Monday, January 19, 2015

I, too want to fly.


I want to fly, so badly 
Only Allah knows how badly it is because He had to hear me asking everyday
Asking to give me the chance to fly away, fly high and land at United Kingdom

Masa zaman sekolah rendah lagi dah pasang cita-cita nak study luar negara
First, sebab jumpa album abah masa dia study dekat Wolverhampton University
Second, sebab drama Melayu selalu tayang anak study luar negara balik jadi cantik
Masa tu sengal-sengal lagi. Punyalah bengong fikir kalau study luar negara boleh jadi cantik, cun melecun. Padahal tak ada kena mengena pun.
Third, because the idea of studying overseas itself nampak macam gah je kan. Semua orang pandang tinggi bila someone balik dari overseas.
Fourth, selalu excited bila Hari Raya sebab nak tengok Salam Perantauan dalam surat khabar and hope satu hari masuk jugak paper macam tu.

Tapi zaman dah berubah. Cita-cita masih sama cuma misi dan visi dah lain.
Nak terbang untuk dapatkan segulung ijazah yang berkualiti, kerana Allah Taala, untuk diri sendiri, untuk keluarga dan untuk sumbang balik kepada masyarakat.
Nak terbang sana untuk merasai pengalaman jauh dari negara sendiri, nak menceduk pengalaman dan ilmu banyak-banyak di negara orang.
Nak rasa suasana yang berbeza dari dalam negara, nak berdikari dengan lebih gigih, nak jadi berani naik flight lama-lama.
Ohh how I really want to fly...


Tipulah tak cemburu tengok kawan-kawan yang dah pun fly
Pergi Jepun, Korea, Australia, Us, Ireland dan serata dunia
Setakat ni hanya mampu lihat dan tumpang gembira dari jauh
InsyaAllah, kalau diizin Tuhan, kalau diri ini diberi peluang
Terbang jua kita ke sana...

Alhamdulillah I have received my conditional offer letter from Swansea University
And still waiting for the other universities that I have applied
Syukur Allah buka jalan untuk capai cita-cita
Sekarang masanya untuk study rajin-rajin, siapkan assignment
Dapatkan pointer terbaik untuk semester terakhir 
Dan lepas habis diploma, tinggal untuk istikharah supaya yakin dengan pilihan ni
Semoga semuanya baik-baik sahaja dengan izin Tuhan.
InsyaAllah, bakal terbang ke sana...

Lyna Amalina
20 January 2015
Hoping to fly, soon, InsyaAllah

Bagi Harapan vs Berharap


Mama selalu pesan "Jangan bagi harapan dekat orang lain"


And I'll always remember that one line in my mind
Simply because I know, how much it hurts bila kita berharap

It always end up with a big argument
Salah orang yang berharap ke salah orang yang memberi harapan?
The fight seems to have no end sebab definisi 'bagi harapan' orang kan lain-lain?
Sesetengah orang tu memang friendly dia terlebih garam sikit
Mungkin dia memang nak beramah mesra je, tak lebih daripada tu
Tapi disalah anggap macam kemesraan tu bagai ada makna tersirat

To be honest, saya seorang yang cepat berharap...unfortunately
I don't get comfortable with people easily but when I do then that's gonna be a problem
But later, after several heartbreaking events
I'm starting to realize that kita tak sepatutnya mudah jatuh hati

So, here are my tips untuk TAK BERHARAP atau BAGI HARAPAN.


BAGI HARAPAN

1. Kalau dah ada pasangan, sila inform awal-awal.
Whether you are a girl or a boy, kalau dah ada pasangan, do tell, please tell. Whenever there's a chance untuk bagitahu, just tell. Janganlah tiba-tiba, tengah rancak berbual satu topik " I have a girlfriend." Kena cop perasan pulak nanti. Try telling subtly, contoh bila ada related topics, try lah menyelit sambil bagitahu yang awak ada pasangan. Contoh, if you're talking about tudung, you can try telling like "Girlfriend saya pun suka shopping tudung jugak." Well at least, by that time kalau orang tu ada perasaan dekat awak, tak adalah sakit sangat perasaan dia kan?

2. Don't use 'sayang' 'honey' 'baby' and other loving terms 
Teringat video Mat Luthfi yang bertajuk 'Rant on Lagu Cinta' yang mana dia komen lagu Aliff Satar part "Ohh baby baby, jangan kau marah, kerna ku tolak". Kalau nak reject kenapa panggil baby? So true, so true. Kadang-kadang, ayat awak tu manis bergula getah sangat, mana taknya orang jatuh hati. Especially guys, perempuan ni memang cepat cair. So tak payah lah nak bersayang-sayang bagai, walaupun awak tak maksudkan apa-apa pun bila cakap 'sayang' tu. Contoh, nak jawab soalan... "Macam tulah sayang.." bukan ada maksud pun, tapi... mesej diterima dengan mesej disampaikan buat orang sebelah sana mengharapkan lebih pulak.

3. Clingy texts and calls
Kadang-kadang kita contact someone tu bukan sebab kita nak kat dia pun, tapi sebab at that time, we require attention, kita nak luahkan problem atau kita rasa sunyi. That's fine, I guess. Tapi silapnya bila buat macam tu banyak kali. Contoh text orang tu setiap malam, on the phone dengan orang tu sampai lewat malam dua tiga kali seminggu. Seriously, siapa yang tak jatuh hati and fikir lain bila korang buat macam tu. Korang akan buat orang tu rasa macam diorang diperlukan.

TAK BERHARAP

1. Expect less
Ada satu pepatah orang putih yang berbunyi, "Expect less to hurt less". Betullah tu sebab kadang-kadang kita ni mengharapkan benda-benda yang tak akan jadi ataupun mengharap lebih-lebih sangat. Simpan sikit perasaan tu, kawal. Kalau tak kawal, akhirnya kita yang sakit. Contohnya, orang tu selalu mesej korang, selalu call korang, maybe sebab dia suka dan selesa berkawan dengan korang, bukannya sebab dia nak bercinta dengan korang pun. Jangan mengharap sangat.

2. Jangan Buat Andaian
Jangan bandingkan diri korang dengan dia. Contoh, korang hanya text orang-orang yang korang suka atau minat je, so korang rasa dia pun mesej korang, call korang sebab dia suka/minat dekat korang. Cara orang kan semua lain-lain. Selagi dia tak cakap dia suka korang, cinta korang, tak payah lah perasan lebih-lebih yang dia nak dekat korang. Jangan tiba-tiba buat andaian, nanti parah dibuatnya.

3.Mahalkan Dirimu
Jangan mudah sangat jatuh hati. Simple. Janganlah sampai semua lelaki yang mesej atau call korang semua korang nak. Janganlah sampai semua awek yang minta tolong korang perasan suka dekat korang. Mahalkan perasaan, mahalkan harga diri tu. Bukannya suruh menyombong, cuma faham-faham sendiri lah tahap mana korang patut contact seseorang atau layan seseorang.

Apapun, semua ni hanya pendapat daripada satu pihak sahaja. Keadaan kan boleh berubah-ubah. Akhir kata, jangan suka bagi harapan, takut suatu hari kita pula yang berharap, barulah akhirnya kita tahu betapa sakitnya mengharapkan sesuatu yang sangat susah atau memang takkan kita dapat.

Thursday, November 13, 2014

Bukan Tulen Tapi Menawan



Blog ni bukan setakat berhabuk, bersawang, berlubang-lubang lagi. 
Ampun maaf dipinta, sibuk menguruskan diri di semester kelima Diploma :)

Tahu tak apa maksud INSECURE ?
Okay, insecure tu satu perasaan yang buat kita rasa kita ni sentiasa tak cukup bagus
Lebih kurang macam kurang keyakinan diri lah juga
Biasanya hampir semua perempuan ada masalah ni
DON'T WORRY, memang normal !

