Haii :)
Teruja nya malam ni sebab LA baru je balik dari Klinik Haiwan Tiram
Pernah singgah beberapa kali
Tapi cuma atas sebab nak beli makanan kucing, tanya-tanya
Tadi best sebab dapat experience merawat kucing
Nama Pesakit : Polo
Tarikh Lahir : 20/11/2011
Sakit : Kulit , Selesema & Demam panas
Rawatan : Doktor detect yang polo selesema & explain yang selesema kepada manusia mungkin satu penyakit yang biasa tetapi kepada kucing boleh mengancam nyawa. Sebabnya adalah...
Okay, LA cuba buat diagram ni seringkas & sepadat yang mungkin...
Selesema atau Flu yang dihidapi kucing dikenali sebagai F.U.R.D
Basically, ia disebabkan oleh tindakbalas virus & bakteria dalam sistem pernafasan
Sekiranya tidak diatasi dengan segera, sejenis virus Calici akan merembes
Virus ini akan menyebabkan kucing sakit mata, hilang selera makan, bersin dan sebagainya
Akhirnya, kucing akan buta atau mati akibat demam selesema
Faham?
Okay, so doktor pun check suhu Polo and mendapati dia demam panas dengan suhu 38.5
LA terkejut sekejap sebab thermometer tu masuk ikut "punggung"
Muka Polo pun macam terkejut je :)
Then Doktor bagi pil cacing sambil ajar cara-cara mudah
Memberi pil kepada kucing... senang je sebenarnya
Kemudian, part yang agak menyakitkan sikit
Part injection ubat... Polo pun terjerit sikit tadi
Then, bayar laa...apa lagi?
Semua sekali ..rawatan + ubat = RM 50.00
Semua sekali ..rawatan + ubat = RM 50.00
Harap Polo akan sembuh seepat mungkin...Get Well Soon Sweety :)
Melayang RM50, tapi asalkan Polo sihat tak apa :)
Ubat Demam Ubat Omega (Vitamin kot?)
Ubat Antibiotik Ubat Selesema
Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan area Ulu Tiram
Dan berminat untuk ke Klinik Haiwan Tiram
Anda boleh mengunjungi
21, Jalan ledang 25 (Taman Bukit Tiram), Ulu Tiram, Johor ,81800
Johor Bahru, Johor
P/S : Sayangilah haiwan... mereka makhluk tuhan juga :)
3 comments:
comelnye anak kucing tu~
tu klinik swasta ke kerajaan? swasta kan? cam murah gak la..
klinik swasta..
tapi harga nya agak berpatutan laa
kalau nak boarding pun cuma RM 5 sehari sahaja :)
maaf, klinik haiwan tiram sudah tutup. Dr Marlia sudah berpindah ke pekan nenas
Post a Comment