Wednesday, March 7, 2012

Nilai sebuah cinta

CINTA itu indah, seindah yang mungkin
Sesuatu yang tak dapat disentuh atau dilihat,
Tapi di lubuk hati ia dapat dirasa dengan jelas...


CINTA itu sakit, sakit halimunan
Lebih sakit daripada luka torehan pada kulit,
Lebih parah daripada patah riuk tulang di badan,
Panahan asmara katanya...

CINTA itu penawar, mujarab & efektif
Bisa membuat hati yang tegang jadi tenang,
Muka yang bengang pun jadi riang,
Penyembuh duka lara dalam kehidupan...


CINTA itu penyakit, kalau hati tak bijak mengawalnya
Mengundang noda hitam dalam hati sanubari,
Mencemar ikatan kasih yang suci,
Masalah timbul dari hari ke hari...

Usahlah kerana cinta persahabatan terjejas,
Usahlah kerana cinta diri terluka,
Usahlah kerana cinta jiwa merana,
Usahlah kerana cinta maruah jadi mangsa, 
Usahlah kerana cinta kasih binasa antara manusia.

No comments: