Jom Berdiet ...
Hahaha aku tulis post nieh pon atas kesedaran yang badan aku ni tak slim ...
Tak ayu + anggun + biola ... dan terms-terms yang orang selalu guna
Nak merujuk kepada badan yang kurus atau hot
Hahaha ...
Motif : Mengurangkan berat badan supaya menjadi ideal dengan ketinggian atau dengan kata lain mencapai Indeks Jisim Badan yang normal
: Tip pertama :
Kenal pasti Indek Jisim Badan (Body Mass Index - BMI ) yang ideal dengan ketinggian yang kita ada . Korang tahu ke tak ni BMI tu apa sebenarnya ???
BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang.
Cara nak kira BMI ???
BMI = Berat (kg)
-------------------------
(Tinggi (m) X Tinggi (m))
- Bawah 18.5 kurang berat
- Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat
- 23 hingga 27.4 agak lebih berat
- 27.5 dan keatas gemuk / obes
Alaaarrh korang kan bijaksana bab2 matematik ni . Tak macam aku . Hehehe ...
Kalau laa malas sangat nak kira BMI bolehlah melawati link http://www.moh.gov.my/v/kalkulator_index_jisim_badan
Everyone loves automatic kan ???
Okay sambung balik , bila dah set berapa sebenarnya berat ideal yang perlu kita capai , buat lah target masing-masing ye! Mengikut pakar-pakar motivasi yang hebat kat dunia ni , antara tanda orang itu akan berjaya ialah apabila mereka menulis target mereka , membacanya setiap hari dan melakukan tindakan wajar untuk mencapainya . So .... faham kan ???
: Tip Kedua :
Langkah yang kedua ialah , kita tak boleh ambil tindakan membabi buta sahaja . Semua tindakan pelukan "rancangan" . Dan dah beria-ia buat rancangan jangan tak laksanakan pula. Kita kena ikut satu kata " I plan my work and I work my plan " Hah ... baru laa efektif .
Rajin-rajin kanlah diri semak internet mengenai cara efektif berdiet . Jangan main tiru bulat-bulat je apa yang ada kat internet. Bukan semuanya betul belaka . Buatlah perbandingan dan pilih yang mana kita betul-betul mampu dan rasakan kita boleh ikut secara konsisten dan tidak menyeksakan .
Bila singgah di kedai buku . Jenguk-jenguk section buku masak-masak . Confirm ada buku masakan untuk orang berdiet . Beli laa ... bagus tu . Hehehe publisher nampaknya kena laah hulur sini sikit sebab dah promote kan ?
Tak pun langgan majalah bulanan RAPI . Tu pun bagus ... tak silap RM3.90 kot. Dulu rajin , lepas tu , kerajinan tu berpindah kepada mengikuti majalah YEZZ pulak . Biasalah remaja :)
: Tip Ketiga :
Jom Exercise!!!
Exercise secara konsisten dapat memberi impak HEBAT kepada tubuh badan . Badan lebih sihat , cergas dan Insyallah akan membakar lemak-lemak degil kat badan tu kan . Kalau berkemampuan , apalah salahnya keluar sikit duit tu untuk membeli alat senaman . Kalau rasa ralat nak keluar duit untuk beli alat senaman yang besar-besar. Beli yang comel lote. Yang penting kita berminat , mampu untuk buat senaman , tahu cara nka gunakan dengan betul .
Jangan jadi macam ni pulak taw . Alahai malu laaa .... Tutup muka cepat!
: Tip Keempat :
Jangan pernah menyeksa diri sekat makan secara tak munasabah . Contohnya , tak makan sampai seminggu cuma minum air kosong sahaja . Tu gila namanya . Banyak lagi mitos-mitos diet zaman sekarang ni . Yelah zaman makin maju , semua orang nak badan langsing ... badan hot tapi tak fikir kesihatan tubuh badan .
Antara mitos berdiet :
~ Tak ambil sarapan pagi
~ Makan epal sahaja dalam masa 5 hari
~ Menghindari produk tenusu
Banyak lagilaaa
Sebenarnya , kita tak sedar , dalam kita menyeksa diri , kita mengundang lebih banyak perkara negatif kepada tubuh badan kita seperti komplikasi fizikal , penyakit berbahaya , malah sebenarnya diet itu akan kuraqng berjaya kerana kadar metabolisme badan akan menurun .
Jangan jadi macam ni taw!!!
Mari semua , kita berdiet :)
No comments:
Post a Comment