Saturday, March 31, 2012

Ceritera Result SPM :)

Lamanya tak update blog ni... AMPUN!
Fuhh ... Fuhh ... dah berhabuk dah



Okay, so kali ni LA nak cerita tentang sesuatu yang telah meragut keceriaan LA
Untuk beberapa minggu ini ...
YEAP! Baca tajuk post ni dah tahu kan?
Sudah tentulah mengenai result SPM 2011

First of all,
LA nak minta maaf kepada soalan-soalan yang tak dijawab
Ampun! LA stress sangat masa tu.
Harap dimaafkan!

Second,
Kat post ni LA cerita semua k pasal result LA.
Harap boleh tebus silap LA kepada korang semua...
Ampun! Lagi-lagi yang kena marah/ sindir kat facebook tu

So here goes the BIG thing!

" klik kalau nak tgok biar terbeliak mata yea :) "

Okay, LA dapat 5A+ 1A 2B+ 2B
Dah terjawab kan soalan anda-anda semua?

Sejujurnya, LA antara orang yang paling tenang ketika ambil result di sekolah.
Nak tahu sebab apa?
LA dah check dulu guna SMS laa...
Haha so tak suprise laa bila sampai sekolah
Muka macam tak ambil result pun ada :P

Actually pada tarikh 21 Mac 2012
LA tak sedih sangat pun malah LA redhakan diri terima keputusan
LA bersyukur sangat-sangat, sekurang-kurangnya
LA masih mampu untuk capai cita-cita nak jadi Engineer
LA ada banyak A+ (bukan berlagak taw!)
LA tak ada C..

LA cuba cari sebanyak mungkin point untuk buang rasa frust tu jauh-jauh
Dan menanam sifat sabar, tawakal, syukur dan redha dalam hati.

Tapi, kesedihan dalam hati bangkit apabila datang rumah nenek...
Nenek cakap macam-macam yang buat LA rasa LA ni "BODOH"


Astaghfirullah, Tuhan sahaja yang tahu hati LA masa ni
Bagai nak gugur menahan sakit...
Cepat-cepat LA pergi dapur sebab air mata mengalir
Tak apa laa, orang tua kan... 

So...sejak hari itu lah, segala rasa keredhaan tu pun hilang
LA mula murung & stress mengenai result LA
LA tak jawab pun bila sesiapa tanya result LA

Masa ni LA dah fed up sebab semua orang sibuk tanya result SPM
Yang "sombong2" semua jadi tak sombong
Sebaliknya jadi kepoochi tanya result SPM...wek~

Lagi buat LA bertambah-tambah stress
Bila semua orang macam target LA dapat cemerlang.
OUH, hati ku bagai ditumbuk, pijak, cincang, hiris, rebus, goreng...
Ini baru separuh daripada Facebok, belum campur yang mesej lagi..

Mungkin faktor sekolah & result LA dalam peperiksaan selama ni 
yang buat semua orang target LA dapat result SPM gempak kot? 



Minggu lepas LA stress sangat sangat!
I mean terlampau stress memang tahap tak dapat dibendung lah kiranya!
Nak tahu LA buat apa?

Kihkih kelakar tak ni?
Ada lagi taw...

Nampak tak yang saya sangat tertekan?
LA buat ni real taw... tak percaya tanya budak2 
persediaan diploma UTHM dengan budak2 KKTM Sri Gading

Tapi...setelah sesi muhasabah diri...
Menenangkan hati juga perasaan...
SAYA DAH OKAY!
Tanyalah result saya, saya jawab!
Sebab...

1. Semuanya datang dari Allah :)
2. Allah ada rancangan tersendiri untuk saya ni...follow the flow
3. Saya mendapat sokongan daripada keluarga & rakan2 :)
4. At least better daripada result trial SPM saya :)

Okay, dah penat LA membebel :)
Sekian, cerita result SPM yang panjang berjela...

-Lyna Amalina (LA)-













5 comments:

Anonymous said...

Result kamu dah bagus... InsyaAllah kamu akan berjaya di masa depan.. masa depan yang cerah gemilang bukan berdasarkan result SPM semata-mata. ada yg dapat result yg lagi teruk dari kamu tp tetap jd org yang berjaya. ini adalah hakikat yg cikgu dah biasa lihat.. teruskan usaha.. kamu nak jd engineer kan? so dah cukup bagus platform yg kamu sediakan untuk ke arah itu..yg penting selepas ini... kejarlah masa depan yg gemilang ..jgn difikirkan lagi yg dah lepas.. cikgu doakan kamu berjaya mengejar cita-cita.. jadilah apa jua yang kamu inginkan. yang penting satukan dengan ilmu agama.. kalau jd engineer sekali pun.. jadilah yg terbik untuk di dunia dan akhirat.. jgn jadi engineer yg rasuah.. yg tipu projek dan sebagainya.. masa depan negara kita di tangan kamu.. binalah malaysia yg cemerlang dan bebas dari anasir jahat k.. semoga Allah bersama kamu.. gud luck in every single thing that u will doo...InsyaAllah

Leena said...

Terima kasih atas nasihat & tunjuk ajar yang cikgu berikan. Insyallah... saya akan berusaha lebih pada masa akan datang untuk pastikan cita-cita saya tercapai :)

Dan semoga saya terhindar dari elemen-elemen negatif yang ada pada zaman moden ini. Terima kasih sekali lagi... :)

farah.fauzi said...

awak!! ade 2 benda sy nk ckp nieh.. jgn mrh ea.. hee

1) ex mrsm mersing kan? saya kenal someone.. classmate awk :D

2) sy dpt offer pra dip kat uthm jugak..tp sy tolak, klu x, kite jd kwn laa kt sane..xdpt kwn kt sane, kite kwn kat blog jee laa ea..

salam perkenalan :)

Leena said...

Ouh yeker? Alalalar...maybe tak ada rezeki kot untuk kita jadi kawan in real life. Kawan kat mana-mana pun tetap namanya kawan kan. Siapa kawan awak tu yea?

farah.fauzi said...

yup.. betol tu.. kawan saya?? err.. nanti laa sy bgtaw..nnty dia mrh pulak..hee~