Sunday, March 24, 2013

MeREDHAkan hati yang PASRAH


"Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah"

Ramai orang tak faham perbezaan antara redha dan pasrah.
Kalau secara umumnya gambaran maksud dua perkataan ni 
lebih kurang seperti ayat filem Ombak Rindu macam kat atas tu. 

Definisi Redha :
"Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t."

Definisi Pasrah :
Pasrah sebenarnya mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. 

Dah nampak tak perbezaan antara redha dan pasrah ni,
Perbezaannya sikit sangat tapi ramai yang salah anggap dengan kedua-dua perkataan ni


Beberapa hari ni, hati tak begitu gembira dengan kehidupan
Dan, walaupun tanpa niat, sebenarnya kadang-kadang kerana mengikut emosi, kita menyalahkan takdir
Bermakna hati kita, diri kita tak redha dengan ketentuan Tuhan
Nampak macam sesuatu yang kecil, tak salah, biasalah tengah bersedih 
Mulut suka nak cakap perkara yang bukan-bukan 

"Menyesal......"

"Rasa macam dah tak larat nak hidup..."

"Rasa macam nak mati..."

Padahal sebenarnya melalui kata-kata yang tak seberapa tulah
Kita menafikan hak Allah sebagai penetap kepada takdir seseorang, kita menentang qada'
Astaghfirullah, perkara kecil tapi merosakkan hubungan sang hamba kepada pencipta

Jadi, apakah cara untuk meredhakan hati kita terhadapa apa yang berlaku
Kuncinya mudah, kena banyak bersabar & yakin pada Allah

Yakinlah bahawa segalanya datang daripada Allah,
Baik buruk sesuatu ada sebab musababnya, hanya Allah sahaja yang tahu
Kadang-kadang apa yang kita rancang, apa yang kita mahukan tak mengikut perancangan kita
Yakinlah bahawa, Allah lebih tahu segalanya, yang lebih baik untuk kita

"Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya"

Dan untuk melihat betapa indahnya hikmah sesuatu yang berlaku
Hati ini... perlulah redha dengan ketentuan dahulu.
Barulah Allah tunjukkan sedikit demi sedikit atau secara terus, mengapa dia jadikan sedemikian sesuatu perkara



 "Bismillahi ‘ala fasi wamali wadini. Allahumma radhdhini biqadha-ika wabarikli fima quddirali hatta ia uhibba ta’jila ma akh-kharta wa ta’khira ma’ajjalta."

”Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah berilah aku rasa redha terhadap keputusanMu dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan kepadaku, sehingga aku tidak suka mempercepatkan apa yang Engkau lambatkan dan memperlambatkan apa yang Engkau cepatkan.”

Ingatlah saudara/saudariku, Redha itu bukan hanya perlu dinanti kehadirannya, ianya seperti Hidayah, perlu dicari, perlu dilatih... 
Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan kita,
InsyaAllah, Allah akan menggantikan ia dengan sesuatu yang tak dijangka, sesuatu yang membahagiakan

LA TAHZAN sayang, Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar :)


~ Lynamalina ~

1 comment:

eiyta_ysp said...

Sy mohon share.. juga utk mengubat hati yg sedang bersedih..