LA kali ini nak kongsi pendapat LA tentang pemakaian untuk ke kuliah
Sebab rata-rata yang LA lihat
Pakaiannya seolah-olah hendak ke "Shopping Mall", "Jalan-jalan"
Ada yang sampai tak mematuhi etika pakaian universiti sendiri
Ada yang ikut cukup-cukup syarat sahaja
So, LA sekadar nak kongsi bukan memaksa anda mengikut semuanya
First, LA nak kongsi beberapa peraturan pakaian universiti tempatan :)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Kebangsaan Malaysia
LA nak share contoh pemakaian yang kurang sesuai ke kuliah
Rasanya ia masih belum melanggar etika pakaian universiti
Cuma ia kelihatan kurang/ tidak profesional sebagai seorang pelajar
Kebaya Modern
Alasan : Kebaya modern biasanya berbaju pendek paras atas punggung.
Kebaya modern juga biasanya ketat dan menampakkan bentuk badan.
Materialnya pula biasanya kain polyester, manik, labuchi dan sebagainya yang
kurang menjamin keselesan ketika pembelajaran.
Blouse Tanpa Lengan
Ramai pelajar mengenakan blouse tanpa lengan dengan inner mahupun cardigan.
Alasan : Nampak tidak profesional & seolah-olah hendak pergi bersiar-siar.
Apabila dipakai dengan cardigan, pelajar perlu menjaga cardigan dengan rapi supaya
tidak menampakkan lengan. Apabila dipakai dengan inner, lagi tidak kena.
tidak menampakkan lengan. Apabila dipakai dengan inner, lagi tidak kena.
Mini Dress
Alasan : Memakai mini dress mungkin menepati syarat baju tidak ketat & labuh
Namun, pemakaiannya tidak sesuai untuk ke kuliah.
Simpan jelah baju ini untuk hangout atau shopping
T-shirt Tidak Berkolar
Alasan : T-shirt tidak berkolar sangat tidak profesional.
Apatah lagi kalau memaparkan gambar yang kurang sopan.
Apatah lagi kalau memaparkan gambar yang kurang sopan.
Sebagai contoh, screamo designs atau metal designs.
Jeans
Alasan : Jeans ni dah memang sah attire untuk acara santai
Tak sesuai lah jika dipakai untuk ke kuliah
Tak sesuai lah jika dipakai untuk ke kuliah
Tambah-tambah kalau yang jenis koyak-koyak
Dan banyak sangat corak pada jeans tersebut...
Pemakaian yang sesuai untuk menghadiri kuliah.
1. Slack Pants
2. Shirts
Lelaki
Perempuan
3. Baju Tradisional
Baju kurung
Baju Melayu
Punjabi Suit
4. Kot
Kot Lelaki
Kot Perempuan
5. Jubah
6. Blouse Labuh
p/s : sesuaikan pemakaian dengan keadaan, jum bijak memilih pakaian :)
2 comments:
ooo..tapi saya rasa jeans boleh je pakai pergi kuliah :)
Heeee kat UTHM ada lecturer yang xsuka student pakai seluar jeans
Post a Comment