Thursday, February 3, 2011

Life Hurts ...



Life hurts right?
I mean ... Life hurts so badly ...
If this is not true , then why we often cry in our life?
True , sometimes we cry because we're too happy
However , majority percentage of tears that drop from our eyelids are because of sadness
And ... sadness is a result when we're hurt!
See... I came out with a very convincing inference

( Back to our national languange)

Sebagai seorang manusia
Aku pun tak terlepas daripada merasakan kesakitan
Tapi sakit ni ada banyak
Masing-masing berbeza mengikut cara kita merasainya
Ni antara contoh-contoh kesakitan dalam kehidupan aku ...


SAKIT PATAH TANGAN
View Image

Insiden ni berlaku masa darjah 6
Rasanya nilah kali pertama aku merasakan sakit fizikal yang sangat "Sakit"
Simple je sebab aku patah tangan
Hanya kerana main lari-lari dengan sepupu yang berumur 2 tahun
Terlanggar lori mainan
Terjatuh then aku tahan guna kedua-dua belah tangan
Malang sekali , tangan kanan sampai ke lantai dahulu
Belum sakit lagi waktu tu ...
Tapi dah rasa macam tangan kanan ni berat semacam je ..
Macam nak angkat tukul je
Tiba-tiba aku tersedar sesuatu yang aneh .... Ceh!
"MAMA! Tangan lyna bengkok!!!"

Waktu tu barulah terasa kesakitan yang amat menyengat!
Pedih ... sangat pedih ...
Lawak betul ... patah tangan di rumah doktor pakar tulang
Wahahahaha :)

Kat hospital tu pula , aku dah duduk elok atas kerusi roda dalam emergency ward
Menangis teresak-esak menahan kesakitan
Sambil menjerit " Mama! Tak nak mati!"
Hahaha ... tak tahulah kenapa ayat tu yang terpacul dari mulut aku ni?
Aku masih ingat lagi...
Seorang pakcik tua yang sedang memegang dada kerana sesak nafas
Bila terdengar je aku jerit 'tak nak mati'
Mata yang tadi kuyu menahan sesak nafas boleh jadi terbeliak
Kepala ligat cari siapa yang 'tak nak mati' sangat tu :P

Tapi ... aku rasakan satu beban bila patah tangan
Pergerakan sangat terbatas
Bila tangan dah dibalut dengan 'fibreglass' macam-macam tak boleh buat
Lagi tak best bila berpeluh ...
Bahagian tangan yang dibalut rasa gatal
Nak garu macam mana nie?
Tak tahan sangat!
Hehehehehe ... apalagi pensel kan ada
Puas aku tonyoh2 pensel kat dalam casig tangan tu :P
Bijak bijak ....

SAKIT BATU KARANG

Sakit nih aku rasa tahun lepas
Sekitar bulan tujuh
SUMPAH! Memang sakit sangat ...
Bayangkan , nak duduk sakit , nak cangkung sakit , berdiri sakit , baring sakit ...
Nak buat apa???
Sampai berpeluh-peluh menahan kesakitan
Air mata tak payah cakap lah ...
Berderai-derai jatuh ...
Sakitnya umpama ada pisau mencucuk-cucuk dari dalam perut
SAKIT WOOOO ....
Alhamdulillah saya dah bebas batu karang !

SAKIT SESAK NAFAS

Sakit yang ini dah lazim sangat dengan kehidupan aku
Sebab aku ni penghidap penyakit Asthma dari aku kecil lagi
Doktor pernah kata yang sakit yang aku hidap ni hanya sementara
Tapi ... bila nak hilang?
Macam makin teruk je?
Doktor tipu saya ke ???
Sesak nafas ... HUISH!
Mula-mula ... kita bernafas , tapi kita tak dapat rasakannya
Kemudian , kita tak dapat kawal pernafasan
Nafas akan menjadi laju tetapi seakan-akan tersekat di dada
Dada akan terasa amat berat dan macam nak tercabut :P
Air liur akan kering , kepala akan pening , badan akan kejang
Best tak ?

Tapi ...sesakit-sakitnya semua kesakitan di atas
Aku rasa tiada yang dapat menandingi kesakitan dalaman
Kesakitan yang kita tanggung ... tapi kita tak nampak
Kita cuma rasa sahaja ...
Tak ada bukti pun kesakitan jenis nie
Tak perlu balut apa-apa luka ...
Tak perlu tampal plaster...
Tak perlu dirawat doktor ...

Penawarnya cuma semangat baru , masa & keadaan

SAKIT HATI

Sakit hati mungkin tiada cerita yang spesifik untuk diceritakan
Sebab dah banyak kali sangat sakit hati
Sesakit-sakit hati apabila kita sampai mampu untuk menangis dalam tempoh yang lama
Aku yakin semua orang dah pernah mengalaminya
Sakitkan ?
Sakit sangat?

Pelik kan ? Tuhan ciptakan kesakitan yang tak boleh dilihat
Tak ada bukti ...tapi kesannya sangat mendalam
Kepada orang yang mengalaminya ...


P/S :SETIAP KESAKITAN YANG TUHAN BERI ITU MAMPU UNTUK KITA HADAPINYA , TUHAN ITU MEMBERI UJIAN MEGIKUT KEMAMPUAN HAMBANYA.




No comments: