Friday, February 1, 2013

A Tale of a Broken Heart Part 3

Selama 2 minggu, setiap malam saya menangis
Sedih awak, saya cintakan awak
Bukan senang nak lepaskan awak
Tapi, saya dah janji dengan diri saya
Saya takkan murahkan diri saya dengan merayu untuk kita couple kembali
Kalau awak masih perlukan saya, awak yang perlu tampil semula
Tapi, hampa... sampai sekarang kita masih 'kawan biasa'
Tak mengapa...

Seperti biasa, saya akan meroyan di twitter apabila ada masalah
Dan saya tak pasti ini kebetulan atau apa...
Tapi saya sangat sangat sangat terasa apabila keesokan harinya selepas kita clash
Dia post macam ni dekat facebook wall dia


Keadaan saya jadi lebih parah bila dia 'kenakan' saya di Facebook & Twitter bertubi-tubi
Pada saat saya rapuh, dan memerlukan sokongan
Saya menerima tohmahan daripada dia yang sebabkan kita clash
Sakitnya hati, perih, pedih... sabar jelah yang mampu saya buat awak...


Dalam kelas, langsung tak fokus sampai effect peperiksaan semua
Alahai...lemahnya saya kan?
Alhamdulillah, kekasih sejati saya sentiasa ada untuk saya
Menyokong saya walaupun saya tak nampak Dia

Alhamdulillah, keadaan saya dah semakin baik
Saya dah mula redha dengan apa yang terjadi antara kita
Jodoh itu kuasa Tuhan, kalau kita bersama sekarang pun belum tentu kita akan bersama pada masa akan datang kan?
Jodoh itu rahsia Allah, dan saya amat percayakan kuasa Illahi
Cukuplah kita berkawan, saya tak kisah... 

Tetapi apa yang buat saya tergerak hati nak menulis blog ini? 
Sebab hari ini, saya mula menerima kenyataan yang saya tak ada tempat dalam hati awak, Ariff
Ha.... bertakung dah ni, HAHA biasalah, emosi

Setiap kali awak gaduh dengan dia, saya yang akan jadi mangsa sebab awak tutup phone, awak larikan diri awak daripada saya
Setiap kali awak marah-marah atau mencarut dekat Facebook, saya tahu sebab awak jealous dia layan lelaki lain, saya kan stalker terhebat ^^
Awak clash dengan saya pun sebab awak gaduh dengan dia and awak printscreen conversation dia ngan kawan dia dekat twitter and post kat FB, awak jealous kan?
Family awak pun tak dapat nak terima saya sebab masih sayangkan dia, saya rasa saya tak mampu nak menangi hati keluarga awak...
Bila ada trend kat twitter #MentionADateYouWillNeverForget awak cakap pasal dating dekat Kuala Lumpur, saya tahu awak dating dengan dia lah malam tu
Sekarang ini pun awak tengah stress sebab dia dah ada boyfriend baru, sebab tu awak kutuk mamat tu dekat Facebook wall awak

Dah lama saya tak menangis, tapi hari ini saya menangis kembali
Sedihnya, tak tergambar dengan banyaknya air mata
Saya hanya menumpang kasih sayang awak je selama ini
Saya tak bermakna pun untuk awak sepanjang hubungan kita kan?

Aku sakit

Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku
Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku

Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku

Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit

Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit

Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin 



Sejujurnya, terdetik rasa menyesal dalam hati saya sebab mengenali awak
Banyak sangat dugaan bila mengenali awak
Tapi takdir Allah siapa yang mampu melawan
Saya redha dengan segala ketentuan Illahi yang telah kenalkan awak kepada saya
Saya pasrah dengan segala jenis dugaan yang alami bila kenal awak

Tak apa awak,
Sungguhpun saya tak bermakna untuk awak,
Saya akan sentiasa ada untuk awak kalau awak perlukan bantuan,
Kita kan 'sahabat', dan sahabat itu untuk selamanya
Haaaa...rasa macam lagu Upin-Ipin sedang berkumandang di telinga


Saya jawab masa, kemudian saya tweet, "Allah kan ada, banyakkan berdoa"
Teruskan berdoa awak... sebab semuanya datang dari Allah
Saya tak mampu nak tolong lebih-lebih
Sebab hati ini pun saya masih rawat lagi ni...
Lukanya masih dalam, masih merah, masih berdarah dan bernanah
Tapi saya tak salahkan awak,
Saya akui saya yang bersalah dalam hal ini sebab saya add Facebook awak
Maafkan saya sebab hadir dalam hidup awak yea Mohamad Ariff?

Coretan air mata nukilan LynAmalina :)


Semoga kenangan ini akan pudar dengan sendirinya

  

  

Cerita cinta saya memang tak hebat
Memang tak menarik
Tapi banyak pengajarannya
Fikirkanlah sebelum ingin bercinta dengan seseorang
Fikir, fikir, fikir lagi dan teruskan berfikir
Sebelum silap membuat keputusan






2 comments:

حاني رملي said...

Sabar k, orang yang setia pasti akan dapat pemilik hati yang baik.. :) sejujurnya sy pon mengalir air mata baca kisah awak..teringat kisah sy dulu menyakitkan mcm awak tp alhamdulillah skrg sy bahagia..Allah balas segala kepahitan tu dgn kemanisan yg x kita jangka.. moga awak ditakdirkan bersama lelaki yg baik setia dan bukan penipu..banyakkan berdoa..lagipn awak muda lagi..jauh perjalanan..study rajin2 dan bahagiakan ibu bapa awak..klw ex awak masih teruskan perangai dia yg suka mainkan hati orang memang dia xkan bahagia sehingga dia betul2 berubah..sampai bila2 pun dia xkan rasa puas hati..

Leena said...

Thanks awak, terima kasih atas kata-kata awak ni, insyaAllah saya terima semua dengan redha, semuanya datang dari Tuhan kan? Alhamdulillah hati ni tak simpan dendam pun pada dia, sekadar nak berkongsi cerita :)