Thursday, February 20, 2014

Kosmetik atau Racun

Zaman sekarang ni dah jadi satu trend untuk beli produk kosmetik online
And, yes, saya pun tak terkecuali daripada menjadi salah seorang pengikut trend tersebut
Bermula dengan satu pembelian kecil, lama-lama dah berani beli makin banyak, makin mahal
Silapnya mereka yang baru nak ceburi shopping online ni bila terlalu mudah percaya
Kemudian, mulalah timbul isu kosmetik beracun, masalah kesihatan & produk tak berkesan

1. Sebelum beli, sila siasat !

Nampal macam meyakinkan je produk tu terus beli? No!
Dekat pasaran tu ada berlambak-lambak produk tiruan
Demand sikit, minta gambar produk yang ada pada tuan empunya online shop
Cari details dekat google ciri-ciri produk tiruan
And compare dengan gambar / details yang diberikan 
Bahaya bila beli produk tiruan ni sebab bahan dia selalu merapu-merapu je
Buat bahan sendiri, beli container sama, buat label lebih kurang and jual harga murah
Analogi saya macam produk tiruan Nike/Adidas
Harganya lebih murah, design lebih kurang tapi kualitinya jauh berbeza.



BEWARE, okay ?!

2. Malu Bertanya Sesat Jalan

Jangan terlalu percaya & yakin pada testimoni yang diberikan 
Sebab bukan susah pun nak buat testimoni tu
Boleh je kawan-kawan, saudara mara atau diri sendiri buat testimoni tu
Tanpa perlu cuba pun produk tersebut boleh buat
Save jela number sebagai nama sekian, sekian
Kemudian, main whatsapp2 or wechat2
Printscreen dan upload dalam laman sosial
So, don't trust too much!
Nak tahu produk tu halal atau tidak, buka laman web JAKIM
Nak call terus pun boleh, mereka akan layan
Kalau jenis produk yang perlu dimakan atau dimakan
Sila check laman web KKM atau Pharmaceutical Malaysia


Jangan Malas! 

3. Market Testing

Kalau rasa baru nak mencuba beli produk online
Sebaiknya cari kedai-kedai online yang biasa dikunjungi rakan-rakan/family
Sekurang-kurangnya kita tahu yang dia memang kedai yang takkan tipu kita
And macam mana keberkesanan produk yang dijual
Dan kalau dah biasa beli dengan dia
Rasanya tak perlu untuk bertukar-tukar kedai online
Melainkan, anda betul-betul dah jumpa online shop yang lebih baik
But make sure, it's worth it untuk tukar kedai tu !



These are some of my favourite online shops :)

So, please berhati-hati bila nak beli produk kosmetik online
Sekali dah terkena, bimbang menangis sampai bila-bila je

Di sini saya sertakan satu link blog produk yang telah disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan.
http://nurulmkash.wordpress.com/2012/07/07/produk-disenarai-hitam-kementerian-kesihatan/


Lynamalina

No comments: