...
Hargailah ia & gunakan ia sebaik mungkin...

Jangan bersedih kerana Tuhan menjanjikan pasangan untuk semua hambaNya
Yakinlah dengan janji Tuhan
Hadapi segala ujian Cinta dengan tenang
Insyallah insan yang lebih baik menanti kita di sana :)



No comments: