Sunday, December 7, 2008

Jawapan ; pelajar sukar bangun awal ( Harian Metro )

Soalan:SAYA pelajar sekolah yang sering lambat ke sekolah kerana lewat bangun tidur dan pernah dikenakan tindakan Saya tidak tahu apa nak buat. Saya berharap Dr dapat membantu supaya saya boleh bangun awal dan sampai di sekolah sebelum loceng berbunyi.


Jawapan:SEBAGAI pelajar, adik perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan sekolah termasuk sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Banyak cara yang boleh adik lakukan supaya boleh bangun awal dan tidak terlewat sampai ke sekolah.Caranya, adik perlu tetapkan pukul berapa ingin bangun dengan menggunakan jam loceng. Jangan letakkan jam loceng itu terlalu dekat dengan tempat tidur kerana apabila ia bunyi, adik senang mencapainya dan memberhentikan bunyinya kemudian tidur kembali. Loceng juga perlu kuat supaya adik boleh terjaga apabila terdengar deringannya.Selain itu, tidurlah lebih awal. Ini kerana, jika adik tidur awal, kemungkinan untuk bangun awal adalah tinggi. Lebih baik jika adik sendiri boleh bangun awal daripada jam loceng berbunyi. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain untuk mengejutkan adik. Ini kerana mereka tidak akan sentiasa berada di sisi untuk mengejutkan adik.Adik juga boleh meletakkan nota di mana-mana tempat yang mudah untuk dilihat agar dapat mengingatkan mengapa adik perlu bangun awal. Tulis sebab yang penting, seperti adik akan dikenakan disiplin jika lewat sampai ke sekolah. Ini sekali gus memberi perangsang kepada adik untuk bangun awal.

No comments: