Sunday, July 3, 2011

Belajar dari kesilapan golongan dewasa

Tak tahulah kenapa...
tapi minggu ni , banyak sangat golongan muda yang tak berpuas hati dengan
Golongan yang lebih dewasa
Antaranya termasuklah insan yang sedang menulis di laman blog "Hikayat Perut Buncit" ini
Minggu ni bagaikan dah tersurat
Untuk mempunyai masalah antara dua golongan yang kontra dari pelbagai aspek kehidupan
Remaja vs Dewasa
let the war begins!!!

Serious lah, minggu ni
Aku sangat pissed off dengan beberapa manusia yang lebih dewasa daripada aku
Kenapa sesetengah orang dewasa suka membesar-besarkan isu yang belum pasti benar
Suka memilih kasih antara beberapa golongan manusia
Suka menafikan kesalahan yang mereka lakukan
Suka nak marah-marah bila kita boleh berbincang
Suka nak menggunakan kuasa "verto" mereka
Adakah bermakna golongan dewasa boleh menindas golongan muda
dengan sewenang-wenangnya?

Bukan semua tau! Jangan silap faham...

Cerita 1 : Lyna Amalina sakit kepala dah 2 hari
Hari Khamis dah tahap tak tahan sangat dah
Tapi sebab LA nak siapkan kerja rumah
LA rasa macam tak penting pun pergi hospital untuk dapatkan rawatan
Walaupun sebenarnya asyik rasa nak tumbang je
Tapi , setelah dipujuk
LA pergi juga , risau juga kalau ada apa-apa yang lebih serius
LA pergi je pejabat terus kena marah
Macam ni dialog kami

LA : Akak, saya nak pergi hospital
# : Eh, ni dah pukul berapa ni ? Lambat sangat dah ni ( Muka kerek je )

LA pun tengoklah jam dinding di pejabat tu
Aik! Apa yang lambat ...?? Baru pukul 3 .00 petang

LA : Saya baru je balik dari sekolah akak
# : Tipu sangat laah, kelas kan habis 2 suku
LA : Jadual kan dah tukar kak , habis pukul 2.30 petang
# : Selalu hospital kan memang pergi pukul 2.30 , ni dah lambat laa

Eh akak ni, aku dah 5 tahun duduk sini
Takkan lah aku tak ingat waktu pergi hospital

# : Awak sakit apa?
LA : Saya pening dah 2 hari ...
# : Alarr...pening je pun

Akak tu pun buat muka kerek dia lagi sambil keluarkan thermometer ...
Nampak sangat tak nak aku pergi hospital...gggrrrr

# : Awak dah makan ke belum?
LA : Tengahari belum la kak 
# : Ha... awak tak makan memanglah pening
LA : Saya pening dari semalam , rehat tadi dah makanlaa. Lagipun kalau saya makan, lagilah lambat saya datang pejabat nak pergi hospital kan? 
# : Habis tu macam mana?
LA : Takpelaa kalau susah sangat nak pergi hospital

LA pun terus bangun keluar pejabat
Meleleh-leleh lah airmata ...
Sakit hati + Menyampah !!!

Then , kawan LA , Azreen ni garang sikit
Lepas settle dengan akak tu...akhirnya dapatlah pergi hospital
Sebab LA geram sangat...
Dalam buku rekod tu..
LA letak : Sebab >>> nak mati dah
                                    pening kepala

p/s : Bila dewasa nanti...
LA nak jadi dewasa yang boleh jadi contoh baik
Tak nak laah ikut diorang
Buang yang keruh , ambil yang jernih :)

1 comment:

SyasyaAmila said...
This comment has been removed by the author.