Friday, February 1, 2013

A Tale of a Broken Heart Part 1


Assalamualaikum

Fuhh Fuhh...
Alahai berhabuk dah blog ni...
Dah lama tak update, bukan sengaja tapi tak berkesempatan...

Dan setelah sekian lama tak menulis apa-apa coretan di blog ini, 
Kali ini LA nak bawakan cerita yang agak sedih...
Sedih ke? Terpulanglah kepada orang yang membacanya...
Ini kisah LA sendiri...
Tentang cinta kedua LA...

Kisahnya bermula pada bulan April tahun lepas
LA mula berkenalan dengan seseorang di Facebook
Kenal punya kenal, ooh kawan Aidi rupanya, roomate pulak tu
Aidi ni First Love LA, masa clash dulu LA meroyan
Pergi add ramai2 kawan Aidi dekat Facebook tu
Al-maklum, zaman-zaman kurang matang masa tu :)

Bermula sebagai satu perkenalan biasa-biasa sahaja
Lama-kelamaan hati mula terpikat dengan keramahan dia
Rasa macam serasi sangat masa tu
Dalam pertengahan bulan 6 hati ini mula menyulam cinta
Mohamad Ariff Arshad, nama yang mula terpahat


Dan pada bulan 8 rasanya makin rancak hubungan kami
Daripada saya-awak berubah kepada abang-sayang
Kononnya sweet la walaupun masam...hehe

Suatu hari ni, awak pun buka cerita pasal Ex awak
Dah 4 tahun setengah rupanya korang couple
Masa itu, terdetik dalam hati... 5 tahun takkan macam tu je
Masa tu dah ada gerak hati yang mengatakan saya tak patut kenal awak dengan lebih mendalam lagi
5 tahun kot hubungan awak sebelum ni, 
Takkan sewenang-wenangnya awak nak ada orang baru dalam hati awak
Tapi saya abaikan, sebab hati ini dah terpaut kan
Mulalah buat keputusan tanpa berfikir dengan mendalam 

Akhirnya, apa yang pernah menjadi buah fikiran menjadi nyata
Malam itu, saya penat sangat...
Bertolak daripada Kuala Lumpur pukul 8 malam dan sampai di Terengganu pada 3.30 pagi
Dalam kepenatan itu, saya terima satu mesej
Dengan senangnya awak kata kita tak payah laa ada hubungan apa-apa
Awak kata Ex awak mesej awak gaduh2 dengan awak so awak stress

Satu perkataan : kecewa
Tapi masa itu saya masih kuat
Tak susah, saya block FB awak, saya buang nombor awak, DONE!
Dan kemudian awak yang cari saya semula
Awak yang pujuk rayu bagai sampai akhirnya kita berbaik semula

Setelah itu, hubungan kita makin rapat
Sangat intim sampaikan setiap malam kita akan bergayut
Sampai masing-masing tak tidur pun pernah, punyalah hanyut dalam cinta orang kata
Tapi tak lama kemudian, saya add Facebook ex awak
Ye, satu tindakan yang sangat sangat BODOH, saya mengaku
Di situlah bermula pergaduhan kedua kita

Setiap hari, diari di iPhone mula dipenuhi dengan nama awak dan ex awak
Ye, saya cemburu sebab saya dah terlalu sayangkan awak
Padahal masa itu kita belum ada hubungan apa-apa pun
Tibalah masa awak satu malam awak balik rumah
Masa tu study week student-student diploma seMalaysia, cehwah
Saya dah balik UiTM tapi awak baru nak balik rumah

Malam tu, saya tebalkan muka merayu kat kawan saya pinjam laptop dia nak webcam dengan awak
Rindu wak... rindu sangat sebab dah lama tak nampak batang hidung awak tu
Awak 'janji' malam tu nak webcam
Saya dah siap2 pakai tudung, saya tunggu sampai saya tertidur dengan tudung tu
Sampai pukul 3 saya tunggu awak tau...
Sampai kawan saya kesian sangat kat saya masa tu...
Tapi hampa, awak tak reply mesej, awak tak online...
Rupa-rupanya awak tertidur, tak apalah... saya maafkan, bukannya awak sengaja kan
Subuh tu saya online, ehh awak online jugak, ex awak pun online jugak

Saat itu, betul-betul macam cita segi tiga
Awak chat dengan saya dan dia...
Kadang-kadang hati ni terasa jugak bila awak lambat reply chat saya
Sebab saya tahu, awak tengah reply chat dia... tak apalah, setakat berkawan tak salah...
Tiba-tiba keluar dekat wall saya gambar awak dan dia dating dengan ex awak
Terus saya raup wajah ni berkali-kali menahan tangisan
Dan bila saya tengok tarikh, tarikh ni...
Tarikh awak menyepikan diri dari call atau mesej saya
Awak kata awak pergi KL untuk overnight dengan kawan-kawan awak
Rupa-rupanya awak berdating dengan dia...
Terus air mata ini mengalir, jatuh ego saya
Serta merta saya block awak dan dia, kemudian....meraung lah, apa lagi kan?

Sepanjang hari saya tak makan,
Saya hanya menangis...daripada subuh tu sehinggalah larut malam
Petang itu, saya call awak...

"Awak..." - lemah je suara saya masa tu
"Perlu ke awak block saya" - awak balas

Dan saat itu, saya nyatakan yang saya undur diri daripada hubungan ini
Saya tak nak jadi penghalang hubungan awak dengan dia
Saya terasa macam perampas
Tapi awak kata awak dan dia dah tak ada apa-apa
Awak pujuk saya dengan ayat jodoh, awak pujuk saya 
Dan akhirnya saya mengalah, saya tak sanggup berpisah dengan awak

Sejak itu, memang kita berbaik
Tapi setiap 'call' kita pasti akan disertai dengan tangisan tak sengaja saya
Mesti awak penat kan pujuk masa tu?
Maafkan saya yea awak, fikiran saya terganggu pasal awak dan dia
Bila tiba minggu exam... kita masih bergayut tengah-tengah malam
Study sambil bergayut, tak berkualiti langsung belajar 

Akhirnya kita balik rumah! Final exam dah habis..!
Masa Hari Raya Korban, saya stalk fb ex awak
Saya nampak sesuatu yang sangat mengguriskan hati saya



Menangis lagi hati ini, masa ini satu je saya fikir
PENIPU, Ariff Arshad si penipu!
Geram sangat saya malam ni... 
Marah, ye memang marah... saya tak suka orang tipu saya awak
Lalu saya pun hantar mesej
Saya beritahu saya perlukan masa, saya taknak awak ganggu saya
Awak buat-buat pelik dan blur tak faham kenapa saya buat macam itu
Lagilah pedih hati ini awak, pedih berdarah!

Tapi 2 hari kemudian kita Skype sama-sama
Bertambah pedih bila masa saya on je webbie, awak tengah on the phone
Awak mutekan video awak, saya tahu awak tengah gayut dengan dia
Saya terus off kan skype sebab saya tak dapat nak tahan airmata ni...
Saya lemah, ye saya mengaku...
Akhirnya saya luahkan pasal yang awak post sayang2 bagai kat wall dia
Awak kata awak couple balik dengan dia kejap
Tapi itu last korang couple
Korang memang dah tak serasi
Kecil hati, sakit hati dengan pengakuan itu,
Tapi sekurang-kurangya awak daah berlaku jujur dengan saya


Kemudian, saya pulang ke Terengganu atas urusan nak berlatih debat
Nak pergi ke VC Cup di Shah Alam masa tu
Malam saya sampai di Dungun tu, saya mesej Aidi, ye roomate awak
Saya tanya dia pasal awak dengan ex awak
Saya tahu dia tipu bila dia kata awak dan ex awak dah tak ada apa-apa
Sebab dia sebut perkataan 'mungkin'
Saya tahu bila Aidi menipu... tapi saya tenangkan hati
Malam itu kita masih boleh webbie, mesra2
Tapi saya masih terfikirkan pesanan Aidi...
Apa yang Aidi cuba nak sampaikan ni...?


Sehari sebelum saya nak ke Shah Alam,
Awak langsung tak mesej, tak angkat kol... kenapa awak?
Saya ada buat salah ke..?
Terseksa sangat rasa masa tu...


Sampai je saya di Shah Alam, saya call... dapat
Rupanya awak bergaduh dengan ex awak, tapi kenapa saya yang jadi mangsa awak??
Tak apalah, saya tak mampu nak buat apa-apa
Nasib baik masa tu, saya masih teruja dengan UiTM Shah Alam
Sengaja saya sibukkan diri jalan mengelilingi U tu sampai tak larat sebab nak lupa masalah awak
Tapi saya masih tak lupa untuk stalk facebook awak dan dia...



Sejujurnya, saya CEMBURU
Tapi saya tahankan je
Setiap malam saya menangis, sampai kawan2 saya suruh putuskan hubungan je dengan awak

Malam ketiga saya di Shah Alam, awak minta couple
Memang saya tak fikir apa, saya terima je
Saya sayang sangat kat awak
Dalam hati ni tak nak percaya kat awak, tapi saya nak bersama awak
Bahagianya saya rasa pada ketika itu
Saya ingat lagi saya cakap kat awak...
Supaya kita tak contact masa birthday ex awak
Saya nak bagi peluang untuk awak spend msa satu hari dengan dia
Saya tak nak lah kongkong awak sampai awak tak boleh contact dia
Lagipun, saya faham hati dan perasaan perempuan
Mesti dia still susah nak lupakan awak kan? Tak mengapalah...

Saya cuba sedaya upaya saya menangkis segala keraguan antara awak dengan dia
Walaupun minda kata JANGAN PERCAYA, hati ni pujuk balik...
Hubungan mestilah ada kepercayaan yang kukuh


Alahai, saya ni girlfriend awak, 
Awak tahu tak macam mana perasaan saya baca ni...
Macam kertas kajang, kena pijak, penyuk, gigit2, koyak dan bakar
Tapi saya diam je, saya tak nak awak bergaduh dengan dia
Saya tak nak digelar batu api antara korang
Saya faham, dia susah nak lupakan awak

Akan bersambung....










1 comment:

Giler tak best said...
This comment has been removed by the author.