Wednesday, February 12, 2014

Couple 7 Eleven

Couple 7 Eleven?
Bukan pekerja 7 Eleven mana-mana pun bercouple...
Bukan jugak sepasang couple yang suka pergi 7 Eleven...
Lagi bukan, 7 Eleven jadi tempat berdating couple2...

It's actually a phrase I like to call couples yang berkepit 24 jam. Their relationship is alive 24 hours per day, 7 days per week, 4 weeks per month and 12 months per year!

Before that, saya menyusun 10 jari di tangan, memohon ampun & maaf sekiranya apa yang saya sampaikan dalam blogpost kali ini mungkin menyakitkan hati atau menyinggung perasaan sesiapa. Sesungguhnya, saya cuma ingin mengekspresikan pendapat yang terbuku dalam hati sahaja. Pendapat ini tak betul & tak salah.


Asalnya buah fikiran nak menulis post kali ini wujud apabila timbul satu persoalan.
" Kalau dating setiap hari, tak bosan ke?"

Serius lah, masa masih bertapak di kampus dulu, saya kenal sepasang pasangan yang satu kelas, satu kelab, satu kampus, makan bersama, pergi kelas sama, balik bilik masih bergayut & mesej lagi. No offense but, apa lah yang dibualkan kalau setiap hari jumpa and sepanjang hari contact. Tak terasa nak ruang dan ruang persendirian ke? Tak rasa rimas ke?

Okay, mungkin juga, saya terlalu prejudis sebab ada sikit lah rasa cemburu bila nampak couple yang sweet2 ni kan. Al maklum, kita ni forever alone je. *gelak tak ikhlas. Tapi, bila difikirkan secara logiknya, kalau berkepit setiap masa, apalah sangat nak diceritakan, nak diluahkan, nak dikongsikan dengan pasangan. Contohlah, si perempuan pergi kelas nampak kura-kura lintas jalan. Ohh comelnya! Tapi, tak menarik mana lah nak diceritakan sebab si boyfriend kan jalan kat sebelah je. So bila korang hangout, korang cerita apa?
Serius nak tahu... nak tahu... nak tahu ! Nafsu ingin tahu sedang beranak.

Lagi parah bila couple yang jenis mengongkong tak kiralah lelaki ke perempuan. Kalau dah kaki kongkong tu sama je. Bercouple je, belum bertunang lagi, belum berkahwin lagi. Yes, bila ada ikatan ada dua insan, supposingly kebebasan seseorang itu akan terhad tapi tak perlulah sampai nak jadi boss.

You can't do this darling.
You can't do that baby.

Sampai satu tahap, ada satu couple ni. Si Perempuan kena ikat rambut macam ni, macam tu. Tak boleh buat ponytail sebab nampak macam orang kampung. Tak boleh pakai sandal sebab nampak selekeh. Kena pakai macam ni. Kena cakap macam ni. Like seriously, apa motif suruh pasangan ubah totally diri dia sampai macam tu? Kalau setakat nak suruh berhenti rokok, or pakai sopan is acceptable sebab itu untuk kebaikan semua kan. Tapi sampai kena ubah cara pemakaian dan lain-lain lagi. Nampak macam tak ikhlas je nak menyayangi sebab bukan ke kalau kita sayangkan someone, kita terima juga kelemahan dia?

Disadvantages of Couple 7 Eleven

 Masa persendirian terhad
 Kurang masa untuk bersosial dengan kawan-kawan
 Kurang topik untuk dibualkan
 Tiada ruang untuk 'rindu'
  Obvious bila clash
 Pembaziran masa
 Bosan 


Advantages of Couple 7 Eleven

  Ada tempat bergantung sepanjang masa
 Everyone knows you are a couple
 Pasangan tiada ruang untuk curang
 Lebih rapat & mengenali pasangan

Sekian, pendapat yang tiada betul atau salah. Kalau terasa, mohon maaf. 

 
Lynamalina




No comments: