Monday, January 19, 2015

Bagi Harapan vs Berharap


Mama selalu pesan "Jangan bagi harapan dekat orang lain"


And I'll always remember that one line in my mind
Simply because I know, how much it hurts bila kita berharap

It always end up with a big argument
Salah orang yang berharap ke salah orang yang memberi harapan?
The fight seems to have no end sebab definisi 'bagi harapan' orang kan lain-lain?
Sesetengah orang tu memang friendly dia terlebih garam sikit
Mungkin dia memang nak beramah mesra je, tak lebih daripada tu
Tapi disalah anggap macam kemesraan tu bagai ada makna tersirat

To be honest, saya seorang yang cepat berharap...unfortunately
I don't get comfortable with people easily but when I do then that's gonna be a problem
But later, after several heartbreaking events
I'm starting to realize that kita tak sepatutnya mudah jatuh hati

So, here are my tips untuk TAK BERHARAP atau BAGI HARAPAN.


BAGI HARAPAN

1. Kalau dah ada pasangan, sila inform awal-awal.
Whether you are a girl or a boy, kalau dah ada pasangan, do tell, please tell. Whenever there's a chance untuk bagitahu, just tell. Janganlah tiba-tiba, tengah rancak berbual satu topik " I have a girlfriend." Kena cop perasan pulak nanti. Try telling subtly, contoh bila ada related topics, try lah menyelit sambil bagitahu yang awak ada pasangan. Contoh, if you're talking about tudung, you can try telling like "Girlfriend saya pun suka shopping tudung jugak." Well at least, by that time kalau orang tu ada perasaan dekat awak, tak adalah sakit sangat perasaan dia kan?

2. Don't use 'sayang' 'honey' 'baby' and other loving terms 
Teringat video Mat Luthfi yang bertajuk 'Rant on Lagu Cinta' yang mana dia komen lagu Aliff Satar part "Ohh baby baby, jangan kau marah, kerna ku tolak". Kalau nak reject kenapa panggil baby? So true, so true. Kadang-kadang, ayat awak tu manis bergula getah sangat, mana taknya orang jatuh hati. Especially guys, perempuan ni memang cepat cair. So tak payah lah nak bersayang-sayang bagai, walaupun awak tak maksudkan apa-apa pun bila cakap 'sayang' tu. Contoh, nak jawab soalan... "Macam tulah sayang.." bukan ada maksud pun, tapi... mesej diterima dengan mesej disampaikan buat orang sebelah sana mengharapkan lebih pulak.

3. Clingy texts and calls
Kadang-kadang kita contact someone tu bukan sebab kita nak kat dia pun, tapi sebab at that time, we require attention, kita nak luahkan problem atau kita rasa sunyi. That's fine, I guess. Tapi silapnya bila buat macam tu banyak kali. Contoh text orang tu setiap malam, on the phone dengan orang tu sampai lewat malam dua tiga kali seminggu. Seriously, siapa yang tak jatuh hati and fikir lain bila korang buat macam tu. Korang akan buat orang tu rasa macam diorang diperlukan.

TAK BERHARAP

1. Expect less
Ada satu pepatah orang putih yang berbunyi, "Expect less to hurt less". Betullah tu sebab kadang-kadang kita ni mengharapkan benda-benda yang tak akan jadi ataupun mengharap lebih-lebih sangat. Simpan sikit perasaan tu, kawal. Kalau tak kawal, akhirnya kita yang sakit. Contohnya, orang tu selalu mesej korang, selalu call korang, maybe sebab dia suka dan selesa berkawan dengan korang, bukannya sebab dia nak bercinta dengan korang pun. Jangan mengharap sangat.

2. Jangan Buat Andaian
Jangan bandingkan diri korang dengan dia. Contoh, korang hanya text orang-orang yang korang suka atau minat je, so korang rasa dia pun mesej korang, call korang sebab dia suka/minat dekat korang. Cara orang kan semua lain-lain. Selagi dia tak cakap dia suka korang, cinta korang, tak payah lah perasan lebih-lebih yang dia nak dekat korang. Jangan tiba-tiba buat andaian, nanti parah dibuatnya.

3.Mahalkan Dirimu
Jangan mudah sangat jatuh hati. Simple. Janganlah sampai semua lelaki yang mesej atau call korang semua korang nak. Janganlah sampai semua awek yang minta tolong korang perasan suka dekat korang. Mahalkan perasaan, mahalkan harga diri tu. Bukannya suruh menyombong, cuma faham-faham sendiri lah tahap mana korang patut contact seseorang atau layan seseorang.

Apapun, semua ni hanya pendapat daripada satu pihak sahaja. Keadaan kan boleh berubah-ubah. Akhir kata, jangan suka bagi harapan, takut suatu hari kita pula yang berharap, barulah akhirnya kita tahu betapa sakitnya mengharapkan sesuatu yang sangat susah atau memang takkan kita dapat.

2 comments:

MyLife Ria said...

Nice sharing, apa-apa pun, perlulah bersederhana

Leena said...

betul tu (Y)