Saturday, December 24, 2011

Sembunyilah wahai perut yang maju


Perut korang semua macam ni tak?
Perut buncit anda menganggu aktiviti seharian?
Rasa malu apabila perut buncit kelihatan sangat menonjol?
Tak tahu macam mana nak buang PERUT BUNCIT dari hidup anda?

Berapa banyak soalan  da?
Okay, sebanyak 75% lelaki akan menghadapi masalah perut buncit selepas berumahtangga? Selebih peratusan lagi adalah milik kaum hawa. Tetapi lelaki yang menghadapi masalah perut buncit lebih ketara daripada perempuan. Boleh dikatakan hampir semua kenalan lelaki kita yang sudah berkahwin mempunyai perut buncit, bukan? Macam nak bersaing dengan perut isteri yang mengandung pula.


Yeah, maju ke hadapan bersama-sama!

Punca Perut Buncit 

1.Diet Yang Tidak Seimbang Dalam Pemakanan



Piramid makanan yang berfungsi sebagai garis panduan pengambila makanan dalam kehidupan seharian. Untuk mengelakkan perut buncit, patuhilah piramid makanan terutamanya daripada aspek protein. Komponen protein yang berlebihan / berkurangan dalam badan mendorong ke arah kebuncitan perut.

2. Makan beralas minum


Ni memang adat kebanyakan orang kan? Makan mesti nak dilapis-lapiskan dengan minuman. Hehe.. lebih-lebih lagi apabila mengenakan makanan yang pedas. Setiap suap kalau boleh nak disertakan dengan minuman. Tabiat ni sebenarnya tak elok kerana mengundang BUNCIT! Hentikannya segera okay. Betulkan amalan amalkan yang betul :)



3. Tabiat mengunyah sedikit


Ada jenis sesetengah orang yang suka kunyah sedikit kemudian terus telan. Kononnya nak kenyang cepat. Salah cara tu sebenarnya. Nabi Muhammad SAW sendiri mengesyorkan 40 kali kunyahan sebagai jumlah kunyahan terbaik untuk memastikan kadar penghadaman makanan yang efisien. Apabila kita mengunyah dengan banyak, saiz makanan yang dimasukkan ke dalam perut adalah sekecil-kecil yang mungkin dan mempercepat penghadaman. Maka kebuncitan pun tidak berlaku. Kunyah banyak-banyak okay!



4. Tabiat makan yang salah 


Manusia alam moden ini suka percaya kepada mitos-mitos tabiat pemakanan untuk mencapai tubuh badan yang ideal tapi kadang-kadang sehingga menganggu sistem badan. Mana boleh...tak elok. Ada beberapa tips yang telah dikenalpasti sebagai tabiat makanan untuk mengelakkan buncit. Sangat senang untuk diamalkan...mari mencuba :)

* Minum kopi/ minuman masam sebelum makan
Amalan ini akan merembeskan enzyme pencernaan makanan dengan makanan sekaligus mempercepatkan kadar penghadaman makan dalam badan.

* Rajin mengenakan minyak di perut
Perut merupakan bahagian tubuh badan yang amat mudah berselulit, jangan malas mengenakan krim atau minyak pada perut sekali sekala supaya dapat mengurangkannya.

* Makan sedikit & banyak kali
Makan biarlah sedikit tetapi kerap bukannya makan banyak tapi kurang dalam sehari. Jumlah makan yang ideal adalah sebanyak 5 kali sehari. Sarapan, minum pagi, makan tengahari, makan petang, makan malam. Dari sarapan ke makan malam...jumlah pengambilan makanan mestilah semakin berkurangan.


Tak salah hendak berdiet
Tapi jangan diet yang memudaratkan diri , okay :)
Selamat menjadi kurus....

Biar kita maju semaju-majunya, perut biarlah mundur :D

2 comments:

Iffika | Ruslan said...

yeahhh . i've already know about the way to make the digestion faster . but im just know bout the selulit ? heee is that true ? what crime should be the best to apply ? i havent see any selulit crime before


peace :D

Leena said...

haaa...actually selulit ni kan senang je nak remove cuma masalahnya ia senang dtg balik, krim mustajab is a good cream,,, lagipun ada banyak jenis, kalau ta tahan panas, amik yang cool sikit, ada banyak lagi, produk jepun banyak jugak yang boleh hilangkan selulit. :)

Wooo~ pakar laa knon kan