Monday, December 1, 2008

Jamuan Kadet Polis




Hurm...seronok sangat bila kadet polis nak adakan jamuan kali ni . Maklumlah , tahun lepas tak berkesempatan nak pergi jamuan kadet polis . Walaupun agak formal , tapi seronok sebab ahli kadet polis dan polis2 yang menjadi trainer kami ni memang dah macam family . Boleh bergurau senda macam kawan-kawan lagi . Tapi masih ada batasan ... kami masih hormati mereka sebagai orang lebih dewasa . Antara yang turut hadir di jamuan kadet polis ni ialah Pengetua tercinta kita , Ayahnda Zamri , HEA baru kita , Encik Abdul Aziz , Ustaz Saiful dan Encik Azmin , selaku guru pembimbing Unit Beruniform Kadet Polis . Malam ni , makanannya boleh tahan sedap . Ada sate , mi sup , karipap , kuih-muih ... air pula air oren . Alhamdulillah ...rezeki .


Image Hosting by Picoodle.comImage Hosting by Picoodle.comImage Hosting by Picoodle.comImage Hosting by Picoodle.comImage Hosting by Picoodle.comImage Hosting by Picoodle.com


Tapi sedih juga , sebab yang hadir jamuan ni cuma yang pergi Kem Kor Kadet Polis Mrsm se-Malaysia sahaja . Tahun ni pencapaian kadet polis Mersing amat membanggakan . Kami mendapat tempat keempat daripada 40 buah MRSM .


Antara pencapaian kami ;
  1. kawad kaki >>> tempat keempat
  2. Memasak >>> tempat kesembilan
  3. Orientering >>> tempat keenam
  4. Rentas Halangan ( l ) >>> tempat keempat
  5. Rentas Halangan ( p ) >>> tempat keenam
  6. Mara Lasak ( l ) >>> tempat ketiga
  7. Mara Lasak ( p ) >>> tempat kesembilan
    8. Keseluruhan >>> #4






No comments: