Wednesday, December 21, 2011

Ceritera Aku di Hostel

Korang kenal LA tak?
Hee ~ Mestilah tak kan...
Yang kenal LA gitu-gitu je pun mesti tak kenal LA yang sebenarnya
Terutama apabila hidup di asrama
Sejujurnya LA macam ada split personality bergantung kepada tempat


Dekat asrama, LA...

1. PEMALAS

Okay, LA sangatlah malas
Especially when it comes to homework
Ya Allah, tak sanggup nak siapkan
Bila naik form 5 ni ada lah kesedaran sikit
Tapi sangat jarang untuk sesuatu homework siap 100%
Melainkan homework itu mempengaruhi markah peperiksaan
Teruk betul budak ni punya perangai kan?
Kalau muka LA ni kena denda homework tak siap...
Memang sangat tidak menghairankan...


2. TAK RAPAT DENGAN CIKGU

Haaa.... yang ini merupakan satu fakta
Saat kawan-kawan yang lain bergurau senda dengan guru
LA tak join pun ... cikgu pun tak selera kot nak rapat dengan LA
Ada lah beberapa orang guru yang sentiasa LA jumpa
Dan memang guru-guru itu sahaja lah yang LA boleh rapat sikit
Macam cikgu Rahman yang emang genious!
Cikgu Mat Jah yang sangat kebapaan!
Cikgu Syakila yang comel sangat!
Sejujurnya LA memang sangat tidak pandai membodek cikgu
Kalau reti pun LA tak mahu lah~
LA anggap budaya membodek cikgu adalah budaya yang hipokrit
Sorry to say~ I am who I am 
Ada perbezaan antara membuat baik  membodek okay :)


3. TAK RAMAI KAWAN

LA memang tak ramai kawan
Mungkin sebab perangai LA,
Mungkin jugak LA tak pandai bergaul,
LA pegang kepada kata-kata kaunselor LA
"Awak ni nampak gaya memang tak ramai kawan, tapi kawan awak bagus-bagus, jangan risau"
Eceh, Kak Yus memang faham sangat yang LA benci hipokrit!
So, LA tak kisah kalau tak ramai kawan asalkan mereka tulus & baik
Tak peru ramai-ramai kawan tapi semuanya kawan senang sahaja
Biarlah sedikit kawan tetapi semuanya kawan sejati



4. PENCINTA KUCING

Okay, LA memang sangat sayang pada kucing
LA memang tiap2 bulan beli makanan kucing untuk miaww2 di asrama
Kesian mereka kan kalau tak makan?
Masa SPM , setiap kali diorang lapar diorang mintak makan
Amboii pandai eay Miaw2 ni...
Yelah kucing MRSM eak? Haha...
Ada satu masa tu dia lapar tapi makanan dah habis...
Dia buat muka kesian terus pergi dari situ,,
Kesian kan :'(

Ni saya panggil mak sebab dy generasi kedua
tengok tuu, dia buat muka kesian dy
lambat sikit bagi makan...miaww miaww
Demand betul yea?

Ni nenek dan anak 
Generasi pertama & ketiga
Pandai nenek jaga cucu nenek yea :)

Mama pesan "Kalau kaya nanti, jangan lupa bersedekah kepada orang miskin, doa orang yang susah lebih makbul, jangan lupa juga kucing-kucing kat tepi jalan, mereka juga berdoa Lyna"

*Orite mama!

5. OUTING HAMPIR SETIAP MINGGU

Haha kalau budak maktab mesti dah tahu benda ni kan?
Sebab tu setiap minggu korang cari LA nak kirim barang kan?
Hehe... LA ni manja ke?
Boleh tahan la, walaupun sebenarnya anak sulung
Tapi sentiasa nak dimanjakan...Mengada-ngada lah katakan :D
Masa SPM pun mama & abah still datang bawa jalan-jalan
Kadang-kadang desperate sangat sampai 'outing haram'
Jangan beritahu warden ye sayang...

Pantai Mersing wooo~

Ni keluar outing haram nieh :D

6. SUKA BAWA BARANG HARAM

Okay, what can i say?
Peraturan itu tercipta supaya dilanggar...
Heee~ Cakap je apa yang LA tak bawa
Handphone, MP4, Broadband, Laptop (okay kena curi)
Haha tapi tahun ni nasibbaik tak pernah kantoi
Good Job Amalina :))
Ni contoh tak baik ni...tapi secara jujurnya
Nak bawa boleh , tapi manfaatkanlah ia...
Jangan buat bukan-bukan sudahlah kan :)
Eceh buat fakta sendiri pulak LA ni...mengamok la warden kalau tahu

7. SELALU SAKIT

LA memang sangat terkenal dalam kalangan cikgu kerana selalu sangat sakit
Asma laa, demam laa, ruam laa, UTI laa...
Hikhik ada juga cikgu-cikgu yang kutuk LA
Tuduh LA tipu laa, kata LA ponteng kelas laa...
Macam-macam laa cikgu ni, tapi dah nak buat macam mana?
Dah nasib badan kan? Terima jelaa :)

Ni muka budak kena ruam misteri masa SPM
Paling ketara mata...ruam tumbuh atas kelopak mata
Mata nak buka pun susah...haiyaaaa

8. BANYAK NAMA PANGGILAN

Masuk MRSM dengan nama Amalina binti Abdul Halim
Tapi setelah 5 tahun duduk dalam penjara
Banyaknye lah nickname yang saya dapat....
Meh, saya senaraikan okay :)

MUNCHY.
YANA_YANA.
KAK PURPLE.
KAK CAT.
MELL.
MELLON.
LYNA.
LYNN.
AMA.
AMAL.
PELIK


Tu jelah kot yang ingat ...
Rasanya dah tak ada lagi..
Phewww... banyak juga yep :)

Okay, itu saja yang LA nak cerita serba sedikit tentang LA di sekolah
LA agak rindu juga kehidupan di asrama
Tapi bersyukur yang amat dah tamat persekolahan
Semua akan menjadi kenangan terindah :)



4 comments:

Ms.Najaa said...

suka ckgu mat jah!! hahaha~~

Iffika | Ruslan said...

saya punn tak rapat dengan cikgu . just close to mama sebab dia pun gila gilaa <3

Leena said...

Najaa : yelaah bapa awak tu kan happy go lucky

Iffika : Yup, susah laa nak rapat :(

Anonymous said...

Munchy!!! Yeay..haha