Thursday, January 26, 2012

Lembutnya Lidah

Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Budaya sosial zaman kini sudahpun memperlihatkan calon-calon penghuni neraka kerana mulut mereka. Ada yang gemar menggunakan bahasa-bahasa kesat sebagai satu pertuturan dalam komunikasi. Lebih membengkakkan telinga apabila perkataan seperti “bodoh, babi dan sebagainya” digunakan sebagai satu panggilan untuk memanggil rakan-rakan.

Bodoh, kau nak pergi tengok ke tak perlawanan bola malam ni?”

“Wei sial, kau ada nampak tak kunci kereta aku?”

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Seseorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka berbuat keji dan bukan suka bercakap keji.”

Jom merawat lidah kita :

1. Lidah perlulah dilatihkan supaya berkata-kata dan berbual menggunakan perkataan yang baik, lemah
    lembut dan mesra.

2. Lidah juga haruslah menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk, merendah-rendah sesama umat manusia.
3. Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesame rakan yang baik juga berdamping dengan orang yang
    tinggi ilmu agama

4. Latih diri dengan mengelak daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat dan suka bertengkar.
5. Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain apabila tersilap.

6. Amalkan sikap yang baik dan menolak buruk sangka.

7. Amalkan silaturrahim yang baik antara satu sama lain

8. Bagi yang beragama Islam, rajinkan lidah dibasahi dengan zikrullah.

Sedarlah, budaya mencaci bukanlah budaya yang seronok atau menarik. LA pernah berada dalam satu situasi semasa tahun 2011… Semasa itu LA Form 5 dan sedang outing untuk membeli alat tulis. Tiba-tiba LA terserempak dengan junior-junior perempuan Form 2. Maka berlakulah satu drama yang agak mengejutkan

A : Woi, sengal sini laa…
A: Woi bodoh, tengok la sini..

Si A memanggil kawannya si B untuk melihat sebuah teddy bear yang sangat comel. Namun kawannya itu masih khusyuk membelek buku mewarna kanak-kanak.

A : Woi sial, sini laaa… aku nak kau tengok ni.
B : Apa dia laa sial?

Astaghfirullah, bagaimanakah mereka boleh menerima diri mereka digelar “Sial”? Sejujurnya, kalau LA digelar “Sial” oleh seorang kawan, merajuk lah jawabnya. Murahnya diri…hinanya diri untuk dipanggil dengan panggilan sebegitu. Dahlah perempuan…

Sumber : Majalah Gen-Q

p/s : Betulkan amalan, Amalkan yang betul.

No comments: