Monday, May 7, 2012

Ibadah bukan satu kebanggaan

.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Lama betul LA tak post kan?
Sukar na cari masa terluang serta mood untuk menulis blog.
Apabila ada masa, mood hilang ke Australia...
Apabila mood membuak-buak, masa jadi penghalang pula.
Alhamdulillah, sekarang ini mood & masa sedang bekerjasama
Memberi ruang untuk LA menulis rencana ringkas berkisarkan agama :)


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda :
إن الله يحب العبد التقي الغني الخفي .
“ Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertaqwa, besar hati lagi merahasiakan ibadahnya“

Sesungguhnya, ibadah itu bukan perkara untuk dimegah-megahkan
Tetapi sebagai satu kayu ukur ketaqwaan kita sebagai hamba kepada Allah
Apalah guna ibadah yang banyak dan berpanjangan
Sekiranya seringkali kita membanggakannya di khalayak ramai

Contoh situasi :

A : Eh, korang solat malam berapa kali dah dalam masa 4 bulan ni?
B : Tak kira la...
C : Setiap malam...
A : Yeker? Setiap malam?
C : Yup!
A : Are you sure?
C : Yelah...
A : Ha... puasa sunat berapa kali dah?
B : Tak ingat la...
C : Tak banyak la...
A : B kau punya ibadat teruk laa... apa nak jadi dengan kau ni. Ni ke umat Islam?
    C pulak, baguslah kalau betullah kau solat malam setiap hari tapi puasa sunat tu tingkatkan lah.

Adaptasi daripada situasi sebenar yea ni...

Maaflah kalau LA kata LA tak suka perangai A ni. Memang benar Islam mengajar umatnya mengamalkan amar maaruf nahi mungkar tapi perlulah bertepatan dengan caranya. Nak mengajak ke arah kebaikan bukan dengan cara menghina atau merendah-rendahkan ibadah orang lain, kemudiannya meninggi-ninggikan ibadah diri sendiri, astaghfirullah... Riak tu namanya.

Contoh situasi :

"Antara kejayaan dalam hidup saya ialah saya tak pernah tinggal solat sejak saya darjah enam lagi, tak tahu laah korang, solat pun tunggang langgang tapi saya memang tak pernah tinggalkan solat saya sehingga kini"

Alhamdulillah sekiranya anda tak pernah tinggal solat, tapi... daripada cara, terdapat unsur bangga diri dan menunjuk-nunjuk di situ. Rasulullah SAW solat sehingga kakinya berasa sakit, tak pernah pun Baginda menghebahkan perkara tersebut. Baginda lebih selesa berdakwah mengenai Allah... tak pernah Baginda menyentuh betapa banyaknya amalan ibadah Baginda.

Akhir kata, ibadah itu merupakan tanda kita taat kepada Allah, bukan satu cara untuk kita mengukur sendiri ketaqwaan sesama kita terhadap yang maha Satu. Hanya Tuhan yang layak menghakimi dosa & pahala manusia. Sesungguhnya, umat yang membanggakan ibadahnya adalah umat yang rugi dan sia-sia mengerjakan ibadah tersebut.

p/s : Jum kita berubah! 





No comments: