Sunday, July 31, 2011

The Killing Song

Pernah dengar tak kisah lagu 'Gloomy Sunday'?
Tahu tak,lagu yang dicipta pada tahun 1933 ni diharamkan di England pada tahun 1935?
Tapi... kenapa eak?
Lagu karangan komposer bernama 'Rezso Seress' ini dikatakan membawa mesej tersembunyi sehingga mereka yang mendengarnya berasa terlalu sedih sehingga membunuh diri.


Lagu ini rata-ratanya mengisahkan tentang KESEDIHAN hidup Rezso Seress

It is autumn and the leaves are falling
All love has died on earth
The wind is weeping with sorrowful tears
My heart will never hope for a new spring again
My tears and my sorrows are all in vain
People are heartless, greedy and wicked...

Love has died!

The world has come to its end, hope has ceased to have a meaning
Cities are being wiped out, shrapnel is making music
Meadows are coloured red with human blood
There are dead people on the streets everywhere
I will say another quiet prayer:
People are sinners, Lord, they make mistakes...

The world has ended!

Kisahnya : Rezso Seress merupakan seorang penulis lirik yang tidak berjaya , lagu-lagunya tak mampu untuk menarik hati penerbit muzik di Perancis pada era 1930-an. Pada masa itu, beliau mempunyai seorang kekasih yang kurang setuju dengan angan-angan kosongnya.

Pada suatu hari, beliau bertengkar dengan kekasihnya kerana menyuruhnya mencari pekerjaan yang tetap. Keesokan harinya merupakan hari Ahad, Seress duduk bersendirian di tepi piano dan menoleh keluar tingkap. Pada saat itu, awan mendung kemudian hujan turun disertai kilat sabung menyabung.
Secara spontan, jari jemarinya memaminkan melodi yang sedih untuk meluahkan perasaan.

"Gloomy Sunday, itulah tajuk untuk lagu baru saya" , fikirnya kerana kebetulan hari Ahad itu sangat menyedihkan. Beliau terus mengambil pensel dan kertas lalu menulis lirik untuk lagu itu. Kali ini, dia berasa yakin yang lagu ini bakal menarik hati produser muzik tempatan.

Pada percubaan pertama, lagu itu ditolak atas-atas sebab terlalu menyedihkan. Namun pada percubaan kedua, lagu itu diterima.  Beliau benar-benar yakin yang impiannya untuk menjadi penulis lirik terkenal antarabangsa.

Namun setelah sebulan lagu itu diterbitkan... pelbagai perkara pelik yang berlaku seperti ramai orang yang membunuh diri setelah mendengar lagu itu.

KES #1 : Seorang lelaki menyuruh sebuah kumpulan pancaragam memainkan lagu ini di bar , pulangnya lelaki itu dari bar, dia terus menembak di kepalanya sendiri.

KES#2 : Seorang pembantu jurujual wanita telah menggantung dirinya di flatnya, polis menemukan sekeping lirik 'Gloomy Sunday' di bawah mayat.

KES#3 : Seorang setiausaha di New York telah membunuh diri dan meninggalkan nota agar lagu 'Gloomy Sunday' dimainkan ketika pengebumiannya.

KES#4 : Seorang warga emas melompat keluar tingkap setelah memainkan melodi 'Gloomy Sunday' menggunakan piano

KES#5 : Seorang wanita di sebuah apartment memainkan lagu Gloomy Sunday pada volume paling kuat sehingga membingitkan jiran-jirannya. Mereka beramai-ramai mengetuk apartmentnya namun tiada jawapan. Akhirnya, mereka memecah masuk pintu rumah itu dan menemukan wanita itu mati kerana berlebihan dos ubat penenang perasaan.

KES#6 : Paling menyedihkan, polis menemukan bekas tunang Rezso Seress meninggal dengan sekeping lirik lagu Gloomy Sunday dalam genggaman tangannya. Akhirnya, Rezso Seress pun mengambil keputusan membunuh dirinya dengan melompat keluar dari tingkap apartmen tingkat tujuh. Namun, beliau masih hidup setelah jatuh, Seress membunuh diri dengan mencekik diri sendiri dengan wayar pernafasan di hospital.



p/s : Kuatkan iman , teguhkan keyakinan ... elakkan syaitan menguasai diri.

No comments: