Thursday, September 29, 2011

Kawan & Sahabat

Heee...
Hari Selasa lepas lepak dengan rumet saya (Nurazreen Ezzaty)
Cari rujukan untuk melukis pada esok hari
Sebab ada peperiksaan seni visual kertas 2

Then Azreen conteng kat kertas lukisan ...

"Saya ada seorang KAWAN...
Eh, silap... SAHABAT
Yang bernama Amalina
Awak kenal dia?"

Lyna pun terpinga-pinga bila baca
Ada bezakah Kawan & Sahabat
Bukankah benda yang sama?

Malam tu...Lyna pun tanya kat Azreen
Dan...seperti biasa Azreen memang suka berloyar buruk!
Tapi tak apa...comel!

"Kawan bermula dengan huruf K, Sahabat bermula dengan huruf S!"
Jawab Azreen sambil buat muka selamba...

Setelah didesak barulah Azreen bermadah pujangga!

"Kawan itu bermula dengan huruf K, cuba kira kedudukan dia dalam abjad...nombor berapa?"
Lyna pun beria-ia mengira tak cukup jari tangan..jari orang sebelah tolong sekali...

"A B C D E F G H I J K ...yang ke-11?!"
"Cuba kira kedudukan huruf S?"

"A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S...yang ke-19"
"Ha... yang mana lagi jauh?!"

"Tentulah S ...dia lagi belakang kedudukannya"
"Maknanya... perjalanan mencari seorang KAWAN singkat, kat mana-mana boleh kita jumpa, manakala untuk mencari seorang sahabat sangat sukar...sangat jauh..."

"Lagi...lagi...." - biasalah, Lyna lambat pickup sikit!
" KAWAN ada di mana-mana tapi dalam kesusahan belum tentu seorang kawan akan berada di sisi memberi sokongan moral kepada kita, SAHABAT pula jarang dijumpai namun, dialah yang setia menemani di kala senang & susah"

Auuwwww hati terasa berbunga-bunga pada ketika itu...
Alhamdulillah , ada orang yang menganggap saya seperti itu...
Saya sayang awak Azreen, I will always be there for you...



Saya teringat kata seorang kawan - Fatin Raihanaz
"Seorang kawan, sekiranya kawannya bersedih sama, dia turut bersedih...Tapi seorang sahabat, akan sedaya upaya menggembirakan sahabatnya....Seorang kawan, apabila kawannya membenci, dia turut membenci sama...Tapi seorang sahabat, akan sedaya upaya menghilangkan kebencian itu..."



1 comment:

Anonymous said...

wah,,
so surprising,you wrote about me :)
thanks honey :)
~Azreen~