Tapi blog post kali ni bukan nak cakap pasal insecurity pun
Tapi ada banyak kena mengena dengan perasaan tu
Cerita kali ni pasal PONDAN.

Zaman dulu-dulu kala orang pondan atau mak nyah ni hina 
Zaman dulu-dulu kala pondan atau mak nyah ni selalu tak lawa
Okay bayangkan, badan katang, tinggi, rangka besar, gerak geri kasar berdegar
Langkah keras kejung, bila gelak halkum gerak atas bawah, atas bawah
Makeup comot, rambut palsu kusut, baju pun taste out.

TAPI...

Tu zaman dulu-dulu la kawan!
Zaman sekarang ni, era baru ni, pondan-pondan dah mengalami anjakan paradigma
Mereka sudah maju dengan revolusi terbaru sejajar dengan modernisasi
Metafora sungguh statement, mesti mak nyah kembang baca kan?

Zaman sekarang pondan dah lawa dah cantik dah meletop
Badan kecik-kecik, muka jambu, manis, jelita, menawan dan ayu
Suara lemah lembut menggegar nafsu, lemah gemalai kalah penari kebudayaan
Rambut dah pandai rebonding, kadang2 dia perm tukar2 ikut trend
Makeup mahal-mahal, Mac,Body Shop,Bobby Brown, korang mampu? Pondan mampu!
Hah, nampak tak revolusi pondan alaf baru? 

Lagi best, siap bertanding masuk pertandingan ratu cantik.
Lagi tak tahan, ada yang ada boyfriend.
Lagi syiok, ramai yang lagi cantik daripada perempuan biasa
Lagi seram, kadang-kadang dah operate sana sini tak tahu pun pondan!

Jum tengok beberapa pondan cantik yang akan tambah insecurity anda dan saya :)

http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html   http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html
http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html   http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html

Rasa tak? Rasa kan... Alahai, bukan perempuan tulen
Tapi cantik, lagi cantik daripada perempuan asli macam kita-kita ni
Tapi yang atas ni semua overseas punya pondan.
Nak kenal dengan pondan Malaysia tak. 
Mesti korang rasa nak menangis tengok kecantikan dia

http://selongkar10.blogspot.com/2013/11/24-finalis-ratu-pondan-berentap-dalam.html

Memperkenalkan, wakil Malaysia, Sajat Diva atau Sajat Fariz
Cantik kan? Ala-ala Rozita Che Wan je kan? Arrgghhh...


Mesti korang cakap, elleh, pakai baju lawa-lawa, pakai makeup tebal, photoshop
Bolehlah nampak kebabom macam gambar atas ni kan?
Nah, belanja gambar Sajat Diva tanpa makeup, naked face.


Lagi best, Sajat Diva ni ada pasangan
Saya tak pasti status sebenar pasangan ni
Fariz tulah nama pasangan dia
Yang penting, diorang ni nampak sweet sangat
Kita yang perempuan tulen ni pun terkial-kial cari pasangan kan


Okay, dah tak larat nak cerita pasal pondan yang lebih cantik, comel dari saya ni
Rasa nak menangis airmata pelangi taip entri blog macam ni

Pesanan akir kata, wanita tulen di luar sana
Jangan risau, jangan rasa rendah diri sangat okay?
Percayalah, taraf kita jauh lebih baik daripada mereka
Walau betapa cantik, kaya dan bahagianya mereka di media sosial
Walau betapa kita rasa kita hodoh, gemuk dan sebagainya
Kita asli beb! Original ( peace! )

Lelaki luar sana, harap taste anda semua bukan mereka ini
Ingat halal haram, ingat Tuhan, ingat agama
Cantik mana pun mereka, mereka tak mampu beri zuriat
Mantap mana pun mereka, semua tu operate yang lambat laun
Akan rosak sebab semuanya ciptaan sintetik manusia yang jelas tak sempurna
Jangan mudah terperdaya! :)

p/s : Saya wanita tulen, LOL