Saturday, January 28, 2012

Why I Hated MRSM ? (PART 1)

LA nak buat satu hipotesis sendiri :


Kata-kata ini lahir daripada pengalaman LA sendiri
Merana di sebuah institusi bernama MRSM Mersing

Sejujurnya, LA sayang tempat tu
Tempat yang penuh dengan kenangan pahit manis
Tempat yang lebih lama LA diami daripada rumah selama 5 tahun
Tapi sebab adanya kenangan yang sangat sangat pahit lagi kelat di situ
Hati LA macam dah tertutup untuk sayang kat situ... sebab terpalitnya kenangan duka





Ya Allah, rindunya dengan semua kenangan manis ni....
Insyallah LA akan ingat sampai bila-bila...
LA sayang sangat kat kawan-kawan LA...
Tapi LA tak boleh terima apa yang dah berlaku...

27 Januari 2007 : Seronoknya seorang ibu apabila mendapat tahu anaknya berjaya menyambung pelajaran ke sebuah sekolah yang agak cemerlang. Pagi itu sangat ceria... malah sepanjang hari si ibu tersenyum dek kegembiraan yang tak terhingga. LA pun happy lah sebab mama happy, sebenarnya LA sedih nak tinggalkan Sekolah Menengah Ulu Tiram.

14 Februari 2007 : Bencinya! Bagus sangat ke MRSM tu? Sampai LA kena tinggalkan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah demi nak buat medical checkup laah segala. Apasal sekolah ni minta macam-macam. Menyusahkan orang je ...

20 Februari 2007 : Penat laa packing. Perlu ke semua ini? Perlu ke masuk asrama penuh? Bagus sangat ke sekolah MRSM ni? Confirm ke cemerlang kalau masuk sekolah ni? Sekolah lain pun ramai je student yang bagus-bagus.

477 4eVa..

New Chapter

Seronok, sangat seronok menjalani kehidupan secara berdikari
Malangnya bagi LA, LA ni tak pernah hidup berasingan daripada mama
Dan di rumah semuanya mama yang uruskan
Jadi, LA memang fail lah kalau bab-bab kebersihan ni

Masalah semakin bertambah apabila
Kawan-kawan LA yang dulunya rapat sangat
Akhirnya menjadi musuh ketat kerana beberapa masalah tertentu
Banyak sangat isunya... kalau LA bagitau pun
Macam kelakar je sebab hal budak-budak je sebenarnya
Maklumlah...baru 13 tahun kan?

Pergaduhan

Daripada pergaduhan itulah...
Banyak cerita negatif yang timbul pasal LA
Banyak sangat fitnah yang tersebar dalam kalangan pelajar ...
Masalah kami menjadi semakin besar sehinggakan sampai ke pengetahuan senior
Tapi sedih sekali, di mata mereka nama LA buruk & pencetus masalah
Apa sahaja kelemahan LA pada waktu itu mereka jadikan isu
Tuhan sahaja yang tahu bagaimana deritanya LA ketika itu
Tak tahu nak meluahkan pada siapa... biarlah tanggung seorang diri 

Jemaah Disiplin Maktab 

LA tak tahu nak mengadu pada siapa
Jadi LA luahkan rasa yang terpendam kepada beberapa orang senior
Dan mereka sangat baik waktu itu sebab nak menjernihkan keadaan
Namun, tingkahlaku mereka disalah faham oleh akak form 5
Kes kami akhirnya dimasukkan ke dalam Jemaah Disiplin Maktab di bawah kes buli
Sedihnya, segelintir akak form 5 gertak seorang kawan LA
Yang tahu cerita sebenar untuk bagi kenyataan palsu mengenai kes itu
LA tahu pun setahun lepas itu... sampai hati akak tu
Depan LA dia baik sangat sangat... rupanya... :'(

Menjernihkan keadaan

Selepas kes itu, LA cuba melupakan apa yang terjadi
LA mengikhlaskan hati berkawan semula dengan mereka
Namun penderitaan tak pernah berakhir
Satu demi satu masalah tercetus dalam masa setahun
Yang sedih kisah seorang deskmate yang LA sangat percayakan
Masa dalam kelas, tak ada siapa nak duduk dengan dia
LA baik hati, duduk dengan dia..kesian dia duduk sorang-sorang
Tapi akhirnya dia bocorkan rahsia LA, dia baca diary LA bila LA tak ada
Dia bagi orang lain baca diary LA 
Tapi waktu tu LA tak tahu pun siapa puncanya,
Tahun depan barulah LA tahu.. astaghfirullah

Sahabat Sejati

Sehina-hina cerita tentang LA pun
Alhamdulillah Tuhan temukan LA dengan sahabat yang baik-baik
Yang kelakarnya, kami semua mempunyai masalah yang hampir sama
Jutaan terima kasih kawan kawan saya yang sentiasa ada di sisi saya susah senang
LA tak perlukan kawan kawan yang popular atau cantik mahupun kaya
Cukuplah sekadar kawan kawan yang ikhlas 

Najaa Aliah

bollywood time, ha3..
Muhd Shafiq Hanafi 

Mystery Gurls ... Ada kenal?!?!
Nursharul Farhana

Hahah!
Sufi Nasuha Natasya

sempat aje ....
Fatimah & Adibah

Siti Aishah 
Amirul Fitri
Siti Naqiah

Ye kawan LA memang tak ramai
Tapi semuanya kawan dunia akhirat Insyallah :)

Penderitaan Berpanjangan

Masalah yang LA alami semasa di tingkatan 1 memberi kesan sehinggalah ke tingkatan 3
Barang LA di kelas selalu kena bongkar
Selalu timbul fitnah pasal LA
LA selalu dicemuh rakan batch sendiri
Barang-barang LA selalu kena sabotaj
Banyak cerita buruk mengenai LA sampai ke cikgu padahal tak betul
LA pun tak tahu lah macam mana LA boleh bertahan kat maktab tu

Alhamdulillah

Berkat kesabaran.. alhamdulillah Tuhan berikan rezeki 8A kepada LA
Pada saat itu terasa sangat berbaloi ketabahan sepanjang tiga tahun itu

Pra-Tingkatan 4

Pada masa ini, setiap malam LA ditemani tangisan rindu
Geng LA, Najaa Aliah & Sufi Nasuha Natasya tak cukup syarat nak sambung 
LA sunyi sangat, pergi mana-mana seorang diri, ketakutan
Siti Naqiah malu agaknya nak kawan dengan LA
Last2, dia lari masuk group orang lain
Terasa terasing dan mati sangat waktu itu
Hidup terumbang ambing tanpa sokongan sesiapa 

Permohonan ke MRSM PKP

Sepanjang tingkatan 3, setiap hari LA berdoa agar diterima ke MRSM PKP
Tak putus-putus berdoa untuk pindah ke tempat baru
Tapi Tuhan tak makbulkan doa LA
Sedih...masa dapat keputusan stay kat Mersing
LA sesak nafas sampai pengsan masa tu...
Berpegang teguh kata-kata "setiap perkara ada hikmahnya"
LA tabahkan diri bersekolah di situ

Tingkatan 4

LA mengharapkan sangat kehidupan bakal berubah pada detik ini
Ya, memang berubah.. malangnya hanya untuk seketika waktu
Payahnya nak ubah persepsi orang pada kita
Mereka masih mengungkit kisah lama kepada kawan baru
Akhirnya, LA masih seperti dulu
Alhamdulillah, LA dah ramai sikit kawan
Budak-budak kementrian ramai yang "baik hati"
Seriously... adakah MRSM melahirkan pelajar berhati kotor?
Mungkin faktor suasana kot?

Tamat Persekolahan

Ya, LA sangat rindu zaman persekolahan
Tapi LA tak nak layankan sangat rindu tu
Sebab kebencian & sakit hati yang terkumpul ni dah parah sangat
Memang benar, orang kata setiap perkara berlaku ada sebabnya
Semua perkara yang ditakdirkan ada hikmahnya
Setakat ini LA tak nampak lagi apa hikmahnya
LA harap keputusan cemerlang SPM adalah hikmahnya...insyallah

To be continued...




3 comments:

amna najihah said...

sebak gak bce entry nih..
nk tau tak. mse mula2 aq dftar kt mktab tu, yg bnyk tlong dan teman aq ialah Amalina Abdul Halim.
aq egt lg mse wktu mghrb kt surau kte duduk tepi tangga. ko pujok aq ngis sbab homesick. ah, malu betol
dan aq msih egt lg ade org yg cuba busukkan nme ko dpan aq..
tp aq ni jenis x cpat pcaye..
alhamdlillah kte skang msih kwan
friend till Jannah oke? insyaAllah..

Leena said...

alhamdulillah...
insyallah kawan dunia akhirat
and terima kasih
kerana jiha laa salah seorang kawan
yang selalu bg semangat kat lyna taw
jiha & sharul :))
sayang korang...

Anonymous said...

Aik,name aku xde?
Hehe..
~budak yg pindah f4 ke KT