Wednesday, February 8, 2012

Kaki Kuat Batu Pahat


Guiness World Record perlu mencatat namanya dalam buku terbaru mereka
Majlis Sukan Negara harus kagum dengan kecergasannya
Atlet-atlet mesti mengagumi semangat & disiplinnya

Setiap hari, pemandu bas & teksi yang melalui sepanjang kawasan Air Hitam - Parit Raja- Batu Pahat
Akan cuba mengerling ke luar tingkap kenderaan mereka
Mencari kelibat seorang lelaki berumur lingkungan 40 - 50an di tebing jalan raya

Kalau bernasib baik, Insyallah kita akan menemuinya
Berpakaian kemas setiap hari... 
Kemeja bercorak petak serta seluar slack...
Dengan bersemangat dia melangkah cergas...


Bayangkan manusia ini...
Aktiviti hidupnya adalah perjalanan sebanyak 34.1 km , tidur & makan sahaja

Perjalanan dari Ulu Tiram - City Square pun sekadar 20.1 km
Betapa jauhnya perjalanan manusia ini...
Betapa kuatnya kedua kaki itu melangkah setiap hari...

Baiklah, di sini LA tamatkan kebingungan anda semua tentang manusia ini...
Dia seorang yang dikatakan mempunyai masalah mental, 
Atau dalam kata popularnya, "Gila"
Tapi yang LA cuba nak kongsi bukanlah keadaan mentalnya itu
Tapi semangatnya pakcik ini meneruskan perjalanan 34.1 km dengan kedua belah kakinya
Tak hirau panas terik, hujan atau lecak... dia harungi dengan tabah
Asalkan rutin hariannya selesai ...

Anggaplah perjalanan ini sebagai kehidupan kita...
Keadaan sepanjang perjalanan umpama dugaan harian kita...
Dan titik akhir perjalanannya sebagai kejayaan dalam hidup kita...


p/s : Buang yang keruh, ambil yang jernih
Hiraukan siapa dia, ambil semangatnya




2 comments:

Farah Hanis said...

Ohh saya suka orang BP :)

Leena said...

Yeah! BP Rocks!!