Monday, December 1, 2008

Tonik Setan Thai Song Digemari Pelajar Sekolah

Selepas je aku baca akhbar Harian Metro 30 November 2008 , terkejut laah jugak . Ternyata imej baik pelajar2 Malaysia ( golongan belia ) tercemar begitu teruk apabila kajian yang dibuat di Sungai Petani menunjukkan bahawa 80% pengaih arak di sana adalah merupan mereka yang masih di bangku sekolah lagi . Ini baru di Sungai Petani , bagaimana pula di bandar yang lebih besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru ???

Antara punca yang menyebabkan pelajar sekolah makin gemar dan senang membeli minuman beralkohol tinggi ini adalah kerana harganya yang cukup murah . Harga "arak murah " ini adalah dari RM3.50 hingga RM 30.00 . Mudahlah bagi golongan belia ni mendapatkan " tonik setan mengkhayalkan " ini di mana . Sekarang ini , arak murah seperti yang paling terkenal kini , "Thai Song" boleh didapati di kedai runcit biasa .
Remaja yang tergolong dalam masalah ketagihan arak Thai Song yang murah ini berpendapat bahawa tonik setan itu akan melegakan minda , menenangkan fikiran , melapangkan dada dari segala masalah2 dunia yang membelenggu mereka (KONONNYA) . Namun , mereka tidak menyedari kesan apabila menagih "kencing setan tersebut".
Mereka yang menagih dadah akan menghidapi ;
  1. memusnahkan sel hati
  2. memusnahkan sel otak
  3. tekanan darah tinggi
  4. tekanan sistol
  5. lemah semangat
  6. sukar tidur malam
  7. sakit kepala
  8. buasir
  9. kencing manis
  10. reumatisme
  11. sakit jantung
  12. lumpuh
  13. usus gaster
  14. barah
  15. asma / lelah
  16. batu karang
  17. jerawat
  18. kerosakan pada ginjal
  19. kerosakan buah pinggang
  20. keasidan badan yang tinggi
  21. hepatitis A , B , C
  22. Neurosis
  23. Resdung
  24. Anemia
  25. Mandul
  26. Psoriasis
  27. Kaki busuk
  28. Beguk
  29. Kulit pecah-pecah dan berair bisa
  30. sawan ringan
  31. luka dalaman
sebenarnya ada banyak lagi , tapi dah tak larat nak menulis lagi . senang kata , arak memag mendatangkan banyak masalah kepada sesiapa yang meminumnya , apa lagi yang menagihnya . Kepada kawan-kawan aku yang dah start minum arak ... ingat2 laah blog yang aku tulis ni . Tak untung pun kalau korang minum arak ...
p/s : arak itu kan raja segala kejahatan ... JANGAN MINUM !!!

No comments: