Friday, April 29, 2011

Mana habisnya duit saya ???


Seringkali menjadi satu fenomena yang sudah tidak asing lagi di muka bumi ini
Si kaya yang sepatutnya 'bermandi wang' hidup dalam kesempitan
Manakala yang sederhana hidup dalam ketenangan
Kenapa ya perkara macam ni berlaku ?

Bukankah sepatutnya 'orang kaya' hidup bahagia
Kerana hidupnya dilimpahi wang yang sangat banyak
Gaji setakat RM4,000 ke bawah mungkin masih belum masuk kategori kaya ni
Kalau diukur pada zaman era globalisasi kini
Semuanya memerlukan duit kan?
Tapi kenapa ? Duit yang melimpah ruah itu sebenarnya tak cukup?
Mana habisnya duit itu ?
Hilang ? Ghaib ? Dicuri ?

Persoalan sebenar bukanlah berapa banyak jumlah wang yang kita miliki
Tetapi 2 persoalan lain yang sangat penting dalam aspek kehidupan
Namun , manusia seringkali alpa & menganggapnya remeh

  • Persoalan Keberkatan
  • Persoalan Perancangan Kewangan
Tapi kali ini , mungkin saya lebih menekankan aspek keberkatan wang dalam kehidupan

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N.

Keberkatan tidak hanya terletak kepada hubungan sesama manusia , amal ibadat kita mahupun pekerjaan seperti menuntut ilmu . Namun , keberkatan dari segi wang juga amat penting. Orang Dewasa suka kata " Duit kalau nampak ke barang , tak mengapa. Jangan habis kita pun tak sedar ke mana ?" Faham tak ayat ni ?

Bila tak ada keberkatan dalam penggunaan wang kita , silap haribulan kita sendiri duduk termangu & tertanya sendirian ' mana perginya wang aku?' Inilah senario yang sering berlaku dalam kalangan golongan yang berbelanja tidak mengikut garis syarak yang sepatutnya.

Korang tengok tak movie Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham? Alaaarrh , yang pelakon utamanya si Nora Danish yang cute - cute tu & Farid Kamil yang macho tu? Ada satu line yang sangat menarik hati saya dalam filem tu . Line tu ala-ala macam ni laaah bunyinya ...
" Orang yang bersyukur , kadang-kadang , walaupun cuma ada RM 100.00 , dia dah rasa dia kaya tapi , kalau orang yang tak bersyukur , ada RM 1000,000 pun , dia tak rasa dia kaya lagi."

So.... moral of the story
Bab-bab duit nie kita perlulah pandai merancang
Supaya ada keberkatan ...
Banyak mana pun duit ...berjuta juta juta juta pun
Sekiranya tak pandai menguruskan keutamaan wang itu ...
Fahm-faham laah yea :)

Jom Cari Keberkatan?!!!



No comments: