Sunday, May 13, 2012

Pendapat 50 sen : Sambung belajar selepas SPM?

Ini sekadar pendapat daripada satu pihak sahaja
Pendapat berdasarkan pelbagai rujukan dan pengalaman orang terdekat :)

Di mana nak sambung belajar?
Nak ambil bidang apa?
Nak pilih apa?

Semuanya soalan lazim yang akan ditanya oleh lepasan SPM sebelum menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi :)



1. Diploma 

Diploma merupakan platform yang bagus kerana ia terus menjurus ke arah bidang yang kita inginkan.
Sebagai contoh, kalau seseorang mengambil diploma kejuruteraan kimia
Dia akan terus memahami subtopik berkenaan kejuruteraan kimia

contoh subjek yang akan dipelajari untuk diploma kejuruteraan kimia

Cuma, diploma mengambil masa yang agak lama iaitu selama 6 semester ataupun sekitar 2 tahun 6 bulan
Akan tetapi, apabila menyambung pelajaran ke peringkat ijazah
Tempoh masanya lebih kurang 2 tahun lebih juga


2. Matrikulasi

Kolej matrikulasi adalah institut pengajian yang mengajar subjek-subjek secara umum mengikut bidang
Terdapat 3 bidang iaitu sains (fizikal,biologi) , perakaunan dan teknikal
Arah tuju ketika ijazah adalah bergantung sepenuhnya kepada pointer gabungan (CGPA)
Sebagai contoh, dalam bidang sains untuk CGPA 4.0, pelajar boleh menyambung ijazah dalam bidang kedoktoran
CGPA 3.0 dan ke atas boleh menceburi bidang seperti kejuruteraan
manakala CGPA yang rendah, biasanya 2.5 dan kebawah akan di'lelong'
Istilah 'lelong' yang ditakuti di matrikulasi adalah apabila pelajar ditawarkan dengan kursus yang bukan bidang diminati sebaliknya kursus yang mempunyai kekosongan di universiti awam
Kelebihan dari segi tempoh masa adalah, tempohnya singkat iaitu satu tahun dan dua tahun
Namun, tempoh untuk pengambilan ijazah adalah sekitar 4 tahun
Ini adalah kerana subjek-subjek yang dipelajari untuk matrikulasi adalah secara umum
Tidak menjurus ke arah suatu bidang khusus
Matrikulasi sesuai sekiranya cita-cita belum jelas untuk menyambung ijazah dalam budang tertentu

1. Aliran Fizikal
Fizik | Kimia | Matematik

2. Aliran Biologi
Biologi | Kimia | Matematik

3. Aliran Perakaunan
Matematik | Ekonomi | Perakaunan | Pengurusan Perniagaan

4. Aliran (Teknikal) Awam
Matematik | Fizik dan Kimia Kejuruteraan | Asas Kejuruteraan | Pengajian Kejuruteraan Awam

5. Aliran (Teknikal) Mekanikal
Matematik | Fizik dan Kimia Kejuruteraan | Asas Kejuruteraan | Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

6. Aliran (Teknikal) Elektrik dan Elektronik
Matematik | Fizik dan Kimia Kejuruteraan | Asas Kejuruteraan | Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik


3. Asasi

Tempoh masa pembelajaran untuk asasi lebih kurang dengan matrikulasi
Cuma asasi dikatakan lebih selamat kerana asasi dilakukan di bawah IPT sendiri
Maka, proses menyambung ke ijazah lebih mudah kerana IPT berkenaan sendiri akan menawarkan tempat sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditentukan.
Dari segi pembelajaran pula biasanya untuk asasi telah ditetapkan bidang asas
Sebagai contoh, asasi fizikal (engineering ), asasi pengurusan, asasi IT...

Course Modules (Foundation of Physical Science)

Core Subjects


Basic Chemistry I
Basic Chemistry II
Basic Chemistry III
Basic Chemistry VI
Basic Physics I
Basic Physics II
Basic Physics III
Basic Physics VI
Algebra and Geometry
Algebra and Calculus
Statistics and Probability
Calculus
Preparatory English Course I
Preparatory English Course I
Character Building and Development
Information Skills

 


4. Tingkatan 6 

Bagi STPM, tempoh pengajian adalah lebih kurang dengan matrikulasi dan asasi
Namun, kelebihan STPM adalah pelajar STPM lebih didahulukan berbanding pelajar matrikulasi untuk kemasukan ke ijazah
Pembelajaran yang pantas, padat dan sukar, malah peperiksaannya merupakan peperiksaan paling susah di asia.
Dari segi jurusan pembelajaran, ia adalah secara umum.



So....secara umumnya begini :)


Selamat membuat pilihan yang terbaik :)




No comments: