Wednesday, April 10, 2013

Jenis wanita yang ditegah untuk dinikahi...


Sedang asyik menelaah garis masa Facebook
Mata LA tertarik dengan satu gambar yang pada mulanya disangkakan poster cerita seram
Rupa-rupanya suatu gambar yang menerangkan tentang tegahan menikahi beberapa jenis wanita


Seram kan gambar ni?

Tapi yang lebih menarik perhatian adalah mesej yang cuba disampaikan.

"Jangan kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu Al-Annanah, Al-Mananah, Al-Hananah, Al-Haddaqah, Al-Barraqah & Al-Syaddaqah." - Imam Al Ghazali

Apakah makna di sebalik 6 jenis wanita tersebut?

1. Al-Annanah (suka mengeluh) : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan " saya telah melakukan untuk kamu itu ini. "

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami tak buat pun! 
Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah).



Imam Ghazali ada pesan, sesiapa yang dah ada amanah & hadiah mendapat perempuan sebegini sebagai isteri, diajarkan dengan lemah lembut agar mudah diterima.

Pesanan kepada kaum hawa pula, jagalah diri, jagalah maruah, jagalah perangai, ingatlah bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik serta sebaliknya. Jadilah wanita yang baik nescaya Allah kurniakan jodoh yang baik lagi soleh untuk kita, InsyaAllah :)

No comments: