Sunday, December 25, 2011

A note to god (1)



Memang menjadi lumrah manusia
Akan mencari Tuhan apabila berada dalam kesusahan
Ada orang menghina "Alarh, dah susah baru nak cari Tuhan!"
Jangan, fikir semula...
Sekurang-kurangnya Tuhan berikan amaran 
Untuk kembali ke pangkal jalan...itulah namanya DUGAAN 

Lihat sahaja dalam kehidupan ini
Berapa ramai orang yang hidup dalam kesenangan & kemewahan
Sedangkan mereka sesat dari jalan hidayah Allah
Mereka tidak diberi peringatan
Malah dilimpahkan lagi dengan kesenangan apa sahaja yang mereka mahu
Tuhan membiarkan mereka hanyut...
Astaghfirullah, gerunnya...


Dear Allah,

I am not a good person regarding my worships to you.
I always disobey the commands you gave to us
Sometimes I make mistakes, small & big ones

Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah & mudah terpesong
Namun, aku bersyukur...
Dalam kedaifan iman, dalam keseronokan menegup nilai duniawi
Sekurang-kurang aku selalu menyedari
Apabila aku menjauhkan diri daripadaMu
Namun, tetap tidak bernilai semuanya
Sekiranya aku masih lemah, masih longlai untuk bersujud kepadaMu

Ya Allah... bantulah hambaMu melawan hasutan syaitan
Yang seringkali menewaskannya dalam menempuh hidup penuh cabaran
Sayanglah hambaMu ini, berikannya dugaan apabila dia melakukan kesilapan
Agar dia terus sedar, celik mata lalu segera bertaubat semula
Jangan engkau biarkan Ya Allah...
HambaMu hidup limpah kesenangan, kemewahan, keamanan
Sedangkan dia semakin jauh dariMu
Sedarkanlah hambaMu dengan apa jua cara sekalipun
Asalkan dia terdetik menoleh semula ke jalan yang benar
Bukan terus hanyut dalam arus kesesatan...

Ameen, Ya Rabbal Alamin...

2 comments:

Iffika | Ruslan said...

saya juga takut akan tersimpang kembali ke lobang maksiat setelah bersusah payah mendaki bukit keinsafan .

cewahhhh ! ayatt !
tapi betul doh . hmm
semoga Kau tetapkan iman ku

AMENN :))

Leena said...

Ameen :)
Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya
Yeah, we can do it